Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Botol air yang berwarna merah jambu itu akhirnya berhenti berpusing di hadapan gadis itu. Dua orang rakannya pula tersenyum suka.
“ Kau pilih truth ke dare ? " soal lelaki kacak yang bernama Rowoon itu.
" Truth, " balas Eun Rin selamba. Selepas mendengar jawapan yang terkeluar daripada bibir Eun Rin itu, Jihyo lantas sahaja membisik perlahan di telinga Rowoon.
Rowoon yang mendengar cadangan Jihyo itu lambat-lambat mengangguk.
Jihyo sudah tersenyum suka lalu dia dan Rowoon memandang Hye In yang berada di hadapan mereka.
“ Sebelum ini kau pernah tak on crush dekat Rowoon ? ” soal Jihyo.
“ Rowoon ? Mamat kentang ini ? Memang tak lah ! ” balas Eun Rin segera. Lalu dia membuat gaya seperti ingin muntah.
“ Kau kata aku mamat kentang, seriously ? Aku ni seksi tau, siap ada roti enam ketul dekat badan aku, ” balas Rowoon geram.
“ Entah-entah roti yang dah basi, ” balas Eun Rin. Lalu dia dengan Jihyo mula mengetawakan lelaki itu.
“ Eh babi, penat perut aku gelak ” ujar Jihyo. Sisa air mata yang terkeluar akibat tertawa tadi lantas sahaja dilap menggunakan jarinya.
“ Okay, kita sambung ” ujar Rowoon pula. Lalu botol air itu dipusingkan sehingga lah botol air itu berhenti di hadapan Jihyo pula.
“ Dare, ” balas Jihyo yakin sebelum Rowoon dan Eun Rin menanya.
“ Woah, yakinnya kamu ” balas Rowoon tersenyum sinis. Lalu perlahan dia membisikkan sesuatu di sebelah telinga Eun Rin.
Eun Rin yang mendengar lantas sahaja mengangguk laju. Menyetujui cadangan yang diberikan Rowoon.
Lalu mereka berdua mula memandang Jihyo sinis. “ Aku dare kau confess dekat Taehyung sunbae guna closefriend ig. ” ujar Rowoon.
“ Gila ! ” ungkap Jihyo. Dia ? Kena confess dekat Kim Taehyung ? Senior yang disukainya itu ?
“ Kau kan on crush dekat dia, alang-alang tu confess ajelah terus. Manatahu dia suka kau jugakkan ? ” kata Eun Rin.
“ Tapi aku takut, dia tu dahlah sunbae. Kalau dia bagitahu member dia, muka aku nak sorok mana ! ” balas Jihyo.
“ Nak tak nak, ni dare. Kau kena accept dan buat juga, ” kata Rowoon.
“ Tak boleh tukar dare lain ke ? Macam, aku belanja korang ke lain ke ? ” rayu Jihyo. Mulutnya sudah dicebikkan perlahan.
“ No, tak boleh tukar. Kau kan dah selalu belanja kitorang, jadi kau still kena buat dare ini, ” balas Eun Rin.
Rowoon yang mendengar lantas sahaja mengangguk setuju.
“ Hish, yelah aku buat ! Tapi kalau dia reject, macam mana ? ” soal Jihyo lagi.
“ Aku tak rasa dia akan reject kau, kau pun lawa apa, ” ujar Rowoon.
Eun Rin lantas sahaja mengangguk setuju. Lalu bahu Jihyo ditepuk perlahan.
“ Kita cuba, okey ? Aku yakin dia akan suka kau juga, ” kata Eun Rin.
Jihyo hanya memandang Eun Rin. Sebelum lambat-lambat dia mengangguk menyetujui dare yang diberikan oleh mereka berdua itu.
+++
as alway, maaf chapt first hambar dan sikit. and hi ! saye kembali heheheh ♡