❄️VIEW❄️

66 8 0
                                    

Mr. Chong: wahai puteri puteri sekalian, bangun!! Dah sampai ni.

Masing-masing masih lagi lena. Tak ada tanda pun diorang nak bangun. Mr. Chong memandang mereka berlima melalui cermin pandang belakang. Aih budak-budak ni lah.

Pin!!!!!!!

Sara: weyh terbakar weyh terbakar!

Hazry: mmmm.

Brittany: weyh, dah sampai lah. Bangun bangun.

Rose: macam tak percaya je brittany yang kejutkan. Biasanya dia yang liat nak bangun.

Lyna: jangan kacau lah princesses nak beradu.

Rose: ha kau dengan hazry beradu lah puas puas. Tak payah keluar. Kitorang nk keluar dah ni.

Sara yang tadinya gelabah memandang kawan-kawannya yang lain. Dia terus mencapai phonenya dan melihat pantulan diri pada screen telephone. Mak aih, macam puntianak dah dia tengok. Tangan segera membetulkan rambut yang dah serupa sarang burung. Rose dengan brittany dah keluar sambil membuat regangan kecil. Mr. Chong entah kemana hilangnya. Daniel, michael dan alexis pun dah keluar. Hanya tinggal hazry dengan lyna je yang ada dalam kereta.

Danial: oiii anak dara, bangun lah. Tadi kemain tak sabar nak naik london eye ni.

Michael: itu lah. Kau tengok cara diorang tidur. Yang sorang tu dah macam udang bakar. Sorang lagi....entah lah.

Alexis: mana air weyh. Aku nak simbah diorang.

Brittany: tak payah nak mengada. Susah pulak diorang kena tukar baju japgi.

Alexis: eleh time aku, bukan main eh kau simbah. Kalau boleh satu tasik kau nak simbah atas muka aku.

Brittany: kau lelaki. Lain. Dah dah. Kita kan ada rose. Rose, sila lah. Jangan segan segan.

Sara: kau tengok hazry tu. Muka berkerut habis. Berpeluh sakan dia. Kau tutup aircond ke?

Brittany: mana ada. Sejuk je ni.

Rose: jangan cakap dia nightmare lagi.

Brittany: cepat kejutkan dia. Kang hilang pulak  macam haritu.

Rose mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta. Jari dia tersentuh dengan tapak tangan lyna. Automatik lyna terjaga bila rasa ada aliran eletrik menyentuh tangannya. Sekarang giliran hazry pula. Seperti lyna hazry juga terus bangun. Tapi bezanya nafas hazry tercungap-cungap macam baru lepas lari 100 meter. Diorang semua keluar dari kereta.

RUN AWAY Where stories live. Discover now