DAJ 27

620 109 5
                                    

Mereka duduk di Clubhouse itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka duduk di Clubhouse itu. Bunyi dentuman kuat tidak dihiraukan mereka. Sekali sekala ada beberapa gadis menghampiri mereka. Ada yang menggedik lalu duduk diatas riba diantara mereka berdua. Mereka sudah senyum sinis.

"Luc. Macam mana dengan business tu? Adakah semuanya baik baik sahaja?" Soalnya dalam suara yang tenggelam timbul. Rokok diselitkan diantara jari telunjuk dan jari hantu nya sebelum dinyalakan. Gadis yang berada di ribanya sudah menggeselkan bahunya pada bidang dadanya. Tidak padan dengan usia tua nya, namun wajahnya tetap kacak.

"Still macam tu juga daddy. Luc pun naik pening juga kadang sebab banyak sangat yang nak sign kontrak dengan kita. Ada yang sampai tahap nak mengugut." Ujar Lucas sambil menggenggam erat penumbuknya sebelum meneguk kencing syaitan itu. Di kiri dan kanannya mempunyai dua orang gadis yang setia memeluk pinggang nya. Yang satu memeluk erat, yang satu pula mengusap perutnya yang berketul-ketul. Namun tidak sesekali dia membalas usapan itu.

Raine sudah mengangguk. Dia tahu yang James juga sudah terhidu dengan rancangannya. Dan kali ini dia tidak melepaskan peluang keemasan ini sewenang wenangnya.

Lucas membuat riak wajah yang tidak berperasaan. Hatinya tetap kosong bak lubang yang dikorek itu. Sedangkan sudah berbulan bulan berlalu, dia masih tidak dapat menghubungi Andrea. Apakah benar benar besar kesilapan nya? Hanya sekadar dia tidak mampu menjelaskan hal sebenar? Dan dia ingin menerangkan segalanya bahawa Danny sebenarnya yang merancang. Bukan dirinya.

"Apa kena dengan kau ni Luc? Aku tengok dua orang gadis itu seksi je. Apa yang kau tak puas hati Luc? Tell me?" Raine sudah menyoal apabila melihat Lucas hanya sibuk meneguk wain merah. Ish budak ni, aku sumbat kau dalam mangkuk tandas baru tahu!

Lucas menggeleng.

Raine hanya menghela nafas berat. Dia tahu, Lucas masih tercari cari dimana keberadaan Andrea. Walaupun dah berpuluh tahun dia menghilangkan diri, segala tentang Luc pasti dia akan tahu.

"Kau boleh tipu aku pada soal lain. Tapi pasal diri kau tu. Kau tak boleh sorok. Kau masih tunggu budak sial tu?"

Lucas menggenggam penumbuknya dengan kuat. Tersirap darahnya apabila bapa nya sendiri mengatakan gadis yang paling dicintainya sial. Apa aku pun sial lah kan sebab aku bercinta dengan Andrea?

"Jangan bermain api dengan Luc papa. Be careful with your words." Lucas mendatarkan suaranya. Memberikan warning kepada papanya yang senyum sinis memandangnya. Nak ajar aku? Kau takkan berani menentang bapak kau ni Luc.

"Cubalah..." Sinisnya lagi.

"Jangan cabar aku sial!!!" Lucas meninggikan suaranya. Dalam bilik VVIP itu bergema dengan suara Lucas. Semua orang yang berada dalam bilik itu menoleh kearah mereka. Raine terkejut. Dan juga tersentak. Beraninya Lucas menengkingnya dikhalayak ramai? Dasar anak tak kenang budi!

"Lucas De' Raine! Apa kau dah gila ke?! Dengan aku pun kau berani tengking ya? Agaknya kau masih belum tahu siapa aku sebenarnya." Raine sudah menggenggam erat penumbuknya. Terasa tercabar. Namun bagi Lucas, orang tua yang dihadapannya itu semestinya tidak akan menang jika mereka berkasar. Dengan melawan kata kata, Raine juga tidak akan menang. Apatah lagi hendak melawan secara bertumbuk? Memang tak lah! Orang seperti Raine ini sememangnya berpengaruh besar. Oleh itu, dimana sahaja dia berada semestinya mempunyai bodyguard. Tak kira lah siang malam ke, dekat dapur ke, tengah tidur ke... Semuanyalah!

"Jangan ingat aku akan takut dengan kau Raine. Walaupun kau bapak aku,tak bermakna aku akan hormat kau sepenuhnya. Dan kalau kau masih anggap aku ni anak kau, better kau tunaikan apa yang aku nak. Kalau tak, aku akan hapuskan semua business kau. Termasuklah saham kau Raine." Tidak ada lagi panggilan hormat terhadap papanya, dan tidak ada lagi sikap menunduk apabila bersama dengan papanya.

Raine mendengus kasar. Cuba menahan amarah yang bertandang.

"Next week kita jumpa. Aku bagi masa seminggu je. Kalau lepas seminggu aku tak dapat jawapan dari kau, kau tahukan apa aku akan buat?" Sinis Lucas dan berlalu pergi. Dia sempat membuang sebuah kertas kearah muka Raine. Yang tadi elok tersimpan di poket seluar nya.

'Macamlah aku ni bodoh. Aku takkan menjadi kuli kau selamanya dasar orang tua. Ingat aku bodoh ke? Aku tahulah apa aku nak buat hahahahaha dasar lelaki sial. Tak layak jadi bapak aku!'

°°°°°°°°°

"Ann... Mari sini kejap! Aku nak mintak tolong dengan kau ni!" Laung Danny dari luar rumah. Andrea yang sedang mengemas dapur itu mengerutkan kening, dah kenapa mamat ni?

Dengan berjalan ke arah luar rumah, Andrea tercari cari kelibat Danny. Terbeliak biji matanya melihat Danny yang sedang menanam bunga itu. Andrea menahan gelak apabila melihat seluruh wajah Danny dipenuhi tanah tanah yang agak hitam. Rambut juga serabai.

Andrea berjalan menghampiri Danny, oh my God.
Nak tahu apa yang Danny sedang buat? Ada ke patut dia pergi tanam bunga tu dengan menggunakan baja bunga? Ini bukan sikit tahu tak? Sebungkus untuk satu pasu. Aku kira dengan jumlah plastik baja bunga itu, agaknya hampir lapan bungkus. Astaghfirullahalazim...

Andrea merampas mini cangkul yang berwarna ungu itu dari genggaman Danny.

"Alamak Dannyyyyyyyyyyy... Apa yang kau sedang buat ni hah?! Ya ampun... Kau tahu ke tak macam mana nak tanam bunga ni?! Orang kalau nak tanam bunga, bukan macam ni! Ada ke patut kau tanam bunga ni menggunakan baja? Tak ke mampus semua bunga aku ni? Kau tau tak? Baja bunga ni masin lah! Aduhai..." Bebel Andrea sambil meletakkan mini cangkul itu secara kasar. Terkebil kebil Danny menyaksikan perlakuan Andrea.

"Lain kali tanya! Bukan memandai camni! Menyusahkan aku je!" Sambung Andrea. Tanpa Andrea sedari, kelopak mata Danny sudah bertakung dengan air mata.

Beberapa saat kemudian, telinga Andrea menangkap bunyi esakan halus dari Danny. Andrea menoleh, Danny sedang mengelap air matanya. Amboi... Makin cetek nampak?

Terbit rasa kesian pada Danny. Maybe aku pun salah juga. Sebab Danny kan lelaki. Lelaki manalah tahu benda benda macam ni. Dah kira bagus lah sebab dia bantu aku. Haih...

Andrea mencuci tangan seketika lalu pergi kearah Danny dan mengusap perlahan kepala Danny. Pipi Danny diusapnya sebelum mengelap air mata Danny. Danny mendongak. Andrea senyum manis.

"Aiyoo... Kau ni pun... Cetek sangat asal?"

Makin kuat tangisan Danny. Alamak! Makin menjadi jadi pulak!

"Alololo... Jangan nangislah! Aku tak pandai pujuk orang! Dah dah dah... Sini aku cium pipi kau!" Serta merta Danny memeluk pinggang Andrea. Kepalanya dibenamkan ke perut Andrea manakala dia menarik tubuh Andrea supaya rapat dengannya. Habis basah baju Andrea. Terutamanya sekali bahagian perut.

"Danny mintak maaf... Isk isk... Aku bukan sengaja. Aku cuma nak tolong kau je. Sebab kau kan sibuk kat dapur...isk isk... Danny tak ada niat lain pun huwaa..."

Makin kuat pula! Andrea mengeluh perlahan. Silapnya juga kali ini.

Andrea memeluk kepala Danny. Dia menunduk lalu mencium kedua dua belah pipi Danny. Danny tersentak. Namun dia mengambil kesempatan mencium dahi Andrea. Tanda kasih sayang yang tak pernah pudar dalam hatinya.

"I love you sayang... Only you..." Usai sahaja menghabiskan ayatnya, Danny kembali memeluk pinggang Andrea.

Andrea terkebil kebil.








DANNY ANDREA › HIATUSWhere stories live. Discover now