Asya mengangkat keningnya. Qhaye pula menjeling menyampah.
"Kenapa la aku ditakdirkan dapat kakak yang bengap macam kau ni?"
Soalan dari Qhaye membuatkan botol mineral yang digenggam Asya kemek.
"Apa kau cakap? Ulang sekali lagi"
"Kau"
"Bengap"
"Ya.. Qhaye Huiqe! Berani kau cakap aku bengap? Aku ni kakak kau tau?" Asya berkata sambil merenung mata Qhaye dalam.
"Aku tarik balikla kata-kata aku tadi. Aku takde kakak, aku ada abang je. Siapa je nak kakak macam kau?"
Akhirnya perbalahan itu diakhiri dengan lawan bantal.
"Kau serious la Asya.. lamanya pergi. Padahal baru je balik sini kan?" Qhaye bertanya lemah.
Asya tersenyum pahit.
"Asya.." Qhaye kemudiannya merengek.
"Sorry. Aku kena pergi juga. Takde pengganti. Tak lama pun, dua minggu je"
Qhaye kemudiannya mencubit peha Asya. Minah ni gila ke apa? Dua minggu dia cakap tak lama?
Asya hanya bisa tersenyum pahit. Bukan dia yang mahukan benda ni terjadi. Dia tiada pilihan. Dia faham apa yang sepupunya rasakan.
Mereka baru sahaja bertemu setelah sekian lama terpisah. Dan tiba-tiba sahaja mereka harus dipisahkan kembali.
Dua minggu. Bagi mereka berdua tempoh masa itu sangat lama. Pasti dia merindukan sepupunya itu.
*****
Jam tangan dipakai. Kereta dihidupkan dan kereta menuju ke University International.Tangan mencari handphone di dalam beg tangan. Dia kemudian mencari nama seseorang untuk membuat panggilan.
"On the way"
*****
Mata melihat sekeliling yang dipenuhi dengan booth kereta.'Yang mana satu booth budak ni?'
Kaki terus melangkah hingga mata menangkap susuk tubuh yang bersemangat menarik pelanggan untuk datang ke booth mereka.
Langkah menuju ke arah itu.
"Wah rajinnya adik akak" Elena menegur adiknya yang sudah basah akibat peluh.
Tisu dikeluarkan dan dilapnya dahi Harry. Perempuan-perempuan di sana hanya melihat dengan menelan air liur.
'Crush' mereka.. oh tidak mungkin..
"Ha akak datang pun. Lama adik tunggu"
"Sorry, jalan jammed"
Kepala di garu. Hairan Elena dibuatnya.
"Weh adik, kau tak marah ke aku lap peluh kau tadi"
Harry yang sedang minum air itu memandang kakaknya.
"Dah kenapa pula nak marah? Bukan haram pun" Harry kemudian sambung meneguk air.
Elena masih lagi hairan. Adiknya pelik sikit kebekalangan ni.
"Bukan adik marah ke kalau akak buat macam tu depan orang ramai? Lebih-lebih depan.. hmm depan perempuan-perempuan gatal ni"
Kena kutuk sedas.
Harry memandang kakaknya pelik.
"Akak kenapa ni? Ada orang sihir akak ke sebelum datang sini?""Bukan lah--"
Harry memotong.
"Adik nak berubah. Taknak la mainkan hati perempuan lagi. Tak baik, kesian diaorang. Taknak dah jadi playboy" Kata Harry dengan suara perlahan yang mampu didengari hanya oleh Elena.
Elena membulatkan matanya.
"CINCAH?" Lah korea pula.
"Serious la ni, eh dia ni orang siram dengan air mineral ni baru tau. Jangan bagitau orang. Dah cepat pilih and beli. Disebabkan akak dah datang sini dan menjejakkan kaki akak ke sini. Akak tak dibenarkan melangkah ke booth yang lain selagi belum membeli apa-apa barang di booth kami. Okay now, choose, buy and go "
'Ceh'
Elena memilih lukisan yang mempunyai lakaran yang unik. Lakaran yang tidak dapat di tafsirkan tetapi dia seakan memahami maksud lakaran dan gabungan warna tersebut.
"Harry, akak nak yang ni. How much?"
"RM 80"
Dia menghulurkan duit RM100. Harry berfikir sejenak. Dia meminta kakaknya menunggu sekejap dan dia beredar ke booth yang lain.
"You've a good taste " Tegur seorang lelaki dibelakang Elena.
Elena memusingkan badannya. Muka macam kenal. Siapa ea?
Mata membulat.
"Dinding roti enam??"
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Roman d'amour[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...