° angry Kim

822 126 53
                                    

Saem Yoon mula keluar dari kelas itu setelah selesai mengajar mereka subjek Sains sebentar tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Saem Yoon mula keluar dari kelas itu setelah selesai mengajar mereka subjek Sains sebentar tadi.

Kelas yang tadinya senyap, kini sudah bising seperti di pasaraya. Ada yang keluar pergi ke tandas atau melencong ke tempat lain.

Jimin yang mengantuk lantas sahaja merehatkan kepalanya di atas meja dan melelapkan matanya. Tidak sampai beberapa saat, dia sudah tertidur walaupun diganggu dengan suara bising oleh rakan sekelasnya.

Taehyung yang baru selesai sahaja pulang dari tandas itu berlalu ke tempat duduknya. Baru sahaja dia ingin berbual dengan Jimin tetapi lelaki itu tidur pula.

Matanya mula memandang ke tempat duduk sebelah kanannya, iaitu tempat duduk Jungkook.

Jungkook yang dari tadinya membaca buku, memandang Taehyung setelah merasakan dirinya diperhati.

" Kau, kenapa ? " soal Jungkook.

" Nothing. Tapi aku nak tanya kau satu soalan, " jawab Taehyung dingin.

Jungkook yang memandang Taehyung, lantas sahaja menaikkan sebelah keningnya sedikit.

" Kau rapat ke dengan perempuan itu ? " soal Taehyung.

Jungkook memandang Taehyung pelik. " perempuan mana ? " soalan dibalas soalan oleh Jungkook.

" Jangan buat-buat tak tahu, Jeon. Perempuan yang confess dekat aku hari itu, " ujar Taehyung.

" Dia ada nama, Taehyung. Nama dia Song Jihyo bukannya perempuan walaupun gender dia perempuan, " balas Jungkook.

" Nevermind. Aku tak kesah lansung, " jawab Taehyung selamba.

" Kau tak kesah, tapi kau tanya dia rapat dengan aku ke tak. Jawapannya, ya dia rapat dengan aku. Kenapa, kau cemburu ? " soal Jungkook sinis.

Taehyung berdecit perlahan. Buang masa dia sahaja hendak cemburu jika lelaki itu rapat dengan Jihyo.

" Nope. Aku tak suka tengok kau rapat dengan dia dan jauhkan diri kau daripada dia, " arah Taehyung.

Jungkook pula sudah memandang Taehyung dihadapannya, geram.

" Kau tak suka aku rapat dengan dia dan kau suruh aku jauhkan diri daripada dia ? Ikut suka hati akulah nak rapat dengan dia ataupun tidak. Lagipun, kau dah reject dia kan, Kim. " balas Jungkook.

" Ya, memang aku dah reject dia. Tapi-- " Taehyung memberhentikan ayatnya. Tidak tahu hendak membalas apa.

" Kenapa ? Kau dah jatuh cinta dengan dia ? Kau dah terlambat Taehyung. Kau fikir dia akan kembali pada kau lepas apa yang kau buat dekat dia ? "

" Kau sendiri yang reject dia dan kata dia budak mentah. Dan sekarang inipun dia tengah cuba move on daripada kau. "

" Masih, tapi hampir berjaya. Jadi aku rasa, kau tak perlu sibuk tentang aku dengan dia. Lagipun, kau tak layak nak suruh aku jauhkan diri dari dia, Tae. " ujar Jungkook lebar dan berlalu keluar dari kelas itu.

Taehyung yang mendengar, mendengus kasar. Kertas kosong yang berada di atas mejanya, dikoyak kasar lalu membalingnya entah kemana.

Yang dia tahu, dia tak sukakan Jungkook rapat dengan Jihyo ! Dia tak suka !

+++

btw, saye ada publish story
baru. Naughty Lecturer
feat Taehyo, heheh ♡ jemput
singgah dan baca okie <3

to be continued °

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoWhere stories live. Discover now