Jaga diri baik baik. Appa terpaksa outstation sebulan kat sana. Maaf sebab baru bagitahu.
Namjoon mengeluh berat sebaik membaca pesanan ringkas dari ayahnya. Telefon bimbit dimatikan lalu kakinya dihayun ke taman berdekatan.
Dia ingin menenangkan diri sebelum pulang ke rumah. Paling tak pun, taman ini mungkin boleh mengiburkan hatinya yang sepi.
Sebaik tiba, bangku di penjuru taman dituju. Namjoon perlahan melabuhkan duduk. Sesekali dia tersenyum nipis sambil memerhatikan kanak kanak bermain.
"Seronoknya dorang. Gembira je tanpa perlu fikirkan apa apa masalaah.." ujar Namjoon sedikit iri hati.
Alangkah bagusnya jika kehidupan dia juga segembira itu. Tapi dia tahu, itu semua...mustahil. Namjoon mula tenggelam dalam dunianya sendiri sambil menikmati angin petang yang bertiup lembut.
"Nah" Namjoon tersentak bila tiba tiba ada seseorang menghulurkan secawan kopi di hadapan mukanya.
"Eh? Apa ni?"
"Dalgona coffea, ambiklaa. Saya terbeli lebih tadi. Em anggap lah saya belanja awak ya. Lagipun, awak nampak macam sedih. Maybe coffea can help?" ujar gadis berjacket kulit itu seraya tersenyum manis.
Namjoon agak keliru namun cup kopi itu tetap disambut. Sempat dia mengerling sekilas pada gadis yang selamba duduk di sebelahnya.
"Thanks.." ucap Namjoon perlahan sambil menyisip kopi.
Ummm..sedap! Tak sama macam dia buat dengan Jimin dulu.
"By the way, nama awak siapa?" si gadis mula menyoal.
Namjoon berdehem seketika.
"Kim Namjoon.."
"Aww cutenya nama awak. Maybe saya boleh panggil awak Joonie or Monie? Sound nice, right? Hehehe." Namjoon terpaku seketika bila melihat lesung pipit di pipi gadis itu bila dia ketawa.
"Selamat berkenalan Joonie! Nama saya Song Jiah." dengan ramah tangan dihulur.
"Sorry. Aku tak sentuh perempuan." dengan selamba tangan gadis itu ditepis.
Namjoon bingkas bangkit dari duduk. Beg galasnya yang terlorot jatuh dibetulkan. Lebih baik dia balik. Lagipun ketenangannya dah diganggu.
"Eh, sekejap! Awak!" Song Jiah menjerit memanggil lelaki sombong itu. Namun sedikit pun Namjoon tak menoleh.
Jiah mencebik geram.
"Eee sombong gila mamat tu. Dia ingat dia tu siapa, tak guna betul. Nasib baiklah aku ni baik. Kalau tak, memang aku tinggal je benda ni kat sini ." bebel Jiah sambil mengutip dompet kulit Namjoon yang terdampar diatas tanah.
Lelaki itu tidak perasan dompetnya tercicir.
Tanpa was was, dompet itu terus dibuka. Terbit senyuman sinis di sudut bibirnya sebaik membaca maklumat pribadi Namjoon.
"Hmmm hensem jugak mamat ni. Semoga kita berjumpa lagi ya, Joonie.." bisik Jiah sendiri sambil merenung gambar lelaki itu.
🍑🍑🍑
"Apahal ni? Serabut lah aku tengok. Bising betul, tak aman aku nak bergayut ngan buah hati aku tau." rungut Yoongi yang baru turun ke ruang tamu. Itu pun sebab suara Namjoon yang memekak tak sudah.
"Entahlah hyung. Dari aku balik sampai sekarang, macam tu lah keadaan dia. Terjerit jerit tak henti. Puncanya? Heh, tak dapat dikesan." laung Jimin dari dapur.
"Arghhhhhhhhh!!!!! Macam mana aku boleh cuai! Aduhh macam mana ni! Dompet akuuuu!!! Ottokae mana pula aku letak!" Namjoon mundar mandir. Rambutnya ditarik tarik memikirkan masalah itu.
Taehyung picit kepala yang mula pening. Tak aman dia nak tengok movie kesayangannya.
"Namjoon hyung relax lah. Apa kata duduk dulu. Ni tak, mundar mandir dari tadi. Ke sana ke sini ke sana ke sini. Pening lah.." adu Jungkook.
"MACAM MANA AKU NAK BERTENANG! DOMPET AKU HILANG TAU TAK!"
Ting tong!
Tiba tiba suasana terus sepi sebaik loceng rumah bergema. Masing masing berpandangan tapi tiada seorang pun mahu bergerak. Hampir sepuluh minit mereka begitu.
"Hish, dasar babi babi pemalas.." maki Seokjin. Dia terpaksa mengalah lalu melangkah ke pintu utama.
"Anyeonghaseyo. Ini rumah Kim Namjoon ke?" Seokjin terus diserbu dengan soalan sebaik pintu dibuka.
Terkebil kebil dia memerhatikan gadis genit di depannya itu sebelum menjawab.
"Err nae..ini rumah dia. Cik ni siapa? Ada apa datang cari dia kat sini?"
Namun tiba tiba, gadis itu menangis. Seokjin menggelabah bila tangisannya semakin kuat.
"Eh! Kenapa ni cik? Kenapa menangis?"
"Hikss..sa.. saya datang sini sebab nak berjumpa dengan Namjoon. Saya nak dia bertanggungjawab atas kandungan ni. Kalau awak nak tahu, sa...saya ni perempuan simpanan dia dan saya mengandung! " Seokjin hampir pengsan sebaik mendengar perkara itu.
"APA?! PEREMPUAN SIMPANAN NAMJOON MENGANDUNG?! " bangtan yang mencuri dengar perbualan itu terkejut beruk.
"Bwo?! Masa bila pula aku ada perempuan simpanan?! " Namjoon yang mendengar perbualan itu terus berlari ke pintu utama.
Tubuh Seokjin terus ditolak tepi. Namun sebaik melihat insan itu, Namjoon terus tergamam. Lidahnya kelu tidak mampu bersuara.
"Kau?!"
"Hai Joonie! Masih ingat saya?" Song Jiah tersengih sengih melihat riak Namjoon yang pucat lesi.
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanfictionDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...