Malaysia
Memandangkan Tuan Pengarah Cleveland Hospital memberikan cuti berehat kepada semua sukarelawan yang pergi ke Urk selama satu bulan, Qhaye mengambil keputusan untuk balik ke rumah keluarganya.
Tetapi memandangkan keluarganya pulang ke kampung dia juga harus pergi ke sana. Apa salahnya? Lagipun semua sanak saudara juga turut pulang ke sana.
Cuti sekolah kan.
Satu bagasi ditolak ke muka pintu. Selesai mengunci pintu kaki terus menuju ke kereta lalu memasuki perut kereta mewah itu.
Tak ingat dah kereta Qhaye macam mana? Ha pergi tengok balik.
Butang enjin ditekan. Dipanaskan enjin kereta dahulu sebelum bertolak.
Ting!
Satu Whatsapp masuk. Qhaye lihat di notification bar dahulu, auto sengih sorang-sorang ye.
Megat Khalif ❣
> sayanggg
> awak cuti kan?ye awak <
kan dah bagitahu semalam <
why? <> let's meet!
> sekarang lunch hour so
saya tengah free ni
I'm sorry but not this time :( <> alaa whyyy?
saya kena balik kampung <
sorry dear <> it's okey then
> drive safe sayang!
> dah sampai inform saya tau*****
Selepas menghantar 'okay', Qhaye bertolak pergi.
Masa diambil selama tiga jam untuk sampai ke Alor Setar, Kedah. Kereta Qhaye tiba di perkarangan sebuah rumah kayu milik Nek Bina.
Enjin dimatikan sebelum pintu dibuka dan mengambil bagasi di dalam bonet.
Apabila ternampak seluruh ahli keluarganya sudah berada di depan pintu senyum diberi.
Macam biasa, Qhaye adalah satu-satu ahli keluarga yang paling dinanti pulang.
Tan Sri Syed Idris, Puan Sri Amylia dan Syed Aeron dahulu yang disalamnya sebelum Nek Bina dan sanak saudara yang lain.
ElQhiss dipeluk kemas. Rindu betul dengan adik dia yang sorang ni. Apabila ternampak Asya, lakonan bermula.
" Lama tak nampak batang hidung hang, Eliz. Pakabaq?" Mantap sekali lakonannya.
Qhaye membalas pelukan.
" Sihat alhamdullilah. Naik lekaih banyak aku nak cerita kat hang. Rindu betui aku kat hang tau?!" Cakap kemain kuat.
Ditarik hujung rambut Qhaye. Qhaye merenung ' kau nak mati?' kepada Asya. Tapi gadis itu tidak hairan. Macam tak biasa.
" Meh naik meh. Kita cerita kat dalam" Kata Nek Bina dengan ceria. Kini semua anak menantu cucu dan cicit sudah ada!
Makan besar la jawabnya minggu ni.
*****
T Unique's Cafe
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Romansa[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...