Tersentak Qhaye apabila kapas untuk mencuci lukanya dirampas oleh Khalif.
Khalif menarik lengan kiri Qhaye dan diletakkan di atas peha kanannya. Dia mencapai ubat sapu dan kapas baharu.
Qhaye menarik tangannya dari peha Khalif.
" Biar aku buat sendiri" Kata Qhaye sambil cuba mengambil kembali kapas yang dirampas Khalif tadi.
Khalif menepis tangan Qhaye perlahan dan menarik kembali lengan kiri gadis itu lalu diletakkan kembali atas pehanya.
" Kau ni kenapa. Aku cakap biar aku buat sendiri--"
" Tutup mulut kau sebelum aku... " Kata Khalif sambil memandang bibir Qhaye.
Terus sahaja gadis itu menutup mulutnya dan membiarkan sahaja Khalif mencuci luka dari torehan semalam.
Khalif yang perasan dengan kebisuan Qhaye tersengih.
' Tau takut.. '
Diam diantara mereka.
" Aku dah suruh kau hati-hati kenapa kau tak hati-hati? " Tanya Khalif.
Qhaye menunduk.
" Teruk sangat kesan torehan kau ni. Macam kena jahit je"
Qhaye memerhati luka yang terdapat di lengan kirinya itu. Kenapa sekarang baru rasa sakit?
Memang sekarang la baru terasa sakit sebab subuh tadi baru settle semua benda. Lengan dia pun sempat balut dengan tuala kecil saja.
" Takpe, biar aku jahit nanti" Kata Qhaye.
Khalif memandang Qhaye sebelum berkata.
" Boleh ke? Kau boleh guna satu tangan je tau"
Qhaye senyum sedikit sebelum menjawab.
" Boleh, jahit luka kecil ni je pun bukannya bedah orang"
Khalif mengangguk mendengar kata dari Qhaye itu.
Lengan Qhaye dibalut dengan berhati-hati, kemas dan rapi. Tersenyum Qhaye apabila melihat muka Khalif yang sangat tekun dengan kerja membalutnya itu.
" Siap!"
Khalif menyimpan ubat-ubatan ke dalam kotak first aid. Kapas yang telah digunakan juga turut dibuang.
Qhaye hanya memerhati gerak geri Khalif.
Khalif kembali duduk di sebelah Qhaye. Mereka berdua kini berada di balkoni tingkat dua.
" Terima kasih" Ucap Qhaye tanpa memandang wajah Khalif. Khalif tersenyum.
" Sama-sama" Balasnya.
Suasana bertukar menjadi awkward. Tiada apa yang dapat mereka bualkan selain dari berdiam diri.
" Qhaye" Panggil Khalif.
" Ye" Sahut Qhaye.
Khalif menoleh ke tepi. Qhaye juga turut menoleh sama.
" Is it too late to tell you that everything means nothing if i can't have you? "
Qhaye terkesima.
" Khal--"
" Is it too late, Qhaye? "
Qhaye akhirnya menunduk. Dia kemudian bangun untuk masuk ke dalam. Tetapi tangganya digapai oleh Khalif.
Khalif juga turut sama berdiri.
Kepala didongak untuk melihat Khalif yang sangat berbeza ketinggian dengannya. Khalif kemudian melutut di hadapan Qhaye.
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Romance[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...