Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sebulan sudah berlalu sejak Jihyo menerima susu pisang daripada gerangan misteri itu. Dan sebulan jugalah, setiap hari dia akan menerima susu pisang yang sama dan ditampal dengan sticky note.
Sticky note itu tidak pula tidak dibuang, dia menampalnya pada satu buku khas berwarna merah jambu miliknya.
Ouh, dan Jihyo juga sudah semakin rapat dengan Jungkook. Dan, kadang-kala Taehyung akan terserempak dengan mereka berdua dan membuatkan lelaki itu makin menyampah.
Entah mengapa dia tidak suka Jungkook rapat dengan gadis itu.
Jihyo mula pergi ke kantin, membeli dua susu pisang dan dua roti melon. Niatnya ingin makan bersama Rowoon nanti selepas lelaki itu habis berlatih memanah.
Lalu dia mula berjalan menuju ke tempat latihan memanah. Dia memandang sekililingnya, ramai pelajar yang sedang berlatih untuk berlawan pada hari sukan sekolah yang akan diadakan lagi dua minggu.
Padang dituju lalu dia mula pergi ke arah tempat berlatih memanah.
Dia mula mencari kelibat Rowoon, tetapi masih tidak dijumpanya.
Dia yang ternampak Jungkook yang sedang aim untuk melepaskan panahan itu lantas sahaja mendekati ke arah lelaki kacak itu.
Jungkook tersenyum kecil saat panahannya tepat mengenai sasarannya.
“ Sunbae, ” ujar Jihyo saat dia betul-betul berada di sebelah Jungkook tika itu.
Jungkook yang perasan, lantas sahaja menoleh ke arah suara gadis yang memanggilnya itu.
Mukanya dikerutkan sedikit. Pelik mengapa gadis itu ada disini.
“ Kau kenapa ada dekat sini ? ” soal Jungkook.
“ Cari Rowoon sebab dah janji nak teman dia berlatih dan makan dengan dia, ” balas Jihyo sambil menunjukkan tangannya yang memengang dua roti melon dan susu pisang itu.
“ Kau lupa ke ? Rowoon berlatih dekat sini selang sehari. Semalam dia berlatih memanah, jadi harini dia berlatih berenang, ” kata Jungkook.
Jihyo yang mendengar pula sudah menepuk perlahan dahinya. Macam mana iya dia boleh lupa yang Rowoon memasuki dua perlawanan dan berlatih selang sehari.
“ Mian, sunbae. Saya pergi du- ” belum sempat Jihyo ingin menghabiskan ayatnya, dia memandang Jungkook yang sedang memengang lengannya itu.
“ Kau tak payah pergi. Kau teman aje aku berlatih dan makan dengan aku, ” ujar Jungkook tiada riak lansung diwajahnya.
Jihyo sudah memandang Jungkook pelik. Kenapa pula dia perlu meneman Jungkook ?
“ Tapi-- ” belum sempat Jihyo ingin berkata lagi, Jungkook lantas sahaja memotong.
Suka betul iya Jeon ini memotong ayat orang ?
“ Rowoon itu pandai-pandai lah dia. Dia dah besar, bukan budak kecil lagi yang kau kena jaga. Now, aku nak kau duduk dekat kerusi penonton itu diam-diam sambil tunggu aku berlatih. ”