Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seminggu sudah berlalu selepas kejadian Jihyo direject oleh Taehyung itu. Atas bantuan Rowoon dan Eun Rin, dia masih cuba untuk melupakan dan move on daripada Taehyung.
" Saem, boleh saya rehat sekejap ? " pinta Jihyo pada Saem Kim yang mengajar dia subjek Pendidikan Jasmani itu.
" Boleh, lima minit aja saya bagi, " balas Saem Kim.
Jihyo lantas sahaja mengucapkan terima kasih dan berlalu keluar daripada permainan bola baling itu.
Tempat duduk penonton yang berada di padang itu ditujunya lalu dia melabuhkan punggungnya ke atas salah satu kerusi penonton disitu.
Botol air merah jambu miliknya dicapai lalu diteguknya perlahan. Selepas menutup penutup botol itu, matanya dialihkan memandang padang yang sibuk dengan orang melakukan aktiviti pj pada waktu itu.
Tiba-tiba matanya bertembung dengan mata helang milik Kim Taehyung yang baru cuba menyaringkan gol itu.
Taehyung lantas sahaja menjelingnya tajam lalu dia mula memandang ke arah lain. Ya, waktu pj kelasnya sama dengan waktu pj kelas Taehyung.
Selalunya pada waktu pj Jihyo akan selalu cuba mengusya Taehyung, tetapi tidak pada hari ini selepas apa yang berlaku diantara dirinya dengan lelaki itu.
Sedang dia khusyuk memerhati rakan kelasnya bermain bola baling, seseorang menengurnya.
" Kau, seorang sahaja ke ? " soal lelaki itu. Jihyo yang terkejut lantas sahaja memandang lelaki yang selamba sahaja duduk disebelahnya.
" Nama aku, Jungkook. Kawan Taehyung dan aku lah yang bagi kau tisu waktu kau menangis disebabkan alien tak guna tu, " ujar Jungkook yang selamba sahaja mengenalkan dirinya pada Jihyo itu.
" Ouh- annyeong, sunbae. Song Jihyo imnida, " ucap Jihyo sebaik sahaja dia tahu Jungkook itu lebih tua darinya dan sama umur dengan Taehyung itu.
" Tak perlu kenalkan diri kau, aku dah cukup kenal kau, " ujar Jungkook tiba-tiba.
Jihyo pula sudah memandang Jungkook disebelahnya pelik. Lelaki itu sudah cukup mengenal dirinya ?
" Apa maksud sunbae ? Kenapa sunbae kata sunbae dah cukup kenal saya ? " soal Jihyo.
" Nevermind. By the way, kenapa kau duduk sini dan tak join kawan kau yang lain main ? " soal Jungkook.
" Saya minta rehat sekejap dekat Saem, " balas Jihyo yang tidak memandang wajah Jungkook itu. Matanya ralit melihat rakan sekelasnya yang lain bermain bola baling.
" Sunbae pula kenapa ada dekat sini ? Tak join kawan-kawan sunbae main bola sepak ke ? " seperti Jungkook, Jihyo turut menanya soalan yang sama pada Jungkook.
" Macam kau, aku minta rehat sekejap, " balas Jungkook. Jikalau Jihyo sibuk melihat rakan sekelasnya yang bermain bola baling, Jungkook pula ralit melihat wajah cantik Jihyo itu.
Jihyo yang tersedar dia sudah menghabiskan masa lima minitnya, lantas sahaja ingin berlalu dari situ.
" Masa rehat saya dah habis. Lain kali kalau ada masa, kita borak lagi ye, sunbae. Annyeong, " ucap Jihyo seraya berlalu dari situ.
Jungkook hanya mengangguk lalu dia hanya melihat Jihyo yang sudah berlalu pergi dan kembali bermain bola baling bersama rakan sekelasnya yang lain itu.
" Aku harap dapat borak dengan kau lagi, budak. "
Lalu, dia mula berlalu dari tempat penonton itu dan memasuki padang semula.