DC : 2

362 45 18
                                    


Suasana kekok. Masing masing diam tidak bersuara. Hanya bunyi penghawa dingin sahaja menemani suasana sepi itu.

"Maaf pasal kejadian tadi. Saya cuma bergurau. Jangan ambil serius pulak ye.." Song Jiah memecahkan suasana.

"Erk..okayy...." Taehyung , Jimin dan Jungkook serentak bersuara.

Namjoon lepaskan keluhan berat. Entah kenapa dia rasa tak sedap hati dengan gadis itu. Ada sesuatu yang membuat Namjoon rasa gelisah.

"Tapi, macam mana kau boleh tahu alamat ni? " soal Taehyung.

Terkejut dia sebaik sedar gadis itu adalah pelajar di universitinya. Bukan sebarangan pelajar pula tu. Gadis itu agak terkenal.

"Ouhh senang je nak cari. Lagipun semua maklumat ada dalam ni. Yeah, so effortless..." dompet kulit Namjoon dikeluarkan dari poket.

"Eo? Dompet aku!" cepat cepat Namjoon merampas dari pegangan Jiah. Isi dompet terus dibuka lalu dibelek satu persatu.

Risau sekiranya ada apa apa hilang.

"Sayang, relax lah. Saya jamin tak ada benda hilang dalam tu. Saya jaga dompet awak baik baik tauu.." celah Jiah membuatkan mereka tercengang.

Seokjin urut dadanya yang senak bila tersedak air. Sungguh dashyat statement gadis itu.

"Eh , kau ni dah kenapa? Gila ke? Bila masa pula aku jadi sayang kau. Kenal kau pun tak." balas Namjoon tidak berpuas hati.

Jiah tergelak kecil.

"Aigoooo...baby I ni memang panas baran eh? Takpe takpe, nanti I sejukkan eh." seperti biasa Jiah  tak endahkan lelaki itu yang sudah hampir meletup.

Namjoon ambil nafas sedalam mungkin  bila gadis itu sengaja bermain dengan emosinya. Wajah bersih Jiah ditenung dengan pandangan tajam.

"Joonie, saya tahulah yang  saya ni cantik, tapi janganlah tenung macam tu. Malu saya dibuatnya." Jiah tekup kedua pipi yang mula membahang.

Namjoon hilang kata dengan sikap muka tembok gadis itu. Langsung tiada rasa malu atau segan!

"Ergh! Kau ni memang anoying . Macam mana lah aku boleh jumpa perempuan macam kau." pedas Namjoon berkata.

"Sudah sudah. Hentikan semua ni. Ha Namjoon, kau taknak ucap terima kasih ke? Penat penat Jiah cari kau sampai sini semata nak pulangkan dompet kau." Celah Seokjin.

Namjoon menjeling lalu dia bangun dari duduk.

"Thanks." katanya dengan tidak ikhlas lalu terus berlalu ke bilik.

Jiah hadiahkan senyuman manis bila pandangan mereka bertemu namun makin tajam pula Namjoon menjelingnya. Amboi! Marah betul.

"Okaylah korang. Kalau macam tu saya balik dulu ya. Lagipun dah lewat malam sangat ni." Jiah bergerak ke pintu diiringi bangtan yang lain.

"Ouh lupa pula! Tolong cakap kat Namjoon selamat malam dan sweetdream.." kata Jiah disebalik helmet besar yang dipakai. Dia sudah naik ke atas superbikenya.

"Nae baik. Em hati hati ya." balas Seokjin.

Jian mengangguk. Pedal minyak dipulas membuatkan enjin motor besar itu mengaum ganas. Dia tersenyum sendiri sebaik terpandang balkoni di tingkat atas. Terdapat bayang seseorang di tingkap sedang memandang ke arahnya.

Heh, siap lagi kalau bukan Namjoon. Alahai, ingat menyorok tepi langsir tu orang tak nampak ke?

"Saya pergi dulu ya. Anyeong!" Sejurus itu motor besar itu bergerak keluar dari perkarangan rumah.

"Woahhhhh!!! Itu ke Song Jiah yang kau selalu cerita tu? " soal Jimin dengan teruja.

Taehyung mengangguk laju. Matanya tidak lepas memandang susuk gadis itu sehingga hilang.

"Gempak kan dia? Tak hairan kalau dia selalu jadi buah mulut orang. Tapi aku peliklah, kenapa dia layan Namjoon macam tu. Sebab tak silap aku dia bukan jenis pandang lelaki sangat.." Taehyung buntu memikirkan perkara itu.

Sikap Song Jiah agak pelik dari sebelum ini. Lagi lagi bila gadis itu dengan selamba memanggil Namjoon 'sayang' padahal Taehyung yakin mereka tidak pernah berjumpa.

Hmmmmm..macam ada yang tak kena.

Di sudut lain. Jejaka ini menghantar pemergian gadis itu dengan iringan mata. Setelah yakin susuknya hilang, Namjoon terus menutup langsir.

"Huh, annoying betul. Menyesal pula aku terima dalgona coffee dia siang tadi. Jangan jangan dia tu spy macam heroin dalam buku Dangerous Wife and Haunt You. Eee, scary!" Namjoon menggeleng laju memikirkan perkara itu.

Tak dapat dia bayangkan kalau perkara itu benar benar terjadi.

Dia bergerak ke meja study lalu dua buah buku dengan ketebalan sederhana diambil.

"Hmmm, tak sia sia aku beli. Walaupun heroin dia jenis bad girl tapi still memenuhi cita rasa. Yang penting happy ending , barulah puas hati." dua buah buku berjudul Dangerous Wife dan Haunt You dibelek.

"Namjoon ah!" baru Namjoon ingin menyambung pembacaannya, tiba tiba pintu bilik dibuka seseorang.

"Kenapa hyung?" soalnya bila Seokjin melangkah masuk. Jejaka itu membawa beberapa fail ditangan.

"Nah. Dalam fail ni ada semua maklumat pasal universiti yang kau akan masuk nanti. Pastikan jangan terlepas apa apa maklumat penting. Kalau tak faham, boleh tanya aku."

"Haih..malasnyaa rasa." Namjoon rebahkan diri ke atas katil. Kedua matanya dipejam.

Seokjin menggeleng perlahan dengan telatah kawan baiknya itu.

"Namjoon ah, aku faham kau masih belum biasa dekat sini and kau pun baru 2 minggu balik Korea. Tapi, aku harap semua tu tak jadi halangan untuk kau. Don't worry mate, kalau ada apa apa masalah jangan segan roger kami. Bangtan sentiasa ada untuk support kau. Lagipun universiti kita sama cuma lain course je." Seokjin tepuk perlahan bahu lelaki itu.

Dia faham kalau Namjoon masih tak dapat biasakan diri. Sudah  4 tahun lelaki itu menetap di New Zealand tapi kali ini Namjoon terpaksa berpindah kerana pekerjaan ayahnya.

"Thanks hyung. Sejujurnya memang aku risau. Aku takut aku tak dapat survive dekat sini. Tapi apa apa pun, aku akan cuba yang terbaik."

"That's my boi! Eh, okaylah aku nak sambung siapkan assingment. Jangan lupa baca fail tu. Minggu depan dah masuk semester baru, and class kau pun start." pesan Seokjin sebelum keluar.

Namjoon hanya diam. Dengan malas dia kembali semula ke meja study. Fail pemberian Seokjin dibelek.

Namun fokus Namjoon terganggu sebaik terpandang dompet kulitnya di hujung meja. Fikirannya mula melayang memikirkan gadis itu.

"Aish....apahal aku terfikirkan minah pelik tu pula. Andwae, aku tak sepatutnya fikirkan perempuan tu." Namjoon pejam kedua matanya.

Namun, belum sempat dia nak letak semula dompet itu, langkahnya terhenti bila perasan ada sehelai kertas kecil terselit disebalik kad kredit.

"Apa benda pula ni?" penuh ragu, kertas itu dibuka.

Good night Joonie, dream of me ya!

-Song Jiah ❤️


Namjoon tergamam. Lidahnya kelu sebaik membaca tulisan tangan  yang tertulis kemas. Lelaki ini mengeluh lalu pegang dada bila jantungnya berdegup kencang.

Hemparan langit malam yang dihiasi bintang ditatap lama sambil memikirkan sesuatu.

"Song Jiah, siapa kau sebenarnya? Dan apa yang kau nak dari aku?" bisik Namjoon sendiri dengan perasaan yang bercampur.

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now