"Aku rasa kita memang patut mati." bisik Hanmin pada Chan Mi dengan takut.
Aduh! Mana mereka nak letak muka sekarang? Sudahlah semua mata memandang ke arah mereka. Malunya!
Jatuh maruah Black Dragon kalau macam ni!
Jiah dan Chaerin diam menikus. Masing masing menundukkan wajah. Sedikit pun tidak berani memandang insan dihadapan mereka.
"Puas hati?"
Jiah ketap bibirnya bila Namjoon menyoal dengan garang.
"Song Jiah! Aku tanya ni! Kau dah puas hati ke belum?! " suara Namjoon meninggi.
Jiah mengigil. Chaerin, Chan Mi dan Hanmin rasa nak menangis bila Jiah ditengking begitu.
"Namjoon..sa..saya-"
Pak!
Jiah tergamam bila Namjoon membaling kuat duit haram itu ke mukanya. Habis berterbangan kepingan duit ke udara kerana penangan lelaki itu.
Jimin, Taehyung dan Jungkook hanya mampu melihat. Mereka tidak berani menghalang bila Namjoon mengamuk.
"Semua ni bukan salah Jiah, kitaorang yang ajak dia ikut." Chan Mi pantas membela rakannya.
"Kau diam! Aku tak bercakap dengan kau! " Chan Mi terus membisu bila dimarah.
"Namjoon, awak tak perlu berkasar dengan kawan kawan saya. Kalau awak nak marah, awak lepaskan pada saya seorang. Jangan libatkan yang lain."dengan berani Jiah mendekati lelaki itu.
Namjoon merengus kasar. Wajah Jiah dipandang tajam.
"Kau ikut aku sekarang! " sejurus itu lengan Jiah terus ditarik kuat memaksa gadis itu mengikut langkahnya.
"Korang yang lain, tolong settlekan motor diaorang. Aku ada urusan dengan Jiah." pesan Namjoon sebelum beredar.
"Baik." Taehyung mengangguk faham. Dia mendekati superbike Jiah untuk bawa kenderaan itu pulang.
"Ji.. Jimin, saya minta maaf." tangan Jimin cuba dipegang namun pantas lelaki itu menepis.
"Jangan cakap dengan aku Chaerin. Mood aku tak baik. Kau naik sekarang, aku tak ada masa nak layan kau. " kata Jimin dengan tegas. Dia sudah bersedia di atas superbike milik Chaerin.
Manakala Hanmin pula akan membonceng bersama Jungkook dan Chan Mi akan bergerak solo. Tanpa berlengah, mereka bergerak meninggalkan tapak perlumbaan haram itu.
___
"Kau tunggu apa lagi?! Masuk sekarang!" tubuh Jiah dipaksa masuk ke dalam kereta.
Jiah menurut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Muka Namjoon sedikit pun tidak dipandang. Dia takut nak bertentang mata dengan lelaki itu!
DUM!
Terangkat bahu Jiah bila Namjoon menutup pintu dengan kuat. Liur ditelan perlahan.
Nampaknya kali ini, kemarahan Namjoon tidak boleh dibuat main.
"Namjoon, saya minta maaf. " Jiah rasa nak menangis bila melihat muka lelaki itu yang jelas bengang dengannya.
Kata kata Jiah tidak dipeduli lalu enjin kereta terus dihidupkan. Namjon menjeling sekilas pada tapak perlumbaan haram tadi.
'Huh, aku akan pastikan Jiah tak jejak kaki ke sini lagi. Dasar tempat tak guna.' desis hatinya nekad.
Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket lalu jarinya laju mendail nombor seseorang.
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanfictionDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...