"Hmm, berat masalah kali ni." Wajah Hanmin berkerut seribu memikirkan perkara itu.
"Kan, aku pun pening. Apa dah jadi sebenarnya?" celah Chaerin pula.
"And, wait. Kau cakap apa tadi? Dia balas pelukan kau and korang spent masa bersama tengok salji turun? Wow, macam tak percaya." Kali ni Chan Mi bersuara.
Dari cerita Jiah, memang susah mereka nak percaya benda itu terjadi.
"Haih, aku lagi pening. Namjoon tu memang jenis mood swing agaknya. Kejap okay, kejap tak. Entahlah, aku pun tak faham." Jiah hirup coklat panasnya.
Malam ini, mereka berempat meluangkan masa di rumah Jiah memandangkan Puan Song terpaksa outstation. Dan sekarang, mereka sedang berendam dalam tub jacuzzi yang berisi air panas.
"Jangan jangan dia suka kau?" teka Chaerin."Haah. Aku pun rasa macam tu. Tak mustahil." kata Hanmin.
Jiah gigit bibirnya. Haih, selagi tiada pengakuan dari pihak Namjoon, memang susah dia nak meneka isi hati lelaki itu.
"Hmmm entahlah. Aku tak berani nak kata apa. Sebab, waktu dia peluk aku tadi. Aku rasa lain. Dia macam rindukan seseorang tapi aku tak tahu siapa." Ujar Jiah sambil mengenang kejadian tadi.
Dia perasan Namjoon menangis dalam pelukan itu tapi Jiah hanya biarkan sahaja. Bimbang emosi Namjoon terganggu sekiranya dia menegur.
Persoalannya sekarang, siapakah insan itu? Siapakah dia sehingga berjaya buat Namjoon menangis?
Hmm..perlahan Jiah menggeleng bila gagal mencari penyelesaian. Isu itu kekal misteri tanpa sebarang clue.
"Eh, dahlah. Lupakan pasal hal aku. Kita borak pasal lain pulak." Jiah terus menutup topik itu dari terus dibicarakan.
"Arraseo. Weh Hanmin, bikini saiz apa kau bagi aku pinjam ni? Ketat semacam. Tak selesa aku pakai." Kata Chan Mi sambil cuba melonggarkan branya.
Dari tadi dia susah nak bernafas kerana saiz bra itu agak kecil dan ketat.
"Eo? Takkan aku salah bagi saiz kot?" Hanmin meraduk air ke arah Chan Mi lalu saiz bra itu diperiksa.
"Alamak! Haah la weh! Ni saiz bikini Chaerin! Aku tersalah bagi. Patutlah ketat semacam je bila kau pakai." Hanmin tepuk dahi dengan accident itu.
Aduhai, kesian Chan Mi. Patutlah dari tadi tengok dia tak senang duduk.
"Aku nak tukarlah weh. Tak selesalah." Chan Mi berdiri lalu cuba membuka branya.
"Yah! Kau gila ke?! Takkan kau nak tukar kat sini?!" Hanmin dan Chaerin serentak menjerit.
Jiah pula terlebih dahulu mencapai tuala lalu dicampakkan ke arah Chan Mi. Menutup badannya yang terdedah.
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanficDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...