° talk

793 129 52
                                    

Kesemua alatan memanah yang digunakannya sebentar sahaja tadi, dikemas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kesemua alatan memanah yang digunakannya sebentar sahaja tadi, dikemas. Lalu dia mula berjalan mendekati Jihyo yang sedang menunggunya di tempat duduk penonton itu.

Selepas sahaja Jungkook melabuhkan punggung disebelahnya, Jihyo lantas sahaja memberinya roti melon dan susu pisang yang dibelinya di kantin tadi.

Jungkook menyambut huluran itu. Bungkusan roti itu dikoyak sedikit lalu dia mula menyumbat sedikit roti itu ke dalam mulutnya dan mengunyah perlahan.

“ Kau tak makan ? ” ujar Jungkook yang masih mengunyah sambil memandang Jihyo yang sedang memerhatikan dirinya dari tadi.

“ Saya-- hah saya nak makan lah ini, ” jawab Jihyo yang kaget selepas dirinya kantoi memandang wajah kacak Jungkook dari tadi.

Jungkook hanya mendiamkan dirinya sambil memandang Jihyo yang masih cuba membuka bungkusan roti itu.

Dengan selamba dia merampas bungkusan roti itu dan mengoyakkannya sedikit. Lalu dihulur kembali pada Jihyo.

Jihyo yang melihat, menundukkan sedikit wajahnya. Malu mungkin. “ Gumawo, ” ucapnya.

Jungkook hanya mengangguk. Dia kembali mengunyah roti itu sehingga habis.

Air kotak susu pisang itu diambil lalu diteguk perlahan.

“ Sukan ini, kau masuk permainan apa aja ? ” soal Jungkook cuba membuka topik.

“ Saya tak masuk apa-apa permainan pun. Just jadi penyokong, ” balas Jihyo.

“ Kenapa kau tak nak masuk ? Sukaneka kan ada ?  ” soal Jungkook sekali lagi.

Not interesting yet, ” balas Jihyo.

Jungkook hanya mengangguk sebelum mendiamkan dirinya.

“ Sunbae pula ? Masuk permainan apa aja ? ” soal Jihyo. Wajah Jungkook dipandangnya.

“ Aku masuk memanah dengan lumba lari aje, ” balas Jungkook.

“ Kenapa ? Kau nak sokong aku ke ? ” tanya Jungkook.

“ Entahlah, lagipun saya kena sokong Rowoon dengan Eun Rin juga dekat acara lain, ” balas Jihyo.

Jungkook hanya meng'oh'kan sahaja. Entah mengapa dia rasa Rowoon menyemak.

Eun Rin dia masih boleh terima tetapi dia tidak suka kalau Jihyo bercerita mengenai Rowoon.

Cemburu. Ya, dia cemburu.

Selepas beberapa minit mereka berbual disitu, Jihyo lantas sahaja meminta diri.

“ Sunbae, sunbae taknak balik lagi ke ? ” soal Jihyo.

“ Wae, kau dah mahu balik ke ? ” soalan dibalas soalan oleh Jungkook.

Soalan Jungkook mendapat anggukkan daripada Jihyo yang sudah berdiri itu

“ Tunggu sekejap, ” ujar Jungkook. Matanya mula memerhati sekeliling padang itu mencari rakannya.

“ Yugyeom ! ” panggil Jungkook. Yugyeom yang sedang mengemas alat memanahnya itu lantas sahaja memandang gerangan yang memanggilnya.

“ Kau tolong letakkan alatan ini dekat stor sukan, aku ada hal. Gumawo, annyeong ! ” ujar Jungkook.

Yugyeom yang mendengar hanya mengangguk lalu tangannya dilambaikan pada Jungkook.

“ Sunbae ada hal ? Hal apa ? ” tanya Jihyo yang masih berdiri di sebelah Jungkook.

“ Hal teman kau sampai pagar. Kajja, ” jawab Jungkook selamba lalu tangan Jihyo ditariknya berlalu dari padang itu.

Jihyo yang terkedu hanya mendiamkan dirinya. Membiarkan sahaja tangan Jungkook yang memengang lengannya itu.

Beberapa minit berjalan, mereka tiba di hadapan pagar sekolah dan kelihatan kereta pemandu keluarga Jihyo sudah tiba tika itu.

Sebelum Jihyo memasuki kereta itu, sempat Jungkook berkata sesuatu.

Thanks sebab dah teman aku hari ini. Kalau hari lain kau nak tengok aku berlatih lagi, kau datang ajalah. Cuma seminggu aku selang sekali berlatih memanah dengan kekalkan stamina untuk lari, ” ujar Jungkook lebar.

Jihyo yang mendengar hanya mengangguk.

“ Sudah, kau boleh balik. Annyeong, ” ucap Jungkook.

Jihyo lantas sahaja berlalu dari situ. Sebelum dia memasuki kereta itu, sempat dia melambaikan tangannya pada Jungkook sambil tersenyum kecil.

Jungkook pula membalas lambaiannya. Lalu kereta itu pun mula meluncur meninggalkan perkarangan sekolah itu.

“ Comel, ” ujar Jungkook perlahan sambil tersenyum kecil. Langkahnya juga dibawa keluar dari perkarangan sekolah itu.

Tanpa dia sedar, seseorang memerhatinya dari jauh dengan pandangan tajam. Tidak puas hati mungkin.

Jimin yang melihat Taehyung memerhati pagar sekolah itu, lantas sahaja menepuk bahu Taehyung perlahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jimin yang melihat Taehyung memerhati pagar sekolah itu, lantas sahaja menepuk bahu Taehyung perlahan.

Taehyung yang tersentak, memandang wajah Jimin.

“ Kau kenapa, Taehyung ? Nampak hantu ke ? ” soal Jimin sambil memandang ke arah pagar sekolah.

Taehyung hanya menggeleng perlahan lalu langkahnya diteruskan menuju ke pagar sekolah.

“ Yah, Kim Taehyung ! Tunggulah aku ! ” jerit Jimin. Langkahnya mula dilajukan mengikuti Taehyung yang sudah keluar dari perkarangan sekolah itu.

 Langkahnya mula dilajukan mengikuti Taehyung yang sudah keluar dari perkarangan sekolah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+++

lol, klishe nye cerita aku ni hurm 😔🖐 
saye try improve nanti heheh 👉👈
to be continued .

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoWhere stories live. Discover now