DC : 50 •Final•

413 40 15
                                    

Air mata Namjoon mengalir deras menyaksikan pertarungan Jiah untuk melahirkan anak mereka.

Tangan Jiah digengam kuat sambil membisikkan kata kata semangat.

Dari tadi, Namjoon menemani Jiah dalam bilik bersalin. Sekalipun dia tidak meninggalkan isterinya itu.

"A-arghhhh sakitnyaaa..." Jiah mengerang kuat bila contraction berlaku sekali lagi. Dia sudah berpeluh peluh.

"Puan Jiah, nampaknya masa awak dah nak dekat. Bukaan dah 8cm. Awak bersedia ya baby dah nak keluar." arah Doktore Jeremy yang bertanggungjawab dalam persalinan Jiah.

"Sayang, you can do this! Fighting sayang! Aku tahu kau boleh!" Namjoon lap peluh di dahi Jiah.

"Sa-saya akan cuba sebaik mungkin Namjoon..demi anak kita.." Jiah teguk liurnya sebelum mengambil nafas dalam dalam.

"Ready Jiah!" Doktor Jeremy sudah bersedia.

"ARGHHHHHH!!!" dan bila contraction berlaku, Jiah meneran sekuat hati.

Terasa bagai mahu putus pinggangnya saat ini!

"Push Jiah! Push! Kepala baby dah dah mula nampak! Sikit lagi Jiah!" kata Doktor Jeremy lagi.

Jiah mengambil nafas lalu dia meneran semula. Dia mengenggam tangan Namjoon sekuat hati.

Biarlah kalau tulang jari lelaki tu nak patah sekalipun. Siapa suruh buat dia mengandung kan?

Uwekkk...

Uwekk...

Dan akhirnya Jiah mampu bernafas lega bila tangisan bayi mereka kedengaran kuat memenuhi ruang bilik.

Namjoon tidak dapat menahan lagi, air matanya semakin mencurah keluar sebaik Doktor Jeremy meletakkan bayi mereka di dada Jiah.

"Anak mama.." mutiara jernih menitis perlahan sebaik melihat bayi kecil itu.

Kesakitannya terasa bagai dibawa pergi sebaik menatap sepasang mata kecil itu.

"Namjoon..anak kita dapat mata seksi awak lah.." Jiah tergelak halus seraya mengusap wajah anaknya.

Namjoon mengangguk dengan linangan air mata. Hatinya tersentuh dengan moment indah itu.

Wajah Jiah ditatap lama. Sungguh besar pengorbanan gadis itu demi melahirkan zuriatnya. Jasa Jiah tidak mungkin mampu dibalas dengan harta dan wang ringgit.

"Terima kasih sayang..terima kasih.." lama Namjoon mencium dahi Jiah dengan rasa syukur yang melimpah ruah lalu pandangannya jatuh pada bayi kecil itu.

"Hai bidadari papa, selamat datang.."pipi merah bayi perempuan itu diusap lembut.

Tiada kata yang mampu mengambarkan perasannya ketika ini.





______________







"Korang! Baby dah sampai!!!!!" Hanmin tidak dapat menahan rasa teruja bila jururawat menolak katil bayi itu masuk ke ward Jiah.

Chaerin dan Chan Mi terus bangun dari duduk lalu mendekati bayi kecil Jiah yang masih lena.

Mata mereka bergenang sebaik melihat wajah polos itu.

"Hiks, comelnya anak kau Jiah. Hikss aku tak dapat tahan!" Chaerin menangis bila hatinya dihurung pelbagai rasa.

"Aigooo...nenek tua ni menangis lah pula! Haishh matilah aku nak pujuk kejap lagi.." Jimin menyampuk tanpa rasa bersalah.

Dia dan Bangtan turut mengepung katil bayi. Masing masing tidak berkelip menatap anak Jiah dan Namjoon.

"Siapa nama baby ni Jiah?" tanya Chan Mi seraya mengangkat bayi itu dengan hati hati.

"Ermm entahlah, kami tak decide nama lagi." balas Namjoon yang sedang mengikat rambut Jiah.

"Cantik anak kau Namjoon. Aku confirm besar nanti memang jadi rebutan ramai ni." Seokjin tersenyum bila bayi itu menguap dan menampakkan lesung pipit pada kedua pipinya.

"Cutenyaa diaaa.." Jungkook geram. Rasa nak picit picit je pipi merah itu.

"Kalau rasa cute, cepat cepatlah kahwin dan dapatkan baby. Ha Chan Mi, kau bila lagi nak buka hati untuk terima Taehyung? Hanmin pun sama , bila nak terima si Jungkook tu? Lama sangat dah budak dua ekor ni minat kat korang." Jiah tahan gelak sebaik wajah Chan Mi dan Hanmin masam mencuka bila dia membangkitkan soal itu.

"Errr..nanti nanti jelah. Masih awal lagi untuk semua ni." ringkas Chan Mi menjawab.

Sejujurnya dia memang tidak memikirkan perkara itu lagi. Dia tak berani ambil risiko untuk mengikat komitmen dengan sesiapa.

Manakala Hanmin, kedua pipinya mula memerah. Lebih lagi bila pandangannya bertembung dengan Jungkook.

"Ehem! Ehem! Alang alang kita dah bangkitkan soal ni. Aku sebenarnya ada benda sikit nak cakap." Jungkook membuat pengumuman.

Dia mendekati Hanmin lalu tangan gadis itu digenggam erat. Bangtan dan yang lain terkejut beruk dengan tingkah mengejut lelaki itu.

"Aku cuma nak bagitau, yang gadis bernama Kang Hanmin dah jadi milik aku. Kami dah selamat bertunang minggu lepas." Jungkook dengan bangga menayang cincin pada jari mereka berdua.

"Yah! Kau biar betul?! Bila masa kau purpose? Kata nak tunggu aku sekali?" Taehyung rasa nak menangis melihat pencapaian Jungkook.

"Nak tunggu kau lambatlah Tae. Kau purpose pun aku tak tahulah Chan Mi nak terima ke tak. Lebih baik aku ambil langkah dulu. Lagipun dah tak sabar sangat dah ni." Jungkook hadiahkan senyuman paling manis pada gadis disebelahnya.

"Wahh, daebak!" Seokjin, Jimin dan Yoongi dalam diam mengagumi keberani Jungkook.

Jiah dan Namjoon berpandangan lalu mereka saling membalas senyuman. Mereka tumpang gembira dengan kebahagian kawan kawan yang menemai mereka ketika susah dan senang.

Dan semoga kebahagian yang dirasa ini akan kekal selama lamanya.

Namjoon genggam erat tangan isterinya lalu mata mereka bertaut.

"Song Jiah..terima kasih untuk semuanya. Aku bersyukur Tuhan hadirkan kau dalam hidup aku. Aku gembira sangat Jiah. Terima kasih untuk kebahagian ni. I love you so much Dalgona Girl." Ucap Namjoon.

"I love you more Dalgona boy!" Jiah ketawa besar bila mengingatkan perkara itu.

Ya. Dalgona Coffea, minuman itulah yang menjadi saksi pertemuan mereka sehingga menjerat perasaan Jiah pada Namjoon dan minuman itu turut ada bersama mereka sewaktu salji pertama turun ketika di kampus dulu.

Bagi Namjoon, Jiah akan sentiasa menjadi gadis Dalgonanya yang pertama dan terakhir.

Dan dia sangat bersyukur dengan kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Kehidupan Namjoon sudah cukup sempurna dengan adanya Jiah dan bayi mereka disisi.

Mereka berdua ialah harta paling bernilai dalam hidupnya dan tidak mungkin boleh diganti.



-The End-





Haiii everyone💜

Dengan ini maka berakhirlah cerita Dalgona Coffea | Kim Namjoon.

Saya nak ucapkan terima kasih sangat sangat pada mereka yang menunggu cerita ini. 💕💕 Dalgona Coffea ialah buku yang paling lama untuk saya tamatkan.

Kadang kadang saya rasa nak unpublish buku ni sebab semangat nak menulis tu betul betul diuji. Tapi hari ni syukurlah saya berjaya juga tamatkan.😊😊

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih pada readers atas sokongan yang anda beri. 💜Harap cerita tak seberapa ni mampu menghiburkan awak semua. 💕💕

Terima kasih. Saya undur diri dulu ya. Byebye. Semoga kita berjumpa lagi. ☺☺

Crabyjoon

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now