BAB 25

3.8K 170 35
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Izara Aisyah Binti Ali dengan mas kahwin RM300 ringgit tunai." Ucap Tengku Hael dengan sekali lafaz. Tangan digoncang sekali, sahutan sah di sisi kiri dan kanannya melepaskan sekali ucapan tahmid dari dua ulas bibirnya. Izara sah menjadi isterinya. Tengku Hael menoleh ke belakang, mengerling si isteri yang sedang tersenyum manis melayan usikan.

Adakah ini mimpi? Dia dah pun sah menjadi suami. Imam kepada Izara.

Beban di bahu yang ditanggung sebelum akad nikah terasa ringan. Hati terasa menggebu, perut juga bagaikan ada ribuan rama-rama yang berterbangan bebas. Ya Allah sesungguhnya saat ini tidak terjangkau dek akal. Tetapi sesungguhnya aku bersyukur dengan takdir yang sudah tersurat ini. Tengku Hael sentuh dada yang masih berdebar hebat dengan senyuman di bibir.

Usai menunaikan solat sunat dua rakaat di ruangan lelaki, Tengku Hael kembali lantas duduk melutut berhadapan dengan Izara. Wajah putih bersih dan berseri milik isterinya itu ditatap dalam-dalam. Izara tampak cantik dengan solekan nipis dan busana pengantin rona putih suci sedondon dengannya. Mata bulat itu bersinar-sinar memandangnya. Bagaikan berkata bahawa dia juga tidak percaya bahawa hari ini akan tiba.

"Assalamualaikum isteriku." Ucap Tengku Hael perlahan. Izara mengangkat kepala dengan mata terbuntang, tak sangka dengan panggilan di akhir salam itu. Lagi merona merah pipinya. Saudara-mara saling menahan senyum.

"Tak jawab dosa." Ucap lelaki bergelar suaminya itu lagi. Dalam malu, ditutur juga jawapan salam itu, antara dengar tidak dengar.

"Waalaikumussalam."

"Hah Hael sarung cincin tu dekat Zara cepat. Lepas itu cium dahi." suara Nenda Zubaidah kedengaran memberi arahan untuk upacara pembatalan air sembahyang. Puan Helena di sebelah menghulurkan kotak baldu biru. Kotak kecil itu disambut Tengku Hael sebelum sebentuk cincin emas bertatahkan tiga biji batu permata selamat di dalam genggamannya.

Tangan mulus Izara dicapai. Sejuk. Agaknya Izara juga sama berdebar sepertinya. Kahwin, memanglah berdebar. Cincin itu disarungkan ke jari manis Izara. Tangan kasar Tengku Hael dikucup syahdu.

"Tunggu apa lagi, Hael? Ciumlah dahi isteri tu." Gesa Nenda Zubaidah. Namun Tengku Hael menggeleng menimbulkan tanda tanya. Izara juga ikut sama tercengang.

"Hael tak nak cium isteri Hael depan orang." Jelas Tengku Hael. Nenda Zubaidah senyap. Puan Helena dan Mak Esah saling berpandangan. Kalau dah tuan punya badan sendiri kata macam itu, takkan nak paksa lagi.

Majlis berlangsung dengan acara menepung tawar. Dalam kereta Tengku Hael bangun menghulurkan tangan kepada Izara. Teragak-agak Izara untuk menyambut namun tak juga dia biarkan tangan kasar itu kosong tanpa tangannya. Tangan mereka bergenggaman kemas dengan tautan jemari yang saling menyelit di antara celah ruang.

Bibir tak henti senyum.

Pelamin rona emas yang dihias cantik menunggu ketibaan si raja sehari. Berpimpinan tangan sambil menuju ke singgahsana. Izara memegang kejap tangan Tengku Hael. Itu menarik perhatian Tengku Hael untuk berpaling.

"You kenapa sayang?" jantung Izara berdebar hebat. Tengku Hael di sebelah dipandang dengan mata membulat. Lelaki itu ketawa kecil. Selamat mereka melabuhkan punggung di atas pelamin indah sekali lagi soalan sama diutarakan.

"You kenapa? Tak sihat? Sakit perut? Baby I dalam perut itu okay tak?" mata Izara meluas. Mulut tak ada insurans betullah. Tak sampai sehari nikah dah tanya baby dalam perut. Gila ke apa?

"Apa awak ni? Ke situ pula." dah kahwin ni dah tunjuk belang nakal dia.

"Dah tu I tanya u kenapa u senyap je." jawab Tengku Hael dengan ketawa yang masih bersisa.

His Only OneTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang