DAJ 29

660 98 2
                                    

Aku menangis teresak esak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku menangis teresak esak. Bahu aku turut terhenjut henjut. Tak ada gunanya aku jaga maruah aku selama enam tahun lebih ni. Ya memang Danny bersalah besar dalam hal ni. Maksud aku, dulu Danny yang pecahkan daraku. Then sekarang dia nak tebus balik kesilapan terbesar dia. Memang aku susah nak lupakan peristiwa itu namun, aku pun nampak kesungguhan dia sewaktu kitaorang tinggal bersama sama dalam banglo aku. Ada je yang dia nak tolong aku.

Mataku yang bengkak dihalakan kearah Lucas yang sedang tertidur kepenatan itu. Penglihatan aku tidak berapa jelas akibat air mata yang masih menghalang penglihatan ku.

Lucas yang tidak berbaju itu direnung tajam. Andrea sangat menyampah melihat wajah ini. Maka dulu, wajah inilah yang menambat hatinya. Semenjak Andrea meninggalkan Lucas di France dulu, Lucas mulai berubah. Jarang balik ke rumah. Kalau ada pun Grandma yang suruh. Ada ke patut dia cakap France bukanlah tempat yang dia patut berada?

"Hmm...hmm..." Lucas mulai bergerak. Lantas, Andrea menutup mata serapat rapatnya. Niatnya hendak berpura pura tidur.

"Baby..." Panggil Lucas dalam nada yang lembut tepat pada telinga Andrea. Rambut Andrea yang coklat itu dielus lembut. Wajah Andrea ditenung. Sesungguhnya, gadis ini sangat cantik. Dia mampu mencairkan hari mana mana lelaki yang memandangnya. Namun, bukan senang nak menambat hatinya.

"Sayang..." Seru Lucas lagi. Kali ini, tangan Lucas naik memeluk pinggang Andrea. Kali ini Andrea terpaksa membuka matanya dan memandang Lucas yang sedang senyum memandangnya. Andrea terpaksa akui, dia dan Lucas masih belum putuskan hubungan. Cuma, dia sendiri yang gantungkan hubungan ini. Dan rasanya, hubungan dia dan Lucas sudah tidak membawa apa apa erti. Dalam erti lain, percintaan mereka adalah satu kebetulan. Jika Lucas benar benar mencintainya, dia tidak akan tangguhkan masa.

"Baby... Kenapa kau tak bercakap?" Soal Lucas. Dia mulai pelik dengan tingkah laku Andrea yang hanya merenungnya tajam tanpa bersuara. Rangkulan dipinggang Andrea pula diketatkan.

"Aku bukan tak nak bercakap. Tapi sebaliknya aku tak dapat mengeluarkan suara untuk bercakap" Bidas Andrea sinis lalu bangun dari perbaringan nya. Pantas, dia berlalu ke bilik air. Lucas terkesima. Dia menahan rasa dalam hatinya. Namun, hatinya yang sedikit tersinggung itu sedaya upaya diusir jauh. Lucas bangun, menuju kearah bilik air. Dirinya yang tidak berpakaian dan hanya dikenakan seluar pendek itu dibiarkan. Matanya hanya merenung tepat tubuh Andrea.

"Baby... Kenapa? Kenapa kau layan aku macam ni? Apa salah aku? Kau tak cintakan aku ke?" Soalnya bertalu talu. Tidak mengerti mengapakah dirinya masih dianggap salah. Sedangkan waktu itu dia benar benar mahu melamar Andrea menjadi miliknya yang sah. Dan kebetulan masa tu datang pulak si Yana setan tu. Mengaku pulak aku ni boyfriend dia.

Arghhh!!! Semua ni salah Danny! Kalau bukan disebabkan dia, benda ni semua takkan berlaku! Dan Andrea mungkin dah jadi isteri aku sekarang.

Tak apa Danny. Aku akan pastikan kau merana seumur hidup kau. Desis Lucas geram. Menyimpan dendam yang mendalam.

DANNY ANDREA › HIATUSWhere stories live. Discover now