° rowoon

875 126 56
                                        

“ Rowoon ! ” jerit Jihyo sambil mengejar Rowoon yang sudah berada jauh dihadapannya itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Rowoon ! ” jerit Jihyo sambil mengejar Rowoon yang sudah berada jauh dihadapannya itu.

Rowoon pula hanya mengabaikan Jihyo dan terus berjalan laju daripada gadis itu.

Semakin dilajukan langkahnya, semakin laju juga gadis itu melangkah mendekatinya.

Gotcha ! ” ujar Jihyo pabila dia sudah dapat menangkap Rowoon. Lengan kekar  lelaki itu dipengangnya.

Rowoon pula tidak memandang gadis itu, matanya melilau memandang ke arah lain.

“ Rowoon, pandanglah saya, ” kata Jihyo sambil mendongak memandang Rowoon yang lebih tinggi daripadanya itu.

Rowoon pula masih mengabaikan Jihyo yang berada dihadapannya itu.

Jihyo yang sudah penat menunggu Rowoon untuk memandangnya itu lantas sahaja menarik belakang leher lelaki itu sehingga mata mereka berdua bertembung.

Muka mereka berdua sangat dekat. Deruan nafas juga dapat dirasai pada wajah masing-masing. Rowoon pula sudah kaget dengan tindakan refleks Jihyo itu.

“ Rowoon, awak larikan diri daripada saya sebab saya tak teman awak berlatih semalam, iya ? ” soal Jihyo tanpa berbasa basi (?).

Manakan tidak, pagi tadi ketika dia masuk ke dalam kelas, Rowoon lansung tidak menengurnya.

Dia sudah cuba menegur dan membuat lawak hambarnya pada lelaki itu, tetapi masih tidak dilayan.

Jikalau Eun Rin hadir, pasti mudah sahaja kerjanya untuk memujuk lelaki itu tetapi malang kerana gadis itu tidak dapat hadir disebabkan cirit birit.

“ Rowoon saya tanya ini, jawablah. ” ujar Jihyo lagi.

Rowoon masih mendiamkan dirinya, tidak membalas walaupun sepatah.

“ Saya minta maaf sebab tak dapat teman awak semalam. Semalam saya dah pergi padang cari awak dekat tempat latihan memanah, tapi awak takda. ”

“ Lepas itu saya tanyalah Jungkook sunbae yang awak dekat mana, tapi dia kata awak berlatih dekat tempat kolam renang dan saya lupa yang awak semalam berlatih berenang bukan memanah, ” ujar Jihyo lebar.

Nafasnya diambil sekejap sebelum menyambung kata-katanya.

“ Saya minta maaf sebab saya terlupa yang saya sepatutnya pergi ke tempat latihan berenang, bukan memanah. ”

“ Lagipun, Jungkook sunbae ajak saya teman dia berlatih. Saya cuba tolak, tapi dia tetap suruh saya teman. Jadi saya pun temanlah dia. ”

“ Janganlah merajuk, Rowoon. Kalau takda awak, siapa yang nak bergurau dan layan sayan hari ini ? Eun Rin pula tak datang, ” kata Jihyo.

Rowoon menunduk sedikit dan mengeluh perlahan sebelum dia kembali memandang wajah cantik Jihyo itu.

“ Ya, saya merajuk dan saya sedar saya tak sepatutnya merajuk dengan awak. Lagipun, pasal semalam saya dah maafkan awak cuma hari ini saya bergurau sahaja cuba jauhkan diri daripada awak. ”

“ Tapi awak tahukan yang saya memang tak boleh jauhkan diri daripada awak walaupun sehari, ” balas Rowoon lebar.

Jihyo yang mendengar sudah mendakap badan Rowoon erat. Rowoon pula tersenyum kecil sebelum dia membalas dakapan Jihyo itu.

Beberapa saat selepas itu, pelukan dileraikan. Jihyo tersenyum lega.

“ Nampaknya, saya tak perlulah bersusah payah nak pujuk awak lagi selepas ini ya, ” ujar Jihyo sambil tersengih kecil.

“ Mana boleh ! Awak kenalah selalu pujuk saya walaupun awak tak buat salah apapun, ” balas Rowoon.

“ Kenapa pula saya nak pujuk awak kalau saya tak buat salah ? ” soal Jihyo pelik.

“ Hurm, sebab saya suka kalau awak selalu rapat dan dekat dengan saya mungkin, ” balas Rowoon sambil tersengih kecil.

“ Yah, gatal ! ” kata Jihyo lalu segera berlalu dari situ.

Rowoon yang melihat lantas sahaja mendapatkan Jihyo. “ Maaf, saya gurau saja sayang. ” ujar Rowoon ikhlas.

Jihyo pula sudah tersenyum. Seperti Rowoon dia juga tidak bisa merajuk berlama-lama dengan lelaki itu.

Lalu langkah mereka berdua dibawa pergi ke dewan makan.

Tanpa mereka sedar, seseorang memerhatikan mereka berdua daripada tadi.

Mulutnya dicebikkan sedikit. Menyampah melihat aksi manis Jihyo dan Rowoon itu.

Lalu langkahnya mula berlalu dari situ menuju ke kelasnya kembali.

Lalu langkahnya mula berlalu dari situ menuju ke kelasnya kembali

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

+++

to be continued °

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang