DC : 14

255 36 28
                                    

"Jangan ikut saya lah! Eee! Apa masalah awak ni?!" Hanmin hampir menjerit bila Jungkook tidak berhenti mengejarnya dari tadi.

"Alaaa janganlah sombong sangat. Saya cuma nak ajak awak keluar dengan saya je.." kata Jungkook tanpa segan.

Ahh, rasa malunya semua sudah tolak tepi. Apa yang penting sekarang ni, dia perlu berusaha untuk dapatkan perhatian gadis itu.

"Aish, awak tak faham bahasa eh? Kan saya cakap saya tak kenal awak. So, please lah jangan ganggu saya. Saya nak balik!" Hanmin hampir menangis.

Dia rasa takut dengan lelaki itu. Yelah, macam mana dia tak takut kalau awal awal lagi lelaki itu sudah menunggunya di luar kelas menanti sesi pembelajarannya habis.

"Awak serius tak ingat saya? Ini saya lah Jungkook, yang tolong awak waktu tayar kereta awak pancit tu. Takkan awak dah lupa?" Jungkook sayu bila gadis itu langsung tidak mengenalinya.

"Maaflah, saya tak ingat lah." Hanmin cuba lari namun gagal bila Jungkook pantas menahan.

"Yah! Lepas lah! Awak ni dah kenapa!!"

Pang!

Akibat terkejut, Hanmin terlayangkan penamparnya pada wajah Jungkook.

Pang!

"Kau jangan berani dekat dengan aku lagi! Kalau tidak aku pecahkan kepala kau!"

Situasi yang sama juga berlaku pada Taehyung bila Chan Mi menampar kuat pipinya.

"Ta...tapi.." pipi yang kebas dipegang. Taehyung rasa nak menangis.

"Tak ada tapi tapi! Aku ni dahlah lambat nak jemput Hanmin! Kau pulak tiba tiba datang menyemak kat sini! Rimas betul!" Chan Mi menjeling tajam.

"Tapi saya cuma nak ajak awak keluar je.." kata Taehyung namun matanya sempat merenung dada Chan Mi.  Tiba tiba, fikirannya teringat akan moment panas itu.

"Yah! Dasar lelaki gatal! Kau pandang apa ha?!" Chan Mi cepat cepat tutup dadanya bila perasan pandangan Taehyung.

"Musim  sejuk macam ni, mesti 'gunung' Everest cantik dilitupi salji kan?" Kata Taehyung tiba tiba dengan senyuman nakal.

Dahi Chan Mi berkerut. Macam pelik je ayat lelaki itu.

"Kau cakap apa ni? Jangan merepek lah. Dahlah buang masa betul." Chan Mi berlalu pergi, namun entah di mana silapnya tiba tiba dia tersepak batu dan hampir tersungkur.

"Yah! Chan Mi! "

Namun mujurlah Taehyung bertindak pantas dengan menarik kuar pinggang gadis itu .Dan akhirnya...

Dum!!!

Kedua mereka tergolek jatuh. Wajah Chan Mi memerah bila sedar Taehyung berada di atas dan muka lelaki itu  melekap kemas pada dadanya.

"YAH !! DASAR PERVERT !!!!!!"

___



"Wush, kau yakin kau tak nak pergi hospital? Teruk sangat aku tengok kau ni.." Jungkook menggeleng dengan keadaan Taehyung bila lelaki itu masuk dalam kereta.

"Jangan risaulah. Aku okay. Sikit je ni.." kata Taehyung perlahan.

Jungkook terdiam. Lama matanya memandang wajah Taehyung yang sememeh.

Rambut lelaki itu terpacak dan kusut akibat ditarik. Tidak cukup dengan itu, kedua pipi Taehyung memerah dengan bekas jari.

√4 [C] Dalgona Coffee | Kim Namjoon [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now