Jeritan Jiah kedengaran kuat bila dirinya terapung di udara. Dirinya kini sudah terperangkap dalam jaring besar yang dipasang sebagai jerat.
"SONG JIAH!!!" Chaerin, Hanmin,Chan Mi terperanjat.
"Jiah! Kau okay?!" Chan Mi panik sebaik melihat kawannya terperangkap.
Hanmin dan Chaerin serentak menepuk dahi.
Aduh! Dah macam filem Tarzan pula dah.
Siapalah yang rajin sangat pasang perangkap tengah hutan? Dahlah ini hutan simpan dan aktiviti pemburuan tidak dibenarkan sama sekali.
"Aku okay guys cuma huk huk! Tanah ni termasuk mulut aku. Erghh rimasnyaa! Tolong aku wehh!" Jiah pejam rapat matanya, bimbang butiran tanah yang melekat pada jaring jerat masuk ke dalam mata.
Tangan dan kakinya menolak dan menendang sekuat hati bila ruang di dalam jerat itu semakin menghimpit dirinya sehingga Jiah susah bernafas.
"Kau bertahan ya! Kitaorang akan keluarkan kau dari situ!" Laung Hanmin memandangkan jerat itu terapung ajak tinggi.
"Kita berpecah dan cari tali yang ikat jerat tu. Cari berdekatan pokok pokok kat sini, mungkin salah satu tali diikat pada pokok terdekat." Arah Chan Mi.
"Baik." dengan itu, mereka serentak berpecah, mujur sahaja Chan Mi dan Hanmin sempat menyalakan obor api sementara menunggu Jiah dan Chaerin mengutip kayu.
Tapi malang sekali nasib mereka, selepas satu masalah selesai, masalah lain pula yang muncul.
"Aku dah jumpa!! Tali jerat tu terikat dekat pokok ni!" laung Chaerin setelah hampir 5 minit mencari.
"Kita kena potong tali tu." Pisau lipat dari poket seluar dikeluarkan. Chan Mi mendekati Chaerin yang masih berdiri di sebelah pokok.
"KORANG HATI HATI!!!!" tiba tiba Jiah menjerit kuat.
Wof!!
Wof!!
Entah dari mana, tiba tiba sekumpulan anjing liar keluar dari celahan semak lalu menyerang mereka.
"ARGHHH!!" akibat tidak bersedia, Chan Mi tersadung lalu tersembam ke tanah.
"Chan Mi!" Chaerin pantas mendapatkan gadis itu yang mengerang sakit.
Obor api yang dipegang terlepas jatuh ke tanah. Mereka mula panik dan takut.
Wof!
Wof!
Salah seekor dari anjing liar itu cuba menyerang Chaerin dan Chan Mi namun belum sempat gigi taring itu menggigit , Hanmin terlebih dahulu bertindak.
Buk!
Kayu yang sempat dicapai terus dihayun laju menyebabkan haiwan ganas itu berundur.
"Chan Mi, kau okay?" Hanmin menyoal dengan risau.
YOU ARE READING
√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]
FanfictionDalgona Coffee? Ya, itulah detik bermulanya pertemuan mereka. Sejenis minuman itulah yang menjerat perasaan Song Jiah terhadap Namjoon. Cinta pandang pertama membuatkan Song Jiah jatuh sepenuhnya pada jejaka tampan itu. Gadis ceria dan nakal ini san...