Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Saturday
Kediaman Song
Jihyo mengeluh perlahan lalu dahinya yang berpeluh itu dilap menggunakan tuala kecil.
Ruangan biliknya yang baru dikemas itu dipandang lalu dia tersenyum puas. Nampak kemas dan bersih.
Lalu pandangannya dialihkan ke arah meja belajar yang terdapat di dalam biliknya. Langkahnya mula dituju ke arah meja belajar itu.
Kotak kecil berwarna biru cair yang berada di atas meja itu diambilnya lalu punggungya dilabuhkan di atas kerusi disana.
Dia mula membuang habuk yang terdapat pada kotak kecil itu dan membukanya. Di dalam kotak kecil itu terdapat beberapa polaroid lama dan seutas gelang.
Kesemua polaroid itu dikeluarkannya dan dilihat satu persatu. Sambil dia melihat gambar-gambar lama itu dia tersenyum kecil.
Gambar itu ialah gambarnya bersama teman rapat lelakinya ketika dia masih kecil dan bertadika.
Mereka berdua berjiran tetapi hubungan mereka seperti adik beradik.
Lalu gelang yang berada didalam kotak itu diambil dan dikeluarkan. Matanya memandang nama yang terdapat pada gelang tersebut.
“ Seagull ? ” ujarnya perlahan.
Jihyo mula termenung dan memikir. Seagull ? Seperti dia pernah lihat nama itu sebelum ini.
Tetapi yang dia pasti Seagull ialah nama gelaran bagi lelaki itu dan dia nekad untuk mencari teman rapatnya ketika dia masih kecil itu.
+++
11 malam
Badannya direbahkan di atas katil bersaiz queen itu. Lalu Iphone 11 miliknya dicapai.
Aplikasi Instagram dibuka lalu ruangan story ditekan. Jihyo berhenti menekan skrin telefonnya pabila dia tiba di story close friend milik Jungkook.
Lalu dia mula membaca ayat yang ditulis Jungkook di ruangan story close friend itu.
---
fucking happy because my
crush kiss my cheek :D
hope she will notice this close friend story and i really love her ♡
---
Setelah selesai membaca ayat yang ditulis Jungkook itu, Jihyo lantas sahaja memikir.
Jungkook maksudkan dirinya atau gadis lain ?
Tetapi dia pernah mencium pipi Jungkook dan tak mustahil kalau sebelum ini ada perempuan lain yang sudah mencium pipi lelaki itu terlebih dahulu.
Memikirkan tentang itu, membuatkan dirinya berasa cemburu. Lalu dia mula keluar dari aplikasi Instagram itu dan dimatikan telefonnya.
Bantal peluk kesayangannya dipeluk. Tidak sampai beberapa minit dia memejamkan matanya, dia mula berlayar ke alam mimpi.
+++
maaf, short chapt heheheh
to be continued .
ANDA SEDANG MEMBACA
[ ✔️ ] Close Friend | JungHyo
Fanfiction" aku cabar kau confess kat dia guna close friend ig. " ☁️ Jungkook Jeon ☁️ Jihyo Song beautiful cover ; @cocokies ♡
![[ ✔️ ] Close Friend | JungHyo](https://img.wattpad.com/cover/224422477-64-k176840.jpg)