CHP 39

961 77 6
                                    

Sedang enak Shayla menjamu selera di dapur itu,  Hilman datang menyeru. Terkejut dibuatnya gadis itu.

" Hilman! Terkejut saya tau tak"

Hilman hanya ketawa. Dia juga turut menyuapkan buah oren yang dipotong Shayla. Matanya dipejam.

Shayla tergelak melihat muka Hilman yang menahan masam buah oren itu.

Tangannya meminta air.

Shayla mengambil gelas lalu diisi kan air. Dia meletakkan satu gelas di hadapan Hilman. Cepat sahaja lelaki itu meminum air tersebut.

" Awak ni biasa ke tak makan benda masam, teruk sangat muka tu" Shayla berkata sambil oren disua ke mulut.

Hilman menggeleng.

" Saya tak biasa sangat makan benda masam ni"

Lama mereka diam sebelum Shayla menanyakan soalan kepada Hilman hingga membuatkan lelaki itu terdiam.

" Macam mana awak dengan tunang awak tu? Dia okey ke kena tinggal lama-lama ni?"

Shayla yang melihat Hilman hanya diam menunduk terus memetik jarinya di hadapan Hilman.

Hilman tersentak.

" Majlis tu dibatalkan"

Shayla terkejut dengan jawapan Hilman. Kenapa pula nak batalkan?

" Tiba-tiba je,  kenapa?"

Hilman senyum nipis.

" Bukan tiba-tiba Shay. Saya memang tak jadi kahwin. Dah tujuh bulan berlalu "

Shayla berhenti mengunyah. Air diteguk sedikit.

" Boleh saya tahu kenapa?"

Hilman memandang Shayla yang memandangnya dengan matanya yang bulat.

" Dia yang nak, saya pun tak tahu kenapa. Lusa nak kahwin harini dia batalkan. Bila pergi rumah dia, dia pun takde. Last sekali her parents minta maaf dengan apa yang dah jadi. Automatically, saya dengan dia dah takde apa-apa"

Shayla mendengar penerangan itu dengan tekun.

" Maybe you're not meant to be. It's okay, you will find someone better than her " Kata Shayla.

Hilman mengangguk.

" Saya pun pernah kena macam awak. Empat tahun saya stay dengan dia, and one day dia cakap.. dia akan kahwin dengan orang lain. I was shocked but what can i say right? Lagipun time tu, saya baru 17 tahun. So.." Tukas Shayla disertai gelak kecil di hujung ayatnya.

Hilman hanya mendengar cerita silam gadis itu.

Nampaknya dia dan Shayla senasib. Mereka ditinggalkan oleh insan yang dikasihi, dan mereka berdua terpaksa merelakan dengan pemergian tersebut.

" So, awak taknak cari pengganti ke" Kata Shayla dalam nada bergurau.

Hilman tersenyum. Dia ralit memandang Shayla.

Tidak kah Shayla tahu bahawa dia lah wanita pertama yang berjaya membuatkan hati Hilman Akasyah yang beku dengan perempuan itu, terbuka untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang Shayla Anyr?

" Saya rasa tak perlu nak cari dah kut. Saya dah jumpa balik dengan.. hmm.. my first love? Depan mata je sekarang ni "

Shayla yang menunduk itu mendongakkan kepalanya.

" Depan mata?" Tanya Shayla.

Hilman mengangguk.

" Saya kena curi perhatian dia. The most important is impress her with action and not just sweety word. Then I'll confess about my feelings to her " Hilman berkata dengan senyuman sambil memandang Shayla.

The Six Agents 2 ✔️Where stories live. Discover now