"Ann... Nak bagitahu mama something ke?" Soal Puan Camella lembut. Andrea hanya menggelengkan kepalanya. Fikirannya kusut. Tidak tahu nak cakap apa. So better diamkan diri sahaja. Menangis? Oh semestinya tidak. Aku tak nangis. Untuk apa nak nangis? Kecewa tu adalah.
"Hmm mama bukannya apa Ann... Mama risau dengan keadaan Ann sekarang ni. Dah satu hari tak makan. Apa nak jadi dengan kamu ni?" Soal Puan Camella risau. Andrea yang tersentuh dengan bicara mamanya lantas memeluk erat tubuh itu. Puan Camella tersentak sebelum mengukirkan senyum manis. Rambut anak angkatnya itu dibelai penuh kasih.
"Dah dah... Jangan macam ni sayang... Mama tak paksa Ann. Kalau Ann tak selesa nak luahkan mama okay je. Yang penting anak mama ni ceria selalu okay sayang?" Andrea hanya sekadar mengangguk. Puan Camella menguraikan pelukkan itu dan berlalu dari bilik Andrea. Dia mahu memasak lauk kegemaran Andrea. Iaitu sambal belacan masak petai.
Andrea mengenangkan kisahnya dan Lucas. Kalaulah bekas kekasih Lucas tak datang pada malam tu, rasanya dia dah menjadi kekasih Lucas yang sah. Namun, segalanya hancur. Lucas tidak ubah seperti Danny. Danny ni suka memaksa aku. Lucas pulak mengambil berat tentang aku. Ah sudahlah. Sampaikan sekarang pun Lucas tidak menelefon kepadanya. Memang sah sah lah Lucas tu dah lupakan kau Andrea oiii!
Arghhh tidur lagi baik! Malas nak fikirkan orang yang jelas nak buang kita dari hidup dia. Aku tak nak terhegeh hegeh kat dia. Biarlah hubungan ini gantung sampai bila bila. Dan aku pasti tidak ada jawapannya.
Aku naik ke katilku yang bersaiz queen itu. Hehe tak nak la saiz king tu... Besar sangat hahaha.
Telefonnya tiba tiba berdering minta diangkat. Andrea mengerutkan kening. Eh. Siapa pulak telefon aku malam malam buta macam ni? Eh. Bukan malam. Subuh. Sekarang dah jam satu tiga puluh minit pagi. Bila aku lihat nama si pemanggil itu, amarah mulai menguasai diri. Lantas sim card itu aku cabut.
Nak main dengan aku? Kau silap oranglah Lucas. Aku bukan macam dulu lagi. Polos.
Akhirnya Andrea terlelap sehingga pagi.
°°°°°°
Lucas mundar mandir di biliknya. Fikirannya benar benar kusut sekarang ni. Apa lagi aku nak buat? Dah lah semalam Andrea tak sambut call aku. Arghhhh sial lah macam ni!
Tak apa Ann... Kau buat aku macam orang gila. Kau tak dengar dulu penjelasan aku then kau hukum aku macam aku yang bersalah dalam kes ini. Fine. Aku akan balik ke Malaysia. Aku akan jumpa kau. Masa tu kau jangan menyesal.
Lucas menggenggam kuat penumbuknya. Akibat tidak tahan, Lucas melepaskan tumbukkannya ke dinding. Luka habis tangannya sehinggakan berdarah. Darah itu tidak dihiraukan, yang paling menyakitkan hati adalah kenapa Ann sanggup buat dia macam ni. Rasa nak bunuh orang je sekarang!
Lucas mulai senyum syaitan.
°°°°°°
"Weh Dan... Betul ke apa yang kau buat kali ni? Tak takut ke Ann benci kau buat selamanya?" Ryqarl menyoal sambil menghirup kopi yang berada dihadapannya. Hmm rezeki depan mata jangan ditolak. Bak kata orang rezeki jangan dicari maut jangan ditolak. Eh. Salah alamak... Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Aduhh... Memalukan betul.
YOU ARE READING
DANNY ANDREA › HIATUS
AcciónI'm A Bad Boy, Andrea. Because I'm Danny Adrian James. First story✓ Watak-watak yang ada dalam novel ini hanyalah rekaan semata-mata. Tidak berkaitan yang masih hidup mahupun mati.