DC : 47

217 29 4
                                    

Namjoon picit dahinya bila mula rasa stress dengan kerja yang bertimbun.  Dengan malas,  dia menutup fail ditangan lalu berdiri menghadap tingkap.

Pemandangan kota Seoul tidak mendatangkan ketenangan kepadanya ketika ini lebih lagi dengan berita yang baru dia terima.

"Mustahil syarikat keluarga Nia boleh hancur sekelip mata sedangkan syarikat mereka yang paling berpengaruh." kata Namjoon sendirian.

Isu syarikat Nia sedang menjadi perbualan hangat di media ketika ini bila pihak berkuasa telah mendapat semua data dan maklumat berkaitan syarikat itu.

Tapi yang peliknya,  macam mana pihak berkuasa boleh dapat dalam masa yang sangat cepat? Dan semua maklumat itu adalah maklumat sulit yang memang susah untuk diambil.

"Haih...Jiah, kau tengah buat apa sekarang?" Namjoon mula memikirkan gadis itu.

Skrin telefonnya dipandang lama. Dari semalam dia cuba hubungi Jiah tapi langsung tidak berjawab. 

Namjoon cuba fikir positif, mungkin Jiah sedang sibuk urusan soal pembedahan. Jadi,  tak mengapalah jika gadis itu tidak menjawab panggilannya.

Tok! 

Tok!

"Masuk!" Namjoon memberi arahan bila pintu pejabatnya diketuk lalu muncullah wajah Seokjin.

"Namjoon, kenapa kau masih ada dekat sini? Dah lupa ke hari ni hari apa? " Seokjin menghampiri lelaki itu yang sedang dilanda kebingungan.

"Erkk..hari ni hari Isnin?"

Mendengarkan itu,  Seokjin pantas menepuk dahinya.  Dengan geram wajah tidak bersalah Namjoon dipandang.

"Yah! Kau lupa ke hari ni kita kena pergi mahkamah sebab Puan Natalia akan dijatuhkan hukuman." mata Namjoon terbeliak luas bila Seokjin mengingatkannya tentang perkara itu

"Aduhai! Macam manalah aku boleh lupa benda penting ni." Namjoon memarahi diri sendiri.

"Dah jom cepat. Bangtan dah lama tunggu kat bawah." dan serentak itu,  mereka bergerak keluar.

Hari ini adalah hari dimana Natalia akan menjalankan hukumannya.  Wanita itu bakal dijatuhkan hukuman gantung sampai mati diatas jenayah yang telah dilakukan.

Dan yang paling penting, nama Tuan Kim dan Puan Song telah berjaya dibersihkan.




_________







BUK!!

BUK!!

Bertalu talu penumbuk Jiah hinggap diwajah Nia yang semakin lemah.  Bagaikan punching bag,  tubuh gadis itu dibelasah sekuat hati.

Chan Mi, Hanmin dan Chaerin menemani Jiah dalam bilik usang itu tapi mereka hanya sebagai penonton.

Hanya melihat tanpa mahu masuk campur.

"Ha-hahaha..bagus Jiah..lepaskan semua kemarahan kau. Hahahahahah.." Nia jilat darah dibibirnya yang pecah seraya ketawa besar.

Dia langsung tidak gentar dengan Jiah.  Malah,  dia makin seronok bila melihat gadis itu menjadi hamba pada emosi sendiri.

"Apa yang seronok sangat ha?! " kali ini rambut Nia ditarik kuat ke belakang.

Urat dileher Jiah jelas kelihatan bila dia terlalu marah.  Senyuman di wajah Nia ditatap tajam bagai mahu tembus.

Lalu tanpa amaran Jiah heret gadis itu mendekati tub mandi yang terdapat pada penjuru bilik.

BRUSHH!!! 

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now