Asya mencuit bahu Qhaye yang sedang duduk di bangku luar rumah. Qhaye mendongak.
" Kau okay?" Tanya Asya.
Qhaye pula hanya memberi senyum pahit sebagai jawapan.
Asya mengambil tempat di sebekah kiri sepupunya itu.
" Nenek ajak makan, jom masuk makan sekali?" Ajak Asya.
Qhaye menggeleng.
" Biar jelah diaorg makan dulu. Kalau aku masuk perang kedua pula yang jadi nanti "
Asya menunduk.
Dia masih tidak dapat melupakan kejadian semalam. Pergaduhan antara Qhaye dan Mak Lang mereka.
Dua kali pula tu Mak Lang kena tampar sebab mulut celupar dia tu.
Akhirnya, Asya duduk meneman Qhaye di luar. Dia pun malas nak masuk makan sekali, nak nak pula nampak Mak Lang yang dah duduk sedia dekat meja makan tadi.
Kalau Qhaye yang tak gaduh dengan si Sharifah Anisah tu memang Asya la yang akan ganti.
" Dahtu kau tak lapar?"
" Aku rela berlapar dari aku hadap muka Mak Lang tu kat dapur. Silap silap nasi dalam mulut ni aku sembur terus je sampai masuk esofagus dia tu" Qhaye berkata.
Dapat dilihat matanya menjeling sedikit. Amarah sedaya upaya dikawal.
Dari kecil sampai besar. Tak habis habis nak benci aku.
Asya yang mendengar balasan Qhaye itu ketawa. Entah la rasa lawak pula.
" Okay la.. kita makan luar lah kalau macam tu. Nak?" Cadang Asya sambil mengangkat kening sebelah.
Qhaye berpaling ke kiri. Laju dia mengangguk.
" Jap aku pergi ambil purse dengan kunci kereta" Ucap Asya.
*****
Elena terduduk. Matanya tidak berkelip. Benarkah apa yang baru sahaja didengarnya?
Harry menggosok belakang Elena yang terkedu itu.
Dalam hatinya dia rasa bersalah dan takut. Takut kakaknya sakit kembali.
Elena memandang ibu bapanya di depan. Pandangan beralih pula ke arah Fikri.
" Tapi.. ke-- kenapa semua orang nak rahsiakan benda ni dari El? El berhak tahu tau?"
Puan Ziana mengeluh perlahan.
Sudah dia agak benda ni akan berlaku. Sedia atau tidak, Elena harus tahu.
" Cakap dengan El sekarang. Betul ke lelaki depan El ni tunang El? Masih bergelar tunang Elena Amara?" Tanya Elena lagi.
Semua diam membisu. Tidak tahu untuk berkata apa.
Elena pandang pula adiknya yang setia disebelahnya.
" Harry.. tell me. Is it true?"
Harry angkat muka. Perlahan-lahan kepala diangguk.
Elena tenung Fikri.
" You pun dah tahu yang i ni tunang you selama ni? Walaupun...." Kata Elena terhenti apabila kepalanya tiba-tiba sahaja sakit.
Dia memegang kepalanya. Menahan kesakitan yang sudah lama dia tidak lalui.
Peristiwa tiga tahun lepas sewaktu dia mengejar langkah tunangnya dan dia dilanggar satu kereta menerjah minda.
Dia mengerang kesakitan.
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Romance[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...