DC : 15

241 33 10
                                    


Beberapa bulan kemudian..

Sedar tak sedar masa makin cepat berlalu. Terasa bagai  baru semalam mereka menikmati  salji pertama turun tapi sekarang ,  perlahan musim sejuk mula mengundurkan diri.

Jiah tersenyum lebar sambil memerhati keadaan di luar jendela. Nampaknya tumbuhan hijau dan bunga sudah mula mekar.

Dan kalau nak tahu, hubungannya dengan Namjoon semakin hari semakin baik. Mereka mula rapat dan mengenali hati budi masing masing.

Tapi kadang kadang, ada juga berlaku salah faham. Namjoon juga tak berubah, mulut masih tidak bertapis sama seperti dulu.

"Jiah.."

Jiah menoleh sebaik namanya dipanggil. Dia tersenyum manis bila mata mereka bertemu.

"Wow! Cantiknya mama hari ni!" sebaik melihat penampilan Puan Song, Jiah tidak dapat sembunyikan rasa kagumnya.

Gaun klasik yang dikenakan pada tubuh ramping ibunya berjaya menaikkan seri wanita itu. Solekan nipis dengan gaya rambut simpul membuatkan Puan Song nampak jauh lebih muda.

"Thank you sayang. Mama sebenarnya seganlah." ujar Puan Song.

"Alah jangan lah macam tu. Mama kenalah confident! Lagipun ini majlis penting demi syarikat mama juga. Dah lama Jiah tak nampak mama join mana mana event. Jadi, sekarang mama kena bangkit! Mama kena kuat!" Jiah peluk bahu ibunya dari tepi.

"Kan bagus kalau Jiah ikut sekali, dapat mama kenalkan dengan kawan kawan mama."

"Erk..bukan Jiah tak nak ikut. Tapi, kan Jiah dah cakap yang  Jiah dah janji dengan Joon untuk jumpa malam ni." Kata Jiah dengan malu.

"Tak habis habis dengan Joon. Jiah tak pernah bagitau pun nama sebenar dia. Entah apalah yang nak berahsia sangat. Dia boyfriend Jiah ke? Tak nak kenalkan pada mama?"

"Ehehe..awal sangat lah mama. Nanti kalau masa dah sesuai, Jiah akan kenalkan orangnya."

"Hmm sukahati Jiah lah. Dahlah mama dah lambat ni. Mari, hantarkan mama ke bawah." Puan Song  capai tas tangannya lalu bergerak turun.

Jiah menbuntuti dari belakang. Sempat dia tarik Sushi ke dalam pelukannya lalu membawa si kecil itu bersama.

"Mama tak pasti balik pukul berapa. Kalau lewat, Jiah tidur  je dulu. Tak perlu tunggu mama.." pesan Puan Song sebelum masuk ke dalam kereta.

"Baik mama. Hati hati and I hope you enjoy your day! I love you!" Jiah melambai dari jauh sehingga kelibat kereta ibunya hilang dari pandangan.

"Hmm, mama dah pergi. Tiba tiba rasa bosan pula. Nak buat apa eh?" Jiah mencebik sambil memikirkan sesuatu.

Nak ajak geng dia melepak pun tak boleh, sebab mereka semua tengah busy dengan hal masing masing.

Nak keluar dengan Namjoon? Sekarang baru pukul 5 petang. Mereka dah janji untuk jumpa pukul 8 malam nanti.

Haih, nak tak nak dia kena bersabar menanti malam.

King..kring..

Terkejut Jiah bila nama Namjoon tertera di skrin.

"Amboi dia ni, macam tahu tahu je orang teringat kat dia." bebel Jiah sendiri lalu menjawab panggilan itu.

"Hello Jiah..ada benda aku nak cakap." Namjoon terus menerjah.

"Eo? Haa , apa dia? Cakap jelah.."

"Aku terpaksa cancel janji kita malam ni. Aku minta maaf sangat, aku ada hal yang tak boleh dielak. Sorry Jiah."

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now