Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Seminggu sudah berlalu selepas Jungkook mengambil kesempatan menyuruh Jihyo mencium pipinya.
Mengenangkan tentang itu, automatik pipi Jihyo memerah. Dia malu tetapi dia juga sukakannya.
“ Jihyo, kenapa pipi kau tiba-tiba merah ini ? Kau sihat tak ? ” soal Eun Rin memandang Jihyo disebelahnya.
Jihyo yang mendengar, lantas sahaja tersentak. “ Ani, aku sihat aja. Cuma-- ” Jihyo memberhentikan ayatnya, tidak tahu hendak membalas apa.
“ Cuma ? ” soal Eun Rin menunggu balasan daripada Jihyo.
“ Aku rasa yang aku dah move on daripada Taehyung sunbae lah, ” ujar Jihyo.
Mendengarkan hal itu, Eun Rin lantas sahaja menjerit teruja. Lalu badan gadis itu dipeluknya erat.
“ Wah, aku bangga dengan kau sebab dah berjaya move on dariapada Taehyung sunbae ! ” ujar Eun Rin yang masih lagi teruja.
“ Kenapa ini ? Jihyo dah move on daripada Taehyung sunbae ke ? ” soal Rowoon yang duduk dibelakang tempat mereka berdua.
Eun Rin pula laju sahaja mengangguk.
“ Wah, tahniah ! Aku bangga dengan kau, Jihyo. ” seperti Eun Rin, Rowoon juga turut teruja.
“ Tapikan, macam mana kau boleh move on dengancepat daripada Taehyung sunbae itu ? Siapa yang tengah ambil alih hati kau sekarang ini ? ” soal Eun Rin tiba-tiba.
“ Itulah aku pun macam tak percaya yang aku dah berjaya move on daripada Taehyung sunbae itu. ”
“ Tapi sekarang ini memang aku dah takda perasaan dekat dia sebab sekarang ini aku dah jatuh cinta dengan kawan dia, ” balas Jihyo lebar.
Jihyo menggeleng. “ Ani, aku rasa aku dah jatuh cinta dengan Jungkook sunbae, ” ujarnya.
“ Jungkook sunbae ? Wah, jinjja daebak ! ” ujar Eun Rin yang terkejut mendengar nama Jungkook yang keluar daripada bibir Jihyo.
“ Patutlah sekarang ini kau dah jarang keluar dengan kitorang. Jadi, selama ini kau selalu dengan Jungkook sunbae lah ? ” soal Eun Rin.
Jihyo pula hanya mengangguk.
“ Tapi macam mana pula kau boleh rapat dengan Jungkook sunbae ? ” soal Rowoon. Seperti Eun Rin, dia juga turut banyak soalan yang ingin ditanyakan pada Jihyo.
“ Waktu Taehyung sunbae reject aku dekat rooftop itu, Jungkook sunbae ada sekali. Dialah yang pujuk aku dan makin lama kitorang makin rapat. Aku pun mula jatuh cinta dengan dia dan lupakan Taehyung sunbae, ” cerita Jihyo.
“ Aku masih speechless tapi siapa pun yang kau suka, kitorang tetap akan sokong kau. Aku harap lepas ini pilihan kau untuk cintakan Jungkook sunbae, betullah. ” kata Eun Rin.
“ Betul itu. Kalau dia ada sakitkan hati kau, bagitahu aja aku dengan Eun Rin, nanti biar kitorang pukul dia ! ” kata Rowoon pula.
Jihyo yang mendengar sudahpun tersenyum senang. Sungguh dia bersyukur mendapat kawan seperti Eun Rin dan Rowoon.
Beberapa minit selepas itu, Saem Kim masuk ke dalam kelas itu dan kelas Sejarah pun bermula.