° reject

861 139 34
                                        

Kcek

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Kcek..

Pintu rooftop itu dibuka olehnya. Taehyung dan Jungkook yang tersedar lantas sahaja bangun dari kerusi panjang itu.

Jihyo yang perasan Taehyung sudah lama menunggunya lantas sahaja menunduk meminta maaf.

" Mian sunbae sebab saya lambat, " ucap Jihyo sambil menunduk beberapa kali.

" Sokay, aku maafkan. " ungkap Taehyung sambil memandang Jihyo yang berada di hadapannya.

" Gumawo, sunbae. " balas Jihyo. Lalu dia mula mendongak memandang Taehyung yang lebih tinggi daripada dirinya itu.

" Jadi, kenapa sunbae panggil saya datang sini ? " soal Jihyo walaupun dia sudah menganggak perkataan yang bakal keluar dari bibir seksi Taehyung itu.

" Aku rasa kau tahu kan kenapa aku panggil kau datang sini ? About your close friend insta story. " balas Taehyung selamba.

Jihyo yang mendengar, sudah mengalihkan pandangan daripada memandang Taehyung. Sungguh dia takut tika ini.

Manakala Jungkook hanya melihat mereka berdua dari belakang sambil duduk di atas kerusi panjang itu.

Taehyung semakin dekat mendekati Jihyo sehingga dia betul-betul berada di hadapan gadis itu.

" Kau confess dekat aku, betul kan ? " soal Taehyung.

Jihyo hanya mengangguk perlahan sambil memandang ke arah lain. Sungguh wajah Taehyung dekat dengannya.

Taehyung mula mengangkat dagu Jihyo menggunakan jarinya sehingga dia dan Jihyo memandang antara satu sama lain.

Dalam hati, Jihyo sudah menggelabah. Senior kesayangannya sedang berada di hadapannya sekarang ini dan memengang dagunya !

" Sorry, gurl. Aku rasa perasaan lebih tiga tahun kau sukakan aku tu, dah boleh tanam. Sebab aku tak suka budak mentah macam kau, " ujar Taehyung sinis.

Jarinya yang berada di dagu Jihyo, dilepaskan. Jihyo yang mendengar, sudah terasa hati.

T- Taehyung baru sahaja rejectnya, bukan ?

" Dah, Jungkook. Jom blah, dahlah menyusahkan orang kena tunggu lama dekat sini, " ujar Taehyung sebelum dia mula berlalu dari situ.

Bahu Jihyo itu dilanggarnya kasar dan pergi tanpa perasaan.

Jihyo pula sudah menunduk. Air matanya gugur dari tubir matanya itu.

Jungkook yang melihat, mula bangun dari kerusi panjang itu dan melangkah ke arah Jihyo.

" Aku dah agak yang si mamat alien itu akan reject kau. "

" Dah, jangan nangis disebabkan lelaki yang tak sukakan kau, buang masa saja tahu. "

Ujar Jungkook sambil tangannya mengambil tisu poket yang berada di dalam poket seluarnya. Lalu tisu poket itu dihulurkan kepada Jihyo.

Jihyo hanya mengabaikan. Masih lagi menunduk tersedu sedan menangis.

Jungkook yang melihat itu mula mengambil tangan Jihyo dan diletakkan tisu poket itu di dalam genggaman gadis itu.

" Aku pergi dulu, jangan buat kerja gila pula. Nyawa kau berharga tahu, "

Lalu, bahu gadis itu ditepuk perlahan dan Jungkook mula beredar dari rooftop itu meninggalkan Jihyo keseorangan.

+++

😳😳
to be continued Δ

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang