"Thanks hantarkan aku balik.." kata Namjoon sebaik mereka tiba di hadapan rumah sewa bangtan."Most welcome.." balas Jiah perlahan.
Tak tahulah kenapa, tiba tiba je dia jadi malu dengan Namjoon. Ini semua gara gara kes tadi.
"Pelik..selalunya kau bukan main bising lagi. Sekarang kenapa diam pulak?" Namjoon sengaja mengusik.
Jiah jadi tak keruan.
Aish, bodoh lah Jiah. Kau dah kenapa nak berdebar bagai?!
Come girl, wake up!
Cup!
Tiba tiba terasa sesuatu yang panas melekap kemas di pipi.
Mata Jiah terbuntang luas bila menyedari Namjoon menciumnya! Dapat dia rasakan seulas bibir lembut itu menyentuh kulit.
"Yang ini, tunggu dulu. Sampai masanya nanti, aku akan rasa juga.." kata Namjoon seraya mengelus lembut bibir Jiah.
'Yah!! Apa dah jadi sebenarnya ni?!!!! Oh my god!! Please help me! Aku rasa nak pengsan!'
Kata kata itu hanya mampu dijeritkan dalam hati. Kerana sesungguhnya, bibir Jiah kelu untuk bersuara!
Tindakan Namjoon langsung tidak dapat dijangka! Lelaki itu berjaya buatkan jantungnya terhenti.
"Hmm..bisu terus ke?" soal Namjoon lagi bila Jiah langsung tidak memberi respon.
Dia tersenyum puas bila kedua pipi Jiah bertukar merah seperti buah tomato. Nampak sangat gadis itu menahan malu.
Jiah berdehem betulkan tekak yang kering.
"Hmm dah sampai ni, awak tak nak turun?" Kata Jiah tanpa memandang Namjoon.
Sumpah dia tiada kekuatan untuk melihat lelaki itu buat masa sekarang.
"Yelah, aku nak turun lah ni. Menghalau nampak.." perli Namjoon seraya membetulkan beg galas.
"Mana adalah. Sa..saya cuma.."
"Hahaha relax lah kitten, aku bergurau je. Kau ni kalut sangat." Namjoon bergerak keluar.
"Aku masuk dulu tau. Hati hati memandu. Bye kitten!" Kata Namjoon sebelum pergi.
Akhirnya, Jiah mampu bernafas dengan tenang. Berkali kali dia menyedut oksigen untuk menstabilkan rasa gemuruhnya.
"Haih, sekarang ni siapa yang tawan siapa? Kenapa rasa terbalik? Nampak macam dia pula yang cuba tawan aku.." jeda gadis ini sendiri sambil memikirkan tindakan Namjoon tadi.
Kiss tadi tu sepatutnya dia yang mulakan , bukan Namjoon. Tapi, kenapa..
"Ah sudahlah. Jangan fikirkan lagi!" Jiah ramas rambutnya bila rasa serabut.
Namun, tingkah gadis ini terhenti bila teringatkan sesuatu. Wajah Jiah bertukar serius . Bibirnya diketap kuat.
Telefon bimbit dicapai lalu nombor seseorang didail laju.
"Hello, korang kat mana? Jumpa tempat biasa. Aku ada benda nak bagitau. Pasal Nia Zhu, dia dah balik.."
___
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanfictionDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...