PRANGG!!
Bubur nasi berterabur di lantai bila dibaling. Tidak cukup dengan itu, gelas dan dulang yang dibawa turut menerima nasib yang sama.
"Keluar lah! Saya taknak tengok muka awak! Keluar!!!" bantal dibaling kasar bila manusia itu masih berkeras tidak mahu pergi.
"Jiah, please. Jangan macam ni.." kelam kabut Namjoon cuba menghentikan gadis itu dari terus mengamuk.
Namun semuanya tidak menjadi bila Jiah makin naik angin. Kali ini gadis itu mencapai pasu hiasan di tepi katil lalu tanpa ragu terus dibaling ke arahnya.
PRANG!!!
Berkecai seramik kaca itu bila terhempas ke dinding. Namjoon mengurut dada lega bila dia sempat mengelak.
"Song Jiah! Kau ni dah kenapa?!" Chan Mi yang kebetulan masuk terkejut dengan kekecohan itu. Dia terlopong luas bila melihat keadaan bilik Jiah yang bersepah dan semak.
"Suruh lelaki tak guna tu keluar! Aku benci tengok muka dia!" Jiah bertempik keras.
Namjoon tergamam. Bibir bawahnya digigit. Dia terasa hati dengan kata kata Jiah.
Lelaki tak guna? Hmmm, nampaknya Jiah dah mula membencinya. Adakah ini perkara baik?
"Namjoon, kau keluar lah dulu, Biar aku handle minah ni. Nanti kalau ada apa apa, aku panggil." Chan Mi tepuk bahu Namjoon meminta lelaki itu keluar.
"Okay Chan Mi, aku gerak dulu. Jiah, aku nak keluar ni. Kalau nak apa apa, panggil je aku. Aku sentiasa ada untuk kau."
"DIAMLAH JANTAN TAK GUNA!!!! AWAK BERAMBUS SEKARANG!!!" kelam kabut Namjoon berlari keluar bila Jiah hampir membaling cermin kecil ke arahnya.
Chan Mi menggeleng dengan drama pasangan itu. Perlahan dia mendekati Jiah yang berpeluk tubuh di atas katil. Wajah gadis itu masam mencuka. Tiada senyuman langsung.
"Amboi, garangnya.." ujar Chan Mi.
"Hehehe. Macam mana? Hebat tak lakonan aku?" reaksi Jiah automatik bertukar.
Chan Mi hanya mampu menggeleng. Dia tak tahu nak komen apa.
"Jiah, ni benda kau yang minta." beg kertas ditangan diserahkan pada gadis itu. Chan Mi melabuhkan punggung di birai katil.
"Kau beli berapa pasang?" soal Jiah seraya menyambut huluran itu lalu menjenguk isi dalam beg kertas .
"Tiga. Kebetulan time aku beli ni, dia ada keluarkan design baru. So, aku ambil jelah mana yang lawa. By the way kau nak buat apa dengan semua lingering ni?"
"Hmm cantik. Seksi dan mengancam!" Jiah senyum lebar. Matanya bersinar sambil membelek lingering itu.
Semuanya ada 3 helai dengan warna yang berbeza. Putih, merah dan hitam. Perfect! Ini lah yang dia mahukan!
"Jiah, aku tanya ni. Kau nak buat apa dengan baju seksi macam ni?" sekali lagi Chan Mi mengulang soalannya.
"Aku nak goda Namjoon."
"Apa?! Kau dah gila ke?! Tapi, dia dah jadi abang tiri kau and korang tinggal satu rumah. Macam mana kalau kantoi dengan parents kau? " Chan Mi terkejut.
"Ya. Memang aku dah gila! Semuanya sebab jantan tu!" kata Jiah dengan geram.
Chan Mi mengurut pelipisnya.
Dia mula pening dengan rancangan gila sahabatnya ini. Nampaknya Jiah betul betul nekad dengan keputusannya. Mereka tahu apa yang terjadi semalam. Soal pergaduhan Jiah dan Namjoon hingga percubaan Jiah untuk bunuh diri semua sudah Jiah ceritakan.
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanficDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...