DAJ 2

1.7K 225 30
                                    

Kringggg!!! Jam sudahpun menunjukkan satu petang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kringggg!!! Jam sudahpun menunjukkan satu petang. Tinggal tiga puluh minit lagi untuk waktu habis sekolah.

Haih. Bosannya. Cikgu pun tak masuk kelas. Nak buat apa? Tidur lah jawabnya!

Suasana dalam kelas itu sangat bising. Namun Andrea boleh sahaja tidur dalam kelas. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Tanpa Andrea sedari, seseorang mendekatinya dengan bibir diketap menahan tawa. Dah tahu dirinya agak cepat meledakkan tawa, janganlah nak prank orang. Haih.

"Hoi Marcella sayang!" Seseorang menyergahnya sambil tersengih. Akibat tidak tahan, orang tu dah ketawa kuat. Perutnya ditekan tekan. Agak senak.

"Eh batang monyet kau besar!" Andrea terkejut beruk dan melatah kotor terus terjatuh dari kerusi. Pinggulnya yang sakit itu diusap kuat. Matanya mencerlung garang kearah ciptaan Tuhan yang elok mentertawakan dirinya. Amboiii... Bukannya nak tolong aku. Best ya ketawakan aku?

"Hahaha! Lucu wehh kau ni Marcella"
Yana ketawa kuat sambil menekan perutnya yang senak. Matanya dikerlingkan ke sebelah melihat si gadis yang baru sahaja melatah. Wajahnya masam. Lagi lagilah dia berasa lucu.

Beberapa minit kemudian. Yana memberhentikan tawanya. Lalu tangannya naik mengusap belakang Andrea.

"Yalah yalah... Aku tak usik kau dah. Ni hah ada masalah ke sampaikan jauh termenung tu? Lepas termenung kau terus tidur ya? Lawak siot muka kau tu Mar. Dengan mulut yang ternganga besar." Soal Yana prihatin lalu duduk berhadapan dengan Andrea. Dan juga disertakan sindiran.

Andrea geleng dan mencebik. Huh. Nak prank aku lagi? Eii geramnya! Tak apa... Sabar...

"Tak adalah Yana. Tu aku tengok petani tu sedang bertungkus lumus bekerja. Kesian dia orang kan Yana? " Andrea menudingkan jari telunjuknya kearah sawah padi. Ternyata ada beberapa orang petani disitu.

Yana turut memalingkan mukanya. Sesaat itu dia tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepala.

"Ha'ah la Mar... Kesian tu dorang... So kita tak boleh bazirkan beras. Kesian mereka tu yang bercucuk tanam. Sudahlah dibawah matahari yang panas, sanggup berjemur semata mata nak bersusah payah demi wang hmm" Ujar Yana menopang dagu menggunakan tangan kirinya. Matanya tidak lepas memandangkan kearah sawah padi itu.

Manakala Andrea hanya baringkan kepalanya menggunakan lengannya.

Tiba tiba Yana teringatkan sesuatu. Lantas dia menyeluk poket baju kurungnya. Yana mengeluarkan seutas rantai yang berwarna silver gold.

DANNY ANDREA › HIATUSWhere stories live. Discover now