Danny dikejarkan ke ICU. Doktor kata tikaman itu terkena pada hempedu Danny. Jadi peluang untuk berjaya dengan pembedahan itu amatlah tipis. Andrea meraup mukanya. Serabut.
Dirinya juga sangat risaukan Danny yang masih belum mempunyai perkembangan. Tuhanku... Bantulah Danny. Engkau memberikanlah kekuatan kepada Danny untuk menghadapi rintangan ini ya Tuhan. Amen.
Kini dah hampir sepuluh jam Danny berada di bilik pembedahan. Papa dan mama masih belum datang. Kata mereka selepas kerja dah siap semua barulah singgah ke sini.
Bumm!
Kedengaran pintu bilik pembedahan ditutup. Andrea lantas berdiri lalu mendapatkan doktor itu.
"Doktor... How about my brother? Adakah semuanya baik baik saja?" Desak Andrea. Kelihatan doktor itu senyum.
"Alhamdulillah cik. Encik Danny telah melepasi tahap kritikal. Sekarang dia akan dipindahkan ke wad biasa. Tapi cik masih tak boleh masuk jenguk dia. Sebab pesakit masih lemah" Ucap doktor itu sambil senyum.
"Erm... Doktor boleh tak saya tanya?"
"Boleh je Cik Andrea" Doktor itu senyum lagi. Cantiknya gadis yang berada dihadapannya ini. Walaupun seluruh anggota badannya berlumuran darah.
"Er... Bila saya boleh masuk lawat adik saya?" Soal Andrea.
"Hmm... Memang sukar untuk menjangka kestabilan pesakit. Tapi insya-Allah... Saya rasa adik Cik Andrea tu kuat orangnya. Tengok, pembedahan adik Cik Andrea berjalan lancar. Maybe lepas enam jam kemudian barulah Cik Andrea boleh masuk" Ujar doktor itu lagi. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.
Melihat Andrea hanya menarik nafas lega. Doktor itu pergi meninggalkan dirinya.
"Hmm aku tunggu papa mama datang jelah. Lepas tu aku balik. Satu badan bau hanyir. Haih"
Bebel Andrea sambil membetulkan bajunya. Tidak lama kemudian, Andrea melabuhkan punggungnya pada kerusi yang tersedia disitu.Sesekali matanya merenung pintu wad Danny yang bernombor 275 itu. Hatinya berbisik sayu.
'Aku masih belum cukup kuat untuk maafkan kau Danny. Tapi kau selamatkan aku daripada Mike. Aku terhutang budi dengan kau'
"Ann sayang... Wad Danny kat mana?" Soal seseorang. Suaranya kedengaran cemas. Andrea mendongak. Puan Camella. Kelihatan wajahnya kusut. Ku kerling kearah papa pula. Wajahnya tegang semacam.
Dah kenapa mereka berdua ni?
"Ann..."
"Hah?!! Mama cakap apa tadi?" Andrea menyoal sambil sengih malu kerana ditangkap mengelamun. Puan Camella mendengus. Dia ulang bicara nya sekali lagi. Namun kali ini agak kuat.
YOU ARE READING
DANNY ANDREA › HIATUS
ActionI'm A Bad Boy, Andrea. Because I'm Danny Adrian James. First story✓ Watak-watak yang ada dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak berkaitan yang masih hidup mahupun mati.