MAAF
TOK DALANG
Jika dapat memilih, hamba akan mencoba.
Namun hati tak dapat di paksa tentang perkara rasa.
Maaf...
Silah kan tuan cintai hamba, dan berdoa lah agar hati hamba jatuh pada tuan.
Buah delima buah mengkudu.
Di bawa berlayar di larikan orang.
Walau sudah lama hamba manunggu.
Sayang nya hati belum bergoncang.
Maaf...
Abang sayang, bukan nya hamba memilih rupa.
Bukan pula hamba memilih harta.
Namun perkara hati hamba tak dapat berpura.
Hamba sudah mencoba meletakan tuan di sisi hati hamba.
Namun apa daya tuan ku sayang, cinta bukan perkara paksaan.
Hamba tahu tuan tulus.
Hamba tahu tuan cinta.
Hamba tahu tuan sayang.
Namun sekali lagi hamba berkata maaf.
Terimakasih tuan sudah tulus
Tuan sudah cinta
Tuan sudah sayang
Namun sekali lagi.
Maaf....
Selepas ini....tuan boleh membenci hamba.
Tuan boleh marah
Tuan boleh bersedih
Dan tuan boleh berkata apa saja.
Selepas itu...lihat lah di sekeliling tuan.
Ada banyak cinta untuk tuan.
Saran hamba tuan, silahkan berdoa.
Jika memang hamba adalah tulang rusuk tuan, suatu saat hati hamba akan jatuh kepada tuan juga.
KAMU SEDANG MEMBACA
SEMUA TENTANG CINTA
Romancekumpulan sajak dan puisi yang selalu di dengar di SPOON RADIO