BAB 14

1.9K 129 14
                                    

Seminggu sudah berlalu, seminggu juga Izara berjaya menjadi PA kepada seorang Tengku Hael. Tak banyak masalah yang dihadapinya kecuali perangai Tengku Hael yang menjengkelkan. Sekejap-sekejap interkom di hadapannya berbunyi. Ada lah akal Tengku Hael mahu mengenakannya. Agaknya dia nak balas dendam sebab Izara tak mahu bekerja dalam bilik itu kut.

Selain itu, Izara juga pernah menemani Tengku Hael ke studio Leo untuk sesi penggambaran. Sekejap sahaja dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana kerja. Sekarang Leo sudah menjadi kawannya. Mereka siap bertukar nombor telefon lagi. Bercakap pasal kerja, Izara tak lupa dengan kerja sebagai jurumekap yang dipertanggungjawabkan. Disebabkan hal itu hampir setiap hari Izara buat kajian tentang make up. Jika ada masa terluang, Izara akan habiskan masa dengan menonton make up tutorial di Instagram dan YouTube.

"Morning Zara!" sapa Shima selaku ketua pasukan pemasaran.

"Morning Kak Shima!" balas Izara. Senyuman manis dihadiahkan buat wanita yang sedikit gempal itu. Alhamdulillah selepas Tengku Hael memberi keizinan dia bekerja di luar biliknya, rakannya makin bertambah di kalangan pekerja di sini. Boleh dikatakan semua pekerja di sini amat komited dan professional.

"Tengku ada dalam bilik ke?" soal Shima.

"Rasanya Tengku keluar sekejap tadi. Pergi tandas. Kenapa? Kak Shima nak jumpa Tengku ke?" mesra Izara melayan Shima di hadapannya. Wanita baya 30 tahun itu menggeleng.

"Tak apalah. Tak tahu lah kenapa akak berdebar semacam. Zara tolong akak bagi laporan ni dekat Tengku boleh? Ini laporan untuk pelancaran komputer riba kita yang baru." Izara menyambut fail berwarna kuning itu lalu diletakkan ke penjuru meja. Sejujurnya TQ Group banyak menjalankan perniagaan termasuk dalam pembuatan gajet elektronik selain perniagaan hartanah. Dia tak dapat bayangkan kehidupan Tengku Hael macam mana. Agaknya dia stress kut sebab tu lah tak habis-habis nak cari gaduh dengannya.

Tak sampai 5 minit Shima meninggalkan mejanya, Tengku Hael berjalan melepasi mejanya.

"Tengku." Lelaki itu berpaling. Mengangkat sebelah kening sebagai isyarat 'kenapa'.

"Ini Kak Shima suruh bagi laporan pelancaran komputer riba yang baru."

"Okay, you tolong bawa masuk dalam bilik. Sebelum itu, tolong buatkan kopi untuk I." usai berkata begitu Tengku Hael terus masuk ke dalam bilik tanpa menghiraukan Izara. Izara merengus. Nasib lah kerja jadi kuli. Semua kena ikut arahan bos. Fail ini ringan je kut. Boleh je dia ambil sendiri, tak kena dia yang bawa masuk.

Tengku Hael memang sengaja nak buli dia!

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Izara masuk dengan secawan kopi latte buat Tengku Hael. Fail laporan itu diletakkan ke atas meja hadapan Tengku Hael. Tengku Hael nampak sibuk menatap skrin telefon Iphone miliknya.

"Tengku hari ini appointment Tengku dengan Tuan Rafael dibatalkan. Baru je tadi PA dia telefon. Kiranya hari ini jadual Tengku kosong. Dan nanti untuk lunch Tengku ada nak suruh saya beli apa-apa ke?" Tengku Hael mengusap dagunya yang licin. Satu tabiat yang Izara perasan tentang Tengku Hael sepanjang bekerja bersama lelaki itu.

Lelaki itu gila kerja! Sampai lunch pun kalau boleh dia tak nak makan selagi kerja itu belum siap. Mungkin itu cara Tengku Hael menjaga badan selain mengambil beberapa suplemen kesihatan. Minuman kesukaannya ialah kopi. Agaknya sebab itulah Tengku Hael susah untuk tidur malam.

"Kalau macam itu, kita pergi terus dekat studio. Amacam? Nanti nak kena make up lagi kan? Ambil masa. So, pack your things up and lunch pun kita pergi lunch dekat luar." Putus Tengku Hael. Kopi latte di hadapannya dihirup perlahan. Tanpa membantah Izara terus mengangguk. Pelik.

His Only OneWhere stories live. Discover now