BAB 18

2.3K 132 13
                                    

Jejak sahaja kaki ke dalam kafe mereka berdua menjadi tumpuan. Dari jauh Izara melambaikan tangan ke arah bekas pengurusnya. Ricky di kaunter tarik sengih. Dibalas lambaian gadis itu mesra. Tengku Hael turut disapa. Namun matanya lebih terarah kepada Izara. Pemakaian gadis itu formal seperti Tengku Hael kalau nak dibandingkan kali terakhir dia lihat Izara bekerja di kafe ini. Gadis itu nampaknya suka dengan pekerjaannya sekarang. Sedikit sebanyak Ricky tumpang gembira.

"Hi Hael. And Zara wow, you look gorgeous." Tengku Hael menjelingnya sekilas. Bagaikan tahu itu amaran halus Ricky tersenyum. Pasti ada sesuatu antara lelaki itu dengan gadis di hadapannya.

"Abang Ricky pun sama. Makin handsome Zara tengok." Izara layankan sahaja usikan itu. Kelakar bila Ricky tiba-tiba keluarkan cermin kecil dari dalam poket dan menilik mukanya. Ada-ada sahajalah idea Ricky mahu buat dia ketawa.

"Eh betullah abang makin handsome." Seketika dia berhenti bila menangkap renungan tajam Tengku Hael. Ricky berdehem sekali.

"Zara pun janganlah puji abang sangat. Kesian orang tepi Zara itu tak ada orang nak puji dia." kata Ricky separa berbisik. Jari telunjuknya menunjuk ke arah Tengku Hael. Izara menutup mulut menahan ketawa.

"Biar je orang itu. Biar dia sendu seorang diri. Siapa suruh dia tak kahwin-kahwin lagi. Umur dah dekat 30 tahun." kutuk Izara depan-depan. Jelingan Tengku Hael beralih kepada Izara. Berani pula dia cakap macam itu sedangkan dia masih berada di sini.

Bergegar bahu Ricky menahan tawa. Izara memang berani mati.

"Apa Zara cakap macam itu? Dia dengar itu." Ricky menunduk seraya berbisik di tepi telinga Izara. Namun masih jelas dapat didengar oleh Tengku Hael.

"Biarlah dia dengar. Lagi elok kita cakap depan-depan dari kutuk belakang. Berdosa." Balas Izara turut memperlakukan gaya sama seperti Ricky. Dua orang itu ketawa tanpa menghiraukan Tengku Hael yang sedang bengang.

"Habis dah mengutuk aku depan kaunter? Ada lagi nak tambah ke sementara masih ada dekat kaunter ni Ricky? Zara? Ada apa-apa lagi?" Tengku Hael memeluk tubuh merenung dua orang pasangan yang sedap mengatanya. Tak menghabiskan masa dengan lebih lama di situ terus dia berjalan lurus lalu duduk menyilang kaki di atas kerusi.

"Ayokk Zara! Hael dah merajuk! Ayok! Ayok!" Izara mencebik bibir. Cepat betul berpaling tadah Abang Ricky ini. Macam lalang. Padahal tadi dia pun syok mengutuk sama. selesai membuat pesanan Izara terus mencari susuk tubuh Tengku Hael.

Tengku Hael mengeluarkan telefon. Diperiksa mesej yang masuk daripada Nenda Zubaidah yang berhasrat mahu bertemu dengannya. Dan juga bonda yang mahu dia pulang ke Villa Kayangan. Tak sampai seminit Izara mengambil tempat di hadapannya. Dengan mata bulatnya Izara mengukir senyum manis. Menongkat dagu memandang ke arah Tengku Hael.

"Tengku." Panggil Izara. Sayangnya Tengku Hael mengendahkan panggilan itu. Tumpuannya masih di skrin telefon.

"Tengku. Pandanglah saya." pinta Izara. Tengku Hael angkat kepala. Membalas pandangan Izara. Wajah comel yang dibuat-buat itu automatik buat dia tersenyum.

"Stop buat muka macam itu."

"Hah senyum pun. Jangan merajuk macam ini eh Tengku. Tak macho lah. Buruk kalau Tengku merajuk. Nanti awek lari. Kesian Tengku nanti membujang sampai ke tua." Ujar Izara. Mati senyuman Tengku Hael bila dikaitkan dengan hal sensitif itu.

"Lelaki tak apa kalau membujang sampai tua pun. You itu, kena ada orang tanggung." Muka Izara berubah seperti baru tertelan biji rambutan. Dia pula yang terkena.

"Saya tak apa, muda lagi. Tengku itu dah tua." Balas Izara enggan mengalah.

"Yang you sibuk ni dah kenapa? Suka hati I lah." Tengku Hael betul-betul bengang. Nadanya sedikit keras. Namun cepat-cepat dia tenangkan diri bila muka Izara berubah. Dia mahu berkata sesuatu namun pelayan datang menghidangkan minuman.

His Only OneWhere stories live. Discover now