Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dua minggu akhirnya telah berlalu dengan pantas. Kini tibalah hari yang dinantikan oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolah itu iaitu Hari Sukan Tahunan Sekolah.
“ Eun Rin ! ” jerit Jihyo sambil berlari kecil ke arah Eun Rin.
Eun Rin yang mendengar namanya dipanggil lantas sahaja menoleh ke arah Jihyo dan mendakap gadis itu erat.
“ Chukahae ! ” ucap Jihyo seraya pelukan itu dilepaskan.
“ Gumawo, ” ujar Eun Rin sambil tersenyum.
“ Serius gempak bila kau berjaya masukkan bola dalam jaring itu, ” ujar Jihyo.
Kagum dengan gadis itu yang membuatkan kumpulan mereka memenangi perlawanan bola keranjang sebentar tadi.
“ Ani, biasa aja. By the way, mana Rowoon ? ” soal Eun Rin sambil mencari kelibat lelaki itu.
“ Rowoon dia tengah get ready untuk perlawanan berenang lepas ini. Kau nak ikut aku sokong dia, tak ? ” balas Jihyo.
“ Mungkin tak sebab lepas ini coach nak jumpa team kitorang. Mian tak dapat teman kau sokong dia, ” jawab Eun Rin.
“ Gweachana, aku boleh pergi seorang diri, ” kata Jihyo.
“ Kau tolong sampaikan good luck aku dekat dia, arra ? ” pinta Eun Rin.
“ Arrachi, ” balas Jihyo sambil tersenyum kecil lalu dia mula beredar dari situ.
Eun Rin yang pula hanya memandang kelibat Jihyo sehingga kelibat gadis itu hilang dari pandangannya.
Lalu langkahnya dituju ke arah rakan pasukannya yang sedang berehat itu.
+++
Jihyo melangkah memasuki swimming hall itu. Tempat duduk penonton, ditujunya. Matanya mula memerhati sekeliling kawasan kolam renang itu.
Tidak sampai beberapa minit, Coach Yoon mula memberitahu nama-nama yang memasuki acara berenang itu.
Kesemua pelajar namja yang memasuki acara itu pula sudah bersedia di atas platform sebelum mereka terjun ke dalam air.
Bunyi wisel mula ditiup dan lansung sahaja mereka terjun masuk ke dalam air itu dan berenang hingga ke penamat.
Selepas beberapa minit, akhirnya keputusan mula terpapar pada skrin yang disediakan disitu.
Jihyo mengeluh perlahan apabila melihat mata yang dipaparkan itu.
Nampaknya, Rowoon menduduki tempat kedua dan tempat pertama pula ialah milik Kim Taehyung.
+++
Selesai sahaja tamat acara, semua penonton mula berlalu keluar dari swimming hall itu.
Tetapi tidak gadis itu. Langkahnya dituju ke arah Rowoon yang sedang sibuk mengelap badannya yang masih basah itu.
“ Rowoon-ssi ! ” panggilnya sambil berlari anak ke arah Rowoon.
Rowoon yang sibuk mengelap badannya, lantas sahaja memandang ke arah Jihyo dan tersenyum kecil.
“ Macam mana kau boleh kalah dengan Taehyung sunbae ?! ” ujar Jihyo sedikit tidak puas hati.
“ Biarlah, lagipun bukan selalu aku dapat nombor dua. ” balas Rowoon.
“ Tapi, tadi kau boleh dapat nombor satu tau kalau Taehyung sunbae itu tak potong kau ! ” jawab Jihyo tidak mahu mengalah.
“ Gweachana. Lagipun dah lepas dah, Hyo. Aku masih dapat nombor dua dan takkan berubah, ” ujar Rowoon.
Jihyo yang mendengar, mencebik perlahan.
Tiba-tiba, satu bunyi datang dari perut Rowoon. Jihyo lantas sahaja memandang Rowoon yang sedang mengusap perutnya yang masih tidak berbaju itu.
“ Aku laparlah, Hyo. Lepas ini, kita pergi makan dekat kantin, nak ? ” ajak Rowoon sambil tersengih kecil memandang Jihyo.
Jihyo pula sudah tergelak kecil melihat Rowoon itu. Lambat-lambat dia mengangguk.
“ Nae, kita makan sekali dengan Eun Rin. Lagipun, team dia dapat nombor satu tau time bola keranjang tadi ! ” cerita Jihyo.
“ Seriously ? Wah, hebat juga dia ye, ” balas Rowoon yang teruja mendengar cerita Jihyo.
Jihyo mengangguk laju. “ Mestilah ! Kawan saya semua hebat termasuk awak, tahu ! ” ujar Jihyo.
Rowoon yang mendengar, sudah tersenyum lebar.
“ Okaylah, Rowoon. Saya tunggu awak dengan Eun Rin dekat kantin, ya. Annyeong, ” kata Jihyo.
Rowoon hanya mengangguk lalu Jihyo mula beredar dari situ.
Sebelum dia berlalu keluar dari swimming hall itu, sempat dia menoleh memandang Taehyung yang berada disitu.
Taehyung pula dari tadi sudah memandangnya tajam. Dia tidak suka melihat gadis itu disitu kerana Rowoon.
Entahlah, tetapi memang dia tidak suka melihat Jihyo dan Rowoon bermesra seperti tadi.
Lalu dia mula bangun dari situ dan melangkah menuju ke tempat penyalinan.
+++
sorry sebab tak update beberapa hari ini. idea tak tahu pergi mana and this chapt pun macam hambar sikit heheheh sorry.
btw, tak rindu hero ke ? 🌚 next chapt ada scene junghyo ye ! <3
also, saya ada publish new story. heheheh, jemput lah singgah dan baca okey !