"Umi...macam mana dengan Kak Dayah? Dia dah sam...sampai ke?" dengan tersedu-sedan telefon ditekap rapat ke telinga. Air mata bercucuran di pipi. Khabar mengejut itu masih sukar dihadam. Imbauan kenangan bersama masih bermain. Terasa 'kakak'nya masih ada bersama. Sepertinya khabar itu hanya olok-olok. Sekadar gurauan kasar yang tak pernah terjadi.
"Dah. Arwah dah siap ditanam dah pun." kepahitan yang sukar sekali untuk dihadam. Sayangnya Kak Hidayah peneman suka dukanya telah pergi buat selama-lamanya. Esakkan Izara pecah. Baju arwah dipeluk cium. Telefon diletak ke tepi.
Penyesalan berganda menghimpit diri Izara. Dia tak sempat lagi meminta maaf kepada arwah Hidayah. Senyuman dan ketawa suka bersama kini tinggal kenangan sendiri di ruang rumah sewa milik arwah. Kini dia sendiri. Tanpa Kak Hidayah.
Operasi pencarian geng dadah di Kuala Lumpur telah mengorbankan Kak Hidayah. Arwah menghembuskan nafas terakhir di gudang serbuan kerana ditembak di dada. Jenazah telah dihantar ke kampung untuk pengebumian di sana diiringi oleh teman seperjuangan polis.
Razi ada datang untuk menjemputnya bersama-sama mengiringi jenazah pulang ke kampung. Tapi Izara tak kuat untuk turut serta. Dia membuat keputusan untuk kekal di sini untuk menyelesaikan urusan sebelum pulang ke sana juga. Izara tekad untuk mengambil langkah.
Dia akan pulang. Pulang bertemu Kak Hidayah.
"Kak Dayah...kenapa akak tinggal Zara? Akak dah tak sayang Zara ke? Akak pun pergi ikut abah Zara juga." Omelnya sendiri. Baju seragam polis milik arwah Hidayah digenggam. Baju ini akan dia sampaikan kepada ibu Kak Hidayah sendiri. Razi yang memberikan amanat itu.
"Akak, Zara sunyi. Akak pergi dulu dari Zara. Sebab itu lah Zara tak nak ikut akak jadi polis. Akak berani." Dalam sendu Izara ketawa kecil.
"Tak macam Zara. Sekarang akak dah pergi, siapa nak jaga Zara dekat sini? Akak cakap nak jaga Zara baik-baik. Akak dah mungkir janji dengan umi dan Zara. Akak kata nak rotan Zara guna rotan penjara kalau Zara buat perangai. Akak..." Bibirnya terketar-ketar.
"Baliklah...Zara rindu akak." Bersungguh-sungguh Izara menangis di dalam bilik kecil itu. Baju seragam itu hampir lencun dek air matanya. Lama berkeadaan begitu, tanpa sedar Izara terlelap dengan rindu yang menggunung buat si 'kakak' yang terkorban.
Jari menari-menari di atas papan kekunci. Bunyi papan kekunci memenuhi ruangan bilik yang bakal ditinggalkannya. Fikirannya bercelaru. Apa yang menimpanya baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam kepadanya fizikal dan mental. Mata Izara tertancap pada skrin komputer. Membaca bait-bait surat yang ditulisnya.
Dalam fokus, tumpuannya terganggu apabila interkom di hadapannya berbunyi. Tengku Hael memanggilnya ke dalam. Izara cuba untuk bertenang. Nafas ditarik lalu dihembus. Skrin komputer diperhati lama sebelum tetikus digerakkan. Cetak.
Planner hitam didakap erat. Tiga kali ketukan, tombol pintu dipulas. Terhidang di hadapannya Tengku Hael yang sedang sibuk membuat kerja. Kertas kerja penuh di atas meja. Akhirnya Tengku Hael angkat kepala bila Izara berdiri di hadapannya.
"You good?" soalan pertama dari lelaki itu. Izara tahu apa yang Tengku Hael maksudkan. Cukup dengan anggukan sebagai balasan. Kepalanya menunduk. Dia masih malu dengan apa yang terjadi antara dia dan Tengku Hael. Mereka bergaduh bagai nak rak dan di akhirnya dia menangis kerana khabar tidak baik yang mengunjung.
"Answer me Zara. I want to hear you voice." Kata Tengku Hael lagi. Dia mahu memastikan gadis yang mencuri hatinya betul-betul tidak apa-apa. Anggukkan tidak memberi makna apa-apa baginya. Boleh sahaja Izara menipunya.
"Saya okay." Serak. Izara mengemam bibir yang kering.
"No, you're not okay Zara. Sit. I ambilkan you air." Tengku Hael bangun menarik kerusi untuk Izara duduk. Sebotol air mineral kecil diambil lalu dibuka penutupnya. Izara betul-betul buat dia risau dengan keadaannya. Nampak Izara masih berdiri, Tengku Hael bercekak pinggang.

ANDA SEDANG MEMBACA
His Only One
Romantizmcover by : @SyuhadaAbshah Izara Aisyah gadis kampung yang punya ibu dan dua adik lelaki. Hidup dalam serba daif. Usia yang menjangkau 20 tahun memaksa dia berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib hidup. Tak pernah terdetik di dalam hidupnya ak...