Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Jihyo tersenyum selepas selesai sahaja dia membaca sticky note yang diterimanya pada pagi ini.
Seperti hari-hari sebelumnya, dia pasti akan menerima satu susu kotak pisang dan sehelai sticky note yang ditampal sekali pada kotak susu itu.
Tidak terlupa juga dia membaca nama pengirim pada sticky note itu.
Seagull ? Nampaknya pengirim yang memberi dia susu pisang itu ialah teman rapatnya ketika dia masih kecil.
“ Hari ini kau dapat lagi susu pisang ? ” soal Eun Rin sebaik sahaja dia tiba di kelas itu bersama Rowoon.
Jihyo hanya mengangguk membalas.
“ Sekejap, gelang ? ” ujar Eun Rin sebaik sahaja dia duduk disebelah Jihyo dan memandang pada pergelangan tangan gadis itu.
Tangan gadis itu ditariknya dan dipandang gelang itu.
“ Seagull ? Bukan ke dia yang bagi susu pisang dekat kau setiap hari ? ” soal Eun Rin.
“ Ya, dialah. ” balas Jihyo.
“ Hari ini dia bagi kau susu pisang dengan gelang sekali ke ? ”
“ Tak, semalam aku kemas bilik aku lepas itu aku jumpa satu kotak ini. Dan dalam kotak itu ada banyak polaroid masa aku kecil dan ada sekali gelang ini. ”
“ Aku ingat lagi sebelum aku pindah ke Daegu, aku ada kawan rapat lelaki masa aku kecil dan nama panggilan dia Seagull. ” cerita Jihyo.
“ Jadi sekarang ini kau nak kata lah yang Seagull itu sekarang dalam sekolah ini dan sama sekolah dengan kita ? ” tanya Eun Rin.
“ Mungkin, ” balas Jihyo sepatah.
“ Tapi kau tak ingat ke nama sebenar dia ? Mana tahu kita boleh cari nanti ? ” cadang Eun Rin.
“ Aku lupalah nama sebenar dia. Tapi aku ingat yang dulu aku selalu panggil dia Seagull dan dia selalu panggil aku Mongji, ”
“ Kenapa dia panggil kau Mongji ? Oh sekejap, bagi aku teka. Ini mesti sebab kau selalu blur, kan ? ” teka Eun Rin.
“ Betullah itu, ” balas Jihyo.
“ Sepatutnya aku dengan Rowoon pun patut panggil kau Mongji sekarang ini sebab takda beza pun. Kau masih blur dan lambat, ” ujar Eun Rin yang sudah tergelak.
“ Yah, jangan ! ” kata Jihyo. Lengan Eun Rin dipukulnya lembut.
“ Okay, aku gurau aja. Tapi, nanti aku tolong kau cari siapa Seagull itu ya ? ” tawar Eun Rin.
“ Mestilah ! ” balas Jihyo yang bersemangat ingin mengetahui siapakah pemilik gerangan bernama Seagull itu.
+++
Kasut sekolahnya dicabut lalu dia melangkah memasuki pusat sumber sekolah itu.
Sekarang ialah waktu rehat tetapi disebabkan perutnya masih kenyang kerana sudah bersaparan pagi tadi, Jihyo tidak mengikut Eun Rin dan Rowoon ke kantin.
Ruangan rak ditujunya. Lalu dia mula mencari novel yang ingin dibacanya.
Jihyo tersenyum kecil setelah berjaya menemui novel yang dicarinya.
Disebabkan novel itu berada di bahagian paling atas dan dia agak pendek, dia perlu memanjat kerusi untuk mengambil novel itu.
Lantas sahaja kerusi plastik yang berada disudut pusat sumber itu diambil dan dibawa ke rak itu.
Jihyo mula memanjat kerusi itu dan mengambil novel itu.
Seperti cerita klise yang lain, tiba-tiba sahaja dia hampir tergelincir di atas kerusi itu dan membuatkan dirinya terjatuh.
Tetapi nasibnya baik kerana dia tidak terbaring di atas lantai sebaliknya dia terbaring di atas badan seorang lelaki.
Jihyo mula mengangkat kepalanya daripada dada lelaki itu dan memandang wajah kacak lelaki itu.
Dia terdiam setelah memandang wajah lelaki itu. “ Tae- Taehyung sunbae ? ”
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.