DC : 36

222 27 10
                                    

Seokjin menggeleng perlahan sebaik masuk ke dalam khemah.  Keadaan di dalamnya yang agak bersepah dipandang lama sebelum menghela nafas berat.

"Haih, budak budak ni kan.." Seokjin cuba bertenang.

Malas nak membebel, jejaka ini dengan tidak relanya mula mengemas apa yang patut. Tinggal lagi dua jam sebelum mereka akan berangkat pulang.

Sedang leka mengemas, tingkah Seokjin terus terhenti bila memikirkan sesuatu.

"Haih, boleh percaya ke si Namjoon ni? Tapi dari apa yang dia cerita , semuanya masuk akal." Kata Seokjin sendirian.

Dia mula mengimbas kembali perbualannya bersama Namjoon ketika malam night walk, dimana Namjoon sendiri mencerita rahsia disebalik perubahan dirinya sekarang.



"Hyung.." 

"Kau nak apa?" Seokjin menjawab malas. Dia tiada mood setelah Taehyung dan Nia bergaduh tadi.

Hanya mereka berdua sahaja ketika itu. Nia dah awal lagi angkat kaki tidak mahu selesaikan misi terakhir.

Manakala Jimin dan Taehyung sudah mula memanjat pokok untuk mendapatkan belon terapung itu.

"Sebenarnya, aku buat semua ni bersebab." Perlahan Namjoon menyusun ayat.

Seokjin terkejut. Matanya menikam wajah Namjoon , cuba mentafsirkan maksud sebenar lelaki itu.

"Kau nak cakap apa sebenarnya? Aku tak faham.."

"Hyung, aku masih sayangkan Jiah buat selama lamanya dan aku tak bermaksud untuk sakiti dia.. Apa yang berlaku antara aku dengan Nia hanyalah rancangan aku sahaja. Aku-"

"Rancangan apa ni? Kau sedar tak apa kau cakap Namjoon? " Seokjin rasa nak marah.

"Aku bersama dengan Nia sebab hanya dia sahaja kunci untuk masalah syarikat ayah aku. Hyung tahu kan, yang company ayah aku kena sabotaj. Mereka tak boleh balik Korea bukan sebab flight delay, tapi sebab ayah aku dah kena tangkap dekat Jepun atas tuduhan jenayah." Akhirnya Namjoon luahkan  semua rahsianya.

Seokjin melopong luas.

"A-apa? Jenayah apa ni Namjoon? Kenapa aku tak tahu? Habis tu appa kau macam mana? Omma Jiah?"

"Dorang masih dalam tahanan. Kes ini kes besar. Polis jumpa 200 kg dadah dalam apartment appa aku di Jepun. Kau tau kan, ramai yang memusuhi keluarga aku. Soal syarikat lagilah, aku rasa macam nak gila fikirkan semua ni.." air mata Namjoon menitik jatuh.

Semua orang memang nampak dia okay dari luaran. Mampu ketawa, mampu tersenyum. Tapi yang terjadi disebalik tadbir, ada sesiapa tahu?

Tak..tiada siapa tahu..

"Jiah tahu ke pasal ni?" Soal Seokjin.

Perlahan Namjoon menggeleng. "Tak. Jiah tak tahu apa apa. Aku tak sampai hati nak bagitau dia."

"Tapi, apa kena mengena masalah ni dengan Nia? Sampai kau sanggup bercinta dengan dia? Aku tak faham lah Joon!" Seokjin mula serabut.

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now