Membulat mata Sharifah Anisah mendengarkan jawapan dari mulut Qhaye.
" Amboi.. mulut hang bukan main. Aku tanya hang elok-elok, hang jawab serupa macam takdak adab dengan aku pasai apa?"
Qhaye peluk tubuh.
" Elok-elok apanya Mak Lang? Awal-awal lagi Mak Lang dah serang saya. Mak Lang tu yang miskin adab"
Semua menutup mulut. Nampaknya Qhaye sudah hilang hormat terhadap Sharifah Anisah.
Sharifah Anisah senyum sinis. Qhaye dipandang atas bawah.
" Anak zina macam hang ni, memang perangai macam syaitan kan?!"
Qhaye juga membalas senyuman sinis kepada Sharifah Anisah.
" Bukan saya yang perangai macam syaitan tapi Mak Lang tu lagi teruk dari iblis. Mulut tu rak reti jaga. Sibuk nak ambil tahu hal saya kenapa? Bila tak puas hati dengan saya mula la nak buat fitnah sana sini"
Qhaye berhenti seketika. Dia genggam penumbuknya. Sedaya upaya menahan amarah dari meletus.
" Mak Lang ingat saya ni pekak dan buta ke bila orang kampung duk bercakap pasal saya kena rogol dengan bakal suami sendiri? Bila orang pandang saya macam saya dah bunuh mak saudara saya sendiri?"
Nafas Qhaye turun naik.
" Bila Mak Lang fitnah mak saya yang dia tu tak pernah ada anak dengan ayah saya pun dan semuanya anak lelaki lain. Mak Lang ingat saya tak tau ke?!!" Tengking Qhaye kuat.
Wajahnya bertukar merah padam. Semua diam membisu apabila mendengar kata-kata dari Qhaye tadi.
Semua memandang Sharifah Anisah.
Tan Sri Syed Idris sudah bangun dari sofa. Anak dan isterinya dibawa ke belakang badannya.
Seolah-olah melindungi mereka dari disentuh orang terutamanya Sharifah Anisah.
" Hang memang kurang ajar Anisah! Yang hang duk sedap buat fitnah tu, anak bini aku hang tau tak? Hang jangan sampai aku hilang sabar aku, penampar lagi hang dapat!"
Sharifah Anisah kelihatan resah. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kata dari abangnya tidak dia hiraukan.
" Aku tanya hang pasal benda lain yang hang jawab benda yang takdak kaitkan pasai pa? Saja nak malukan aku kan?"
Qhaye tidak puas hati. Mak Lang nya sungguh mencabar kesabarannya.
Ada saja alasan supaya dapat mengelakkan diri dari tertangkap.
" Mak Lang ingat rumah ni duduk tiga orang je ke? Mesin basuh tu ada satu je kat rumah ni, memang ramai la orang pakai. Kalau nak tunggu giliran nak pakai mesin basuh tu, sampai lusa tak habis. Disebabkan Mak Lang yang tak reti sabar, yang nak suruh baju Mak Lang tu siap dengan cepat, jadi saya basuh guna tangan la. Ada faham?"
Panjang Qhaye berkata.
Mata Sharifah Anisah mula memandang ke setiap sudut seperti mencari alasan untuk mempertahankan dirinya.
Tangan dilekapkan di dadanya. Mukanya juga seperti dalam kesakitan yang melampau.
Semua ahli keluarga pergi kepada Sharifah Anisah yang sedang menahan sakit itu.
" Hang memang buat aku sakit jantung Eliz! Hang tengok apa yang hang dah buat. Uhuk uhuk uhuk" Kata Sharifah Anisah. Tangan sebelah lagi menutup mulut menahan batuk.
Qhaye melihat atas bawah Mak Lang nya. Kemudian dia terperasankan sesuatu.
Sharifah Anisah rebah di dalam pangkuan Syed Aeron. Dia kelihatan betul-betul dalam keadaan lemah.
" Hanees, call ambulance cepat" Arah Syed Aeron kepada isterinya.
Putri Hanees mengangguk laju. Cepat dia keluarkan telefon.
Qhaye hanya memerhati. Mukanya jelas tidak ada langsung rasa risau apabila melihat keadaan Sharifah Anisah.
Sharifah Anisah menahan tangan Putri Hanees dari mendail. Kepalanya digeleng.
" Takpayah nak telepon ambulance bagai. Mak Lang okay ja ni" Katanya sambil memegang dada disebelah kanannya.
Semua mata terkebil memandang Sharifah Anisah.
Tiba-tiba terdengarkan ketawa dari muka pintu. Kelihatan Qhaye yang bersandar di pintu itu ketawa.
Semua bingung.
" Mak Lang... Mak Lang. Mak Lang memang kaki drama. Kaki fitnah pun ye juga"
Semua memandang Qhaye tidak faham.
Asya yang baru balik dari kedai runcit itu terkejut melihat keadaan di dalam rumah.
" Mak Lang! Kenapa ni?" Soal Asya.
Qhaye menghalang Asya dari pergi ke arah Mak Lang mereka.
Kepala Asya ditoleh ke arah Qhaye.
" Yang kau duduk je kat sini kenapa? Siap gelak lagi. Kau tak nampak ke Mak Lang tu dah tenat? Ni ke orang yang layak dipanggil doktor?" Kata Asya marah.
Qhaye senyum pahit.
Seisi rumahnya dipandang.
" Sebab aku doktor la aku rilek je bila pesakit tu berlakon. Dia kata dia sakit jantung. Tapi baru aku tau yang jantung dia tu sesat duduk belah kanan bukan kiri"
Mendengar kata Qhaye semua kepala teralih kepada Sharifah Anisah yang terbaring itu.
Tapak tangannya sempat dilihat yang bahawa dia memegang di sebelah kanan sebelum dia mengalihkan tangannya.
Qhaye meletakkan lengannya di atas bahu Asya.
" Dan satu lagi. Kau kata dia dah tenat tadi kan? Sama juga la semua orang yang dah nampak dia dah tenat tadi kan? Korang semua ni biar betul?"
Seisi rumah dipandang sebelum menyambung kata.
" Tenat la macam mana pun orang tu, mesti dia nak terus hidup punya. Takdenya tahan seseorang tu nak bagi dia bantuan walaupun dia tu dah tenat"
Semua memandang Sharifah Anisah kemudian Putri Hanees yang mahu menelefon pihak hospital tadi.
Syed Aeron bangun. Mati-mati dia fikir Sharifah Anisah betul-betul sakit tadi. Tapi rupa-rupanya..
" Semua tu lakonan je.." Tambah Qhaye.
Asya memandang Qhaye kemudian Mak Lang nya.
Muka jelas menunjukkan tidak puas hati. Dia juga sudah tertipu sampai meninggikan suaranya kepada orang yang salah.
Sharifah Anisah perlahan bangun dari baringnya. Dia hanya menunduk.
" Mak Lang ni memang layak dapat anugerah pelakon dan penyebar fitnah terbaik di abad ini tau?" Kata Qhaye sambil bertepuk tangan.
" Tak sedar diri punya orang tua. Mak Lang.. esok-esok ajal datang jemput Mak Lang dah tau? Lagi nak buat dosa besar? Bertaubat la Mak Lang, sebelum saya yang taubatkan Mak Lang" Satu kata yang pedas dari Asya Evelyn.
Qhaye dan Asya melangkah pergi masuk ke dalam bilik.
Semua di ruang tamu itu memandang Sharifah Anisah tidak puas hati.
Nampaknya, semua sudah tidak percaya lagi akan dirinya.
YOU ARE READING
The Six Agents 2 ✔️
Romance[ The Wattys of 2020] [The Wattys of 2021] [ Highest Ranking #1 in crackhead] [ Highest Ranking#1 in agent] [ #3 in action] [ #5 in cheesy] [ #6 in adultstory] [ Trending on Wattpad] [ Trending on comedy] Qits dan Dude. Hampir 2 dekad dan mereka...