BAB 11

2K 99 5
                                    

Lengan Hidayah di sebelahnya digoncang kuat. Berkali-kali dia goncang tetap mata pegawai polis wanita itu melekat di kaca televisyen. Izara merengus, geram. Mata coklatnya melilau mencari alat kawalan. Jumpa sahaja di celah sofa, Izara terus tutup televisyen. Gelap gelita skrin.

"Aishh Zara! Syafiq Kyle tengah berlakon itu!" Hidayah cuba mencapai remote tv di belakang Izara. Orang handsome tengah berlakon suka-suki dia je pergi tutup Tv. Drama Nur yang ditayangkan setiap malam sudah menjadi drama kegemarannya untuk ditonton jika tiada sebarang operasi.

"Sudah-sudahlah tengok drama itu. Ini, adik akak ini tengah dalam kesusahan. Cubalah dengar cerita Zara. Zara nak minta pendapat akak." Beritahu Izara bersungguh-sungguh. Dari tadi dia cuba mendapatkan perhatian Hidayah. Tetapi tetap Hidayah pandang Syafiq Kyle di dalam televisyen berbanding dirinya yang sedang berada di hadapan wanita itu. Sedihnya hidup dia.

"Akak dengarlah cerita Zara ini!" Izara terus-terusan mencuba untuk bercerita.

"Opp! Opp! Biar drama akak habis dulu." Hidayah angkat tangan menegah. Mata kembali terarah kepada televisyen. Bahagian yang paling mencabar kemarahan di mana heroin jatuh kolam bersama si kakak kepada hero. Fuhh si antagonis boleh pula ketawa.

"Jahat punya Madi!" kusyen kecil ditumbuk-tumbuk, melempiaskan rasa marahnya. Terasa seperti diperhatikan, Hidayah terus menghentikan perbuatannya. Izara di sebelah dikerling sekilas sebelum menumpukan kembali perhatian kepada drama itu. Dia ingatkan lepas Izara pindah masuk ke rumahnya, dia akan ada geng kaki drama, membawang tentang antagonis dan banyak lagi. Sayangnya Izara bukan kaki drama.

"Okay! Drama dah habis. Apa yang Zara nak cakap sangat dengan akak tadi? Cepat cakap." Terus butang off ditekan. Hidayah memusingkan tubuh, menghadap Izara yang sedang memeluk tubuh.

"Zara..." kali ini giliran Hidayah pula yang gigih mendapatkan perhatian. Izara tidak menghiraukannya. Merajuk lah tu.

"Alaa Zara, janganlah macam ini. Akak dengarlah ini." kata Hidayah, memujuk lembut. Dia mengaku salahnya kerana mengabaikan Izara. Tapi nak buat macam mana? Ustaz Adam aka Syafiq Kyle tengah beraksi. Dia kenalah tengok.

"Tak payah! Zara dah turn off nak bercerita. Akak pun pergilah tengok drama lagi."

"Drama dah habis. Sekarang akak nak layan drama Zara pula. Cepatlah cerita apa yang jadi? Siapa hero? Siapa heroin? Bertemu dah. Sekarang dah jatuh cinta ke?" Hidayah mengangkat keningnya berkali-kali, menduga. Senyumannya melebar sehingga ke telinga.

Pandangan Izara berubah. Tercengang sebentar dengan apa yang baru keluar dari mulut Hidayah. Nak cakap Hidayah cakap laju...tak juga. Kurang faham. Apa yang Hidayah katakan dengan drama? Hero? Dan heroin?

"Apa yang akak cakap ini?" berlapis-lapis dahinya memikirkan kemungkinan dari Hidayah. Kejap. Izara pandang Hidayah di sebelahnya. Takkan lah Hidayah maksudkan dia dengan Tengku Hael. Oh tidak sama sekali. Tergeleng-geleng kepala Izara menidakkan kemungkinan itu.

"Akak tanya pasal Zara dengan Tengku Hael lah." Izara rasa nak tepuk dahi sendiri. Macam mana pula boleh timbul cerita dia dengan Tengku Hael dekat sini? Walaupun sebenarnya dia mahu mengatakan sesuatu berkaitan dengan Tengku Hael tapi bila Hidayah yang membuka kisah tentang lelaki itu terlebih dahulu, semangatnya terus jatuh merudum.

"Bukan pasal Razi?"

"Kenapa akak nak tanya pasal Razi pula? Korang ada hubungan apa-apa ke dekat belakang akak?" soal Hidayah serius. Izara terus menggeleng, menidakkan. Lelaki itu pun simpang malaikat 44 juga.

"Mana ada! Zara bukan apa. Zara cuma pelik sebab tiba-tiba je akak buka cerita pasal mamat kerek itu. Macam tahu-tahu je, Zara nak cakap pasal dia." suaranya semakin berubah perlahan.

His Only OneTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang