PRANG!!!!!
Pinggan berisi makanan yang dibawa tadi pecah berkecai menghentam dinding.
"SEMUA ORANG KELUAR DARI SINI!!! KELUAR AKU KATA! AKU TAKNAK TENGOK MUKA SESIAPA! BERAMBUSLAHHHH!!!!!" Jiah menjerit kuat sambil matanya mencerlung tajam kewajah Chaerin yang sudah basah dengan air mata.
Chaerin tidak dapat menahan lagi.
Hatinya tersayat melihat keadaan Jiah yang tidak terurus. Rambut gadis itu berserabut tidak disikat. Matanya pula bengkak dan sembam akibat terlalu banyak menangis.
Dan yang paling merisaukan, berat badan Jiah menyusut teruk. Gadis itu bagaikan mayat hidup dan semakin hari Jiah semakin agresif.
"Jiah, janganlah macam ni. Makan lah sikit Jiah dah seminggu kau tak jamah apa apa makanan." Chaerin teresak.
"JANGAN GANGGU AKU LAH!! KAU KELUAR SEKARANG!! KELUAR AKU KATA!!" kali ini tangisan Jiah bergema kuat.
Dia mengamuk!
Rambutnya ditarik tarik sambil menjerit! Tak cukup dengan itu bantal tidurnya juga dibaling ke arah Chaerin yang masih tidak berganjak keluar.
Sejak seminggu lalu, selepas Jiah dan Namjoon dimaklumkan tentang kematian ibubapa mereka, kehidupan Jiah terus berubah mendadak.
Gadis itu seperti tidak waras.
Siang dan malam menangis. Makan tidak mahu, apa pun tak mahu. Hanya berkurung dalam bilik tanpa mahu diganggu.
"Mama...baliklah. Jiah rindu..sampai hati mama tinggalkan Jiah macam ni! Kenapa?! Kenapa hidup terlalu malang?!! Argh kenapa!!!! " Jiah meraung. Air matanya merembes keluar.
Chaerin tak tunggu lama, pantas dia mendapatkan Jiah lalu tubuh itu dipeluk sekuat hati.
Mereka menangis bersama.
"Jiah, sabar banyak banyak Jiah. Aku ada dekat sini untuk kau Jiah. Kami semua ada untuk kau." pujuk Chaerin lagi.
Jiah menggeleng laju.
Sabar?! Perkataan sabar sudah tidak ada dalam kamus hidupnya!
"Chaerin..aku penat." adu Jiah perlahan. Hanya perkataan itu sahaja yang boleh menggambarkan apa yang dia rasa sekarang.
Dia penat dengan semua benda! Penat sangat sangat!
"Ya Jiah, aku tahu kau penat. Aku faham kau. Tapi aku tak minta banyak, tolonglah bertahan untuk sikit masa lagi. Demi aku dan kawan kawan kita yang lain. Boleh tak Jiah?" air mata di pipi Jiah diusap perlahan.
"A-aku tak janji Chae..aku takut aku dah putus asa untuk hidup. Tolong aku Chae..hati aku sakit sangat Chae.. Sakittt..." Jiah tumbuk dadanya berkali kali bila kesakitan itu semakin mencengkam.
Perasaannya semakin hari semakin terseksa. Dia tidak tahu sejauh mana dia boleh bertahan lagi.
________
Suasana dalam bilik mandi itu sepi tanpa suara. Hanya bunyi air mengalir mengisi ruang.
"Sayang, Chaerin kata kau tak makan lagi hari ni. Betul ke?" soal Namjoon yang sedang sibuk meratakan syampoo pada rambut Jiah.
Inilah rutin harian Namjoon sejak minggu lepas iaitu memandikan Jiah. Gadis itu tidak mahu sesiapa menguruskannya kecuali Namjoon.
"Aku tak selera.." balas Jiah dengan suara yang serak.
Mata Jiah terpejam perlahan menikmati urutan Namjoon di kepalanya. Aroma terapi dari syampoo itu sedikit sebanyak menenangkannya.
"Lepas mandi, kita makan ya?" pujuk Namjoon seraya membilas rambut Jiah. Sesekali dia membetulkan kain basah di tubuh gadis itu bila hampir terlorot.
Walaupun mereka sudah pernah bersama, tapi Namjoon masih menghormati gadis itu. Dia sudah berjanji dengan dirinya untuk menjaga dan menyanyangi Jiah.
"Kau pergi mana siang tadi? Lama betul keluar, malam baru balik? Kau jumpa Nia ke? " Jiah pusing tubuhnya menghadap Namjoon.
Hari ini, seharian lelaki itu hilang dan malam baru nampak muka. Jiah mula syak benda yang bukan bukan.
Melihatkan reaksi gadis itu yang dibakar cemburu, Namjoon tidak dapat menahan dirinya. Dia tergelak kecil.
"Yah kitten, agak agaklah nak tuduh aku keluar dengan perempuan tu. Hari ini aku keluar jumpa peguam papa dan mama, uruskan wasiat dan pembahagian harta. Lepas tu, aku pergi balai sekejap pasal kes mama dan papa. Jadi sebab tulah aku lambat balik." jelas Namjoon dengan tenang.
Jarinya membetulakan rambut basah Jiah yang mengurai di dahi. Sayu hati Namjoon bila melihat wajah gadis itu yang tidak bermaya.
"Jiah...maafkan aku sebab rahsiakan semua ni dari kau. Aku...aku ingatkan aku boleh selesaikan masalah ini seorang diri. Tapi rupanya aku silap..maafkan aku Jiah. Aku memang anak tak guna!" Namjoon menunduk cuba sembunyikan air matanya.
Dia tidak mahu lemah di hadapan Jiah. Tapi hatinya cukup tersayat dengan kesan yang menimpa gadis itu.
"Namjoon..janganlah macam ni." Jiah pantas memeluk kuat tubuh jejaka itu.
Matanya terpejam rapat bila tangisan Namjoon pecah. Lelaki itu menangis di bahunya.
Ya. Segala rahsia yang Namjoon sembunyikan sudah sampai ke pengetahuannya. Tiada lagi rahsia di antara mereka berdua sekarang.
"Kalau aku tak lambat bertindak, pasti aku masih boleh selamat mereka Jiah." Namjoon teresak.
Bukan Jiah saja, tapi jiwa lelaki ini turut terseksa. Cuma hari ini, Namjoon tiada kekuatan untuk sembunyikan kesedihannya lagi.
"Takapa, menangislah Namjoon kalau itu boleh buat kau tenang. Aku akan sentiasa ada untuk kau." belakang Namjoon diusap perlahan.
Kalau sebelum ini lelaki itu yang selalu memujuknya, tapi biarlah sekarang Jiah buat perkara yang sama.
Beberapa minit berlalu dan akhirnya Namjoon mula tenang. Perlahan dia meleraikan pelukan.
"Sorry Jiah, tak pasal kau kena mandi balik.." kata Namjoon terpandang kesan air matanya di tubuh gadis itu.
"Hmm takpe.." Jiah senyum nipis lalu mengusap air mata di pipi lelaki itu.
"Namjoon, janji dengan aku. Tak kira apa pun yang jadi kau akan tetap kuat. Kita akan tempuh ni sama sama. Aku akan sentiasa ada untuk kau."
"Jiah..terimakasih.."
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanfictionDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...