BAB 16

2.2K 131 10
                                    

Bantal leher warna kelabu milik Tengku Hael dibawa rapat ke dada. Memeluk erat sambil cuba mengintai lelaki itu di balik cermin kaca yang memisahkan tempat mereka. Tak nampaklah pula. Ada tirai kayu yang menghalang pandangan. Dah pukul 9 pagi. Izara cukup yakin yang Tengku Hael sudah berada di pejabat. Lelaki itu seorang yang menepati masa.

Keluhan halus terlepas dari bibir. Hajatnya dia nak pulangkan bantal ini semula. Kalau dia letak je bantal ini atas meja Tengku Hael tak salahkan? Dia pun tak ada lah nak malu sangat. Akhirnya dia buat keputusan untuk masuk.

Baru sahaja Izara mahu bergerak ke kanan dia dikejutkan dengan susuk tubuh tegap di sebelahnya. Sedang menunduk dan turut mencuba melihat ke dalam bilik bos besar seperti yang dia lakukan tadi. Mengucap panjang Izara dek terkejut.

"You menghendap siapa?" soal Tengku Hael. Dia berdiri tegak sambil memandang Izara dengan kening terangkat. Pelik juga dia bila nampak Izara terbongkok-bongkok menghendap sesuatu semasa dalam perjalanannya ke sini. Ingatkan Tengku Harris ada dalam biliknya.

"Eh Tengku. Baru sampai ke?" Izara senyum kekok menyambut kedatangan Tengku Hael. Tiap kali bersama dengan Tengku Hael ada je kejadian yang memalukan dia. Kelmarin dia tertidur dalam kereta Tengku Hael. Hari ini pagi-pagi lagi dah kena tangkap menghendap.

"Tak lah, I dah lama sampai. Tadi pergi dekat kereta ambil barang tertinggal. Kenapa? Ada apa-apa benda penting yang you nak bagi ke? Any file or report?" tanya Tengku Hael prihatin. Selalunya waktu-waktu macam ini ada lah laporan dan fail yang dihantar oleh pekerja.

"Atau you nak jumpa I?" soalnya lagi bagai dapat membaca fikiran Izara. Izara gigit bibir bawah. Tengku Hael memang power baca fikiran dia.

"Ya, nak jumpa Tengku. Tak lama kejap je." balasnya. Bantal leher yang sedari tadi dipegangnya dibawa ke belakang badan bila mata coklat cair itu memandang ke bawah. Izara tayang sengih tak bersalah.

"Alright. Come in. I pun ada something nak bagi dekat you." Jemput Tengku Hael. Tangan dibawa masuk ke dalam kocek seluar. Lambat-lambat dia melangkah ke dalam, menahan pintu buat Izara. Dipandang Izara yang menayang reaksi pelik dengan perbuatannya. Tengku Hael senyum nipis.

"Masuklah. Tunggu apa lagi." Barulah Izara masuk. Tengku Hael menutup pintu sebelum mengatur langkah ke meja kerja. Belum sempat dia mahu menyoal Izara, Iphone miliknya berdering. Diseluk kocek seluar sebelum menukar mod telefon ke dalam mod senyap.

"Now spill it." Tengku Hael memberi kebenaran untuk Izara memulakan kata-katanya.

"Tapi telefon itu...ada orang call Tengku. Kenapa Tengku tak angkat?" skrin telefon lelaki itu bernyala-nyala biarpun tak berbunyi. Jelas ada panggilan yang sedang masuk.

"Lupakan je. I tak nak orang kacau kita." Telefon di atas meja itu kemudian diterbalikkan. Orang yang sama je yang menelefon.

Izara teguk air liur. Dia tak tahu kenapa perkataan 'kita' itu memberi rasa aliran cas elektrik mengalir ke dalam tubuh. Rasa sesuatu. Izara cepat-cepat sedarkan diri. Lebih baik dia berterus-terang tak perlu berlengah lagi. Lagi cepat dia serahkan benda ini lagi cepat dia boleh keluar. Dia tak nak ada gossip-gosip liar menular di dalam pejabat ini berkaitan dia dengan Tengku Hael.

"Saya nak bagi balik bantal Tengku ini." bantal leher berwarna kelabu kepunyaan lelaki itu dibawa ke hadapan. Dia bawa bantal itu mendekat mahu serahkan bantal itu namun Tengku Hael angkat tangan menyuruhnya berhenti.

Tergamam. Tengku Hael tak nak balik ke bantal dia? Ke dia takut kuman? Zara kau patut basuh dulu bantal ini sebelum pulangkan. Bukan kau tak pernah bawa balik barang dia sebelum ini. Hari itu kot lepas tu bantal ini pula. getus Izara dalam hati.

His Only OneWhere stories live. Discover now