Adam datang ke arah Shayla yang berada di meja batu di luar rumah. Tempat duduk di sebelah gadis itu diambil.
" Eh Adam, Asya mana?"
Adam menunjuk ke arah Asya yang sudah menghilangkan diri masuk ke dalam rumah.
" Dia penat tu biar la dia rehat kejap" Kata Adam. Shayla hanya mengangguk faham.
Adam memandang Shayla disebelahnya. Shayla agak hairan kemudian dia bertanya kenapa.
" Anyr ada sorok something dari Adam ke?" Soal Adam.
Shayla yang faham dengan maksud pertanyaan Adam itu terus hilang kata. Sebenarnya dari Adam mahu tinggal di sini dari hari tu lagi dia dah cuak. Mesti Adam tertanya kenapa dia turut ada bersama.
Adam hanya menunggu Shayla untuk menjelaskan apa yang perlu Adam tahu. Sudah lama dia ingin bertanya mengapa sepupunya turut tinggal bersama Qhaye dan isi rumah yang lain.
Tapi disebabkan kekangan masa dia tidak dapat bertanya. Dan kini dia perlukan jawapan dari sepupunya ini.
Shayla sengih. Nampaknya dia harus mengatakan dan menjelaskan hal yang sebenar.
Siapakah dia dan rakan-rakannya yang lain.
" Sebenarnya.. macam mana eh nak cakap aduu " Shayla garu kepala.
Adam bersandar.
" Cepat la Anyr"
" Okay okay sebenarnya macam ni.."
Dan Shayla pun menceritakan bahawa dia dan ahli rumahnya yang lain merupakan ejen dari Speed dan menerangkan lagi beberapa perkara yang perlu Adam tahu.
*****
Harry keluar dari kereta selepas menyalam kakaknya. Semasa berjalan dia terlintas dengan Fikri.
Seperti biasa, mereka berkelakuan hanya sekadar pensyarah-pelajar dan seperti mereka tidak pernah ada masalah yang pernah berlaku di antara keluarga.
Fikri menahan langkah Harry. Harry menoleh ke tepi.
" Ye Sir, ada apa?" Soal Harry. Fikri mengeluh perlahan.
" Can we stop acting like we don't know each other. It's been three years, Har " Kata Fikri.
Harry juga turut mengeluh.
" Har bukan nak buat macam kita tak kenal. Tapi disebabkan hal tiga tahun lepas keadaan berubah bang. We suddenly act like we don't know each other "
Fikri menepuk bahu Harry.
" Abang minta maaf " Ucap Fikri.
Harry juga turut meminta maaf.
" Har rasa baiklah abang pergi jumpa Kak Elena. Abang dah salah faham sebenarnya "
Fikri berkerut kening. Salah faham apa?
Harry pandang sekeliling.
" Kita tak boleh cakap kat sini"
Fikri mengangguk faham. Kemudian mereka pergi ke bilik Fikri.
Tempat diambil.
" Apa maksud Har yang abang salah faham?" Fikri bertanya.
" Sebenarnya, hal tiga tahun lepas yang abang nampak Kak Elena dengan bekas teman lelaki dia tu abang dah salah anggap. Kak Elena jumpa dia sebab dia nak bagi kad jemputan kahwin dia dan nak minta maaf dengan Kak Elena"
Fikri bagai tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Jadi selama ni dia hanya salah anggap?
"Kenapa Har baru bagitahu sekarang? Betul ke apa yang Har cakap ni? Atau Har saja nak buat abang rasa bersalah?" Fikri masih lagi tidak percaya.
Harry menggeleng kepalanya.
" Tak bang. Apa yang Har cerita ni memang betul. Har ada sekali dengan Kak Elena sebab dia yang suruh teman tapi Har kena jawab call dan masa tu la abang datang dekat Kak Elena " Kata Harry lagi.
Fikri terdiam. Dia mengingati kembali peristiwa itu.
" Then?"
" Lepas abang cakap yang abang dah tak percayakan dia. Abang pergi dari situ. Kak Elena cuba kejar abang nak jelaskan perkara sebenar dan Har ada ikut akak sekali kat belakang"
Harry berhenti seketika. Dia menunduk ke bawah. Tidak sanggup untuk menyambung cerita.
" Lepas tu... lepas abang dah pergi Kak Elena kena langgar dengan pemandu mabuk masa nak lintas jalan. Dia tak tengok kiri kanan masa tu"
Jantung Fikri makin berdebar. Berdebar dengan apa yang bakal dia dengar sebentar lagi.
" Akak koma dua minggu. Dan bila dia sedar, dia dah tak ingat apa apa. Rupa-rupanya doktor sahkan dia menghidap amnesia"
" Allah huakhbar" Fikri bersandar di kerusi. Bagai batu menghempap kepalanya. Harry dipandang meminta kepastian.
Harry hanya bisa mengangguk.
" Untuk pengetahuan abang, akak tak ingat langsung pasal abang. Tapi dia masih pakai cincin tunang korang dan dia sayang sangat dengan cincin tu sampai lah cincin tu hilang. Dia cakap, cincin tu buat dia ingat dengan seseorang tapi dia tak boleh ingat siapa. Abang pun tahu siapakan? Orang tu ialah abang, yang masih bergelar tunang Kak Elena" Sambung Harry panjang.
Cincin. Cincin yang dia simpan selama ni. Cincin tunang Elena yang dia sendiri membelinya. Kenapa dia tidak pernah ingat tentang cincin itu.
Lebih tepat lagi mengapa dia mahu menyimpan cincin itu dan tidak memulangkan semula cincin itu kepada Elena walaupun Elena sudah mengatakan bahawa itu ialah cincinnya?
Fikri meraup mukanya. Perasaan bersalah makin menebal dalam dirinya. Elena.. jadi betullah nalurinya selama ini. Elena itu memang Elena yang merangkap tunangnya.
" Akak pernah tanya pasal abang. Tapi Har tak sanggup nak bagitahu lagi. Sebab Har taknak dia terkejut dan dia sakit lagi. Har tunggu masa sesuai dulu"
Diam antara mereka. Fikri memandang Harry di hadapan.
" Abang rasa dah tiba masanya untuk Elena tahu perkara sebenar. Abang nak tebus balik kesilapan abang" Tukas Fikri.
Harry senyap. Dia juga rasa begitu memandangkan Fikri sudah tahu hal sebenar yang berlaku tiga tahun lepas.
" Boleh tolong abang?"
Harry mengangkat kepala kemudian dia mengangguk.
" Tolong apa?"
*****
Kini semua berada di dalam wad Qhaye. Qhaye semakin lemah dan membuatkan semua orang semakin risau.
" Macam mana ni? " Tanya Arif. Dia sudah boleh keluar dua hari lepas.
Semua mengangkat bahu. Mereka juga buntu.
" Hal pengebumian dah selesai?" Tanya Faris. Adam dan Hilman mengangguk.
Hal pengebumian sudah selesai pagi tadi selepas segala bukti punca mengapa mayat terbunuh dihapuskan.
Tidak mahu rahsia terbongkar.
Semua berwajah muram. Qhaye sekali lagi dipandang.
" Aku harap dia cepat sembuh dan kuat untuk hadap apa yang akan bakal berlaku lepas dia buka mata nanti" Kata Shayla.
" Kita teruskan berdoa"
Vote la korang. Kenapa korang tak vote 😔
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Romance[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...