° Seagull

802 115 4
                                        

Seminggu sudah berlalu dan Jihyo dan Eun Rin masih lagi mencari siapakah pemilik bagi gelaran bernama Seagull

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Seminggu sudah berlalu dan Jihyo dan Eun Rin masih lagi mencari siapakah pemilik bagi gelaran bernama Seagull.

Awal pagi lagi Jihyo, Eun Rin dan Rowoon sudah hadir ke sekolah. Tetapi hari ini mereka bertiga tiba setengah jam awal daripada biasa untuk mencari siapakah gerangan Seagull itu.

“ Sepatutnya sekarang ini aku baru nak breakfast tau bukannya teman korang cari siapa Seagull itu, ” ujar Rowoon sambil mencebik perlahan. Sesekali dia akan menguap kerana terpaksa bangun awal dan mengikuti Jihyo dan Eun Rin.

“ Maaflah, lagipun aku yakin yang hari ini mesti kita akan tahu juga siapa Seagull itu ! ” balas Eun Rin yakin.

“ Iyalah itu. Entah-entah sama aja macam sebelum ini, still tak tahu siapa Seagull itu, ” jawab Rowoon.

“ Korang ini, boleh tak diam sekejap. Dari tadi penat aku dengar korang berdua bergaduh, ” ujar Jihyo pula. Geram pula dia dari tadi asyik menjadi pendengar setia Rowoon dan Eun Rin bertikam lidah.

“ Mian, ” jawab Eun Rin dan Rowoon serentak. Mereka bertiga mula mendiamkan diri sambil menyorok dibelakang pintu kelas mereka.

“ Korang, aku rasa Seagull dah sampai sebab dia tengah bawa susu pisang ! ” ujar Jihyo teruja. Matanya mula fokus memandang gerangan yang sedang menghampiri kelasnya itu.

“ Mana ?! ” soal Eun Rin dan Rowoon serentak. Seperti Jihyo, mereka berdua  juga turut teruja.

Gerangan itu semakin hampir mendekati kelas mereka dan lansung sahaja mereka bertiga terkedu selepas melihat wajah lelaki itu.

“ Ju- Jungkook sunbae ?! ” ujar mereka bertiga serentak.

“ Ju- Jungkook sunbae ?! ” ujar mereka bertiga serentak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

+++

Kring !

Tamat sahaja persekolahan pada hari itu berakhir, Jihyo lantas sahaja menunggu Jungkook dihadapan pagar sekolah.

Dia mahukan penerangan daripada Jungkook hari ini juga.

“ Jihyo ? ” soal Jungkook sebaik sahaja dia ternampak kelibat Jihyo dihadapan pagar sekolah itu.

Jihyo yang perasan Jungkook sedang menghampirinya, lantas sahaja dia berlalu pergi ke arah Jungkook.

Lengan Jungkook lansung sahaja dipengang dan ditariknya berlalu dari situ. Jungkook yang terkejut dengan tindakan Jihyo sudahpun kaget.

“ Kau nak bawak aku pergi mana ini, Jihyo ? ” soal Jungkook.

Jihyo hanya mendiamkan dirinya sehingga mereka berdua tiba di stor sukan sekolah. Ditarik lengan Jungkook memasuki stor sukan itu lalu pintu stor itu dikuncinya.

“ Sunbae, sekarang ini saya nak sunbae jelaskan semua rahsia sunbae yang sunbae sorokkan daripada saya, ” ujar Jihyo setelah dia melepaskan penganggnya daripada lengan Jungkook.

“ Rahsia ? Maksud kau ? ” soal Jungkook.

“ Jangan buat-buat tak tahu, sunbae. Saya tahu sunbae kan sebenarnya Seagull yang setiap hari bagi susu pisang dekat saya ? ” soal Jihyo serius.

Jungkook yang mendengar soalan Jihyo sudahpun terdiam. Matanya dialihkan memandang ke arah lain.

“ Ya, aku lah Seagull yang setiap hari bagi kau susu pisang itu. ” Lambat-lambat, Jungkook membalas. Matanya kembali memandang Jihyo yang berada dihadapannya.

“ Selain itu, aku lah Seagull yang kau maksudkan kawan rapat lelaki kau masa kecil. Kau ingat tak dulu sebelum kau pindah Daegu, aku ada bagi kau gelang nama aku ? Sebab sampai sekarang aku simpan gelang nama kau. Mongji. Aku takkan pernah lupa nama gelaran itu dan maksud dia, ”

“ Sepuluh tahun lepas kau pindah, kebetulan appa kena tukar tempat kerja dekat Daegu. Jadi appa sekolah kan aku dekat sini. Selama ini, aku selalu diam-diam perhatikan kau. ”

“ Dan masa aku sekolah dekat sini, aku rapat dengan Taehyung dan Jimin. Waktu Taehyung bagitahu aku dengan Jimin yang kau confess dekat dia, hati aku sakit sangat, Jihyo-ah. ”

“ Kau rasa perasaan cinta aku dekat kau lebih sepuluh tahun ini senang ke aku nak lupakan ? Tak, susah. Jujur aku gembira bila Taehyung reject kau. ”

“ Dan aku fikir, inilah peluang aku kan untuk rapat dengan kau. Makin lama makin rapat dengan kau dan perasaan sayang dengan cinta aku pada kau makin bertambah. ”

“ Aku tak dapat nak sorokkan rasa cinta aku pada kau, Jihyo. Aku betul-betul cintakan kau dan baguslah kalau kau dah tahu siapa Seagull sebenarnya, ” ujar Jungkook lebar.

Jihyo yang mendengar, sudah menangis. Lalu badan Jungkook dipeluknya erat. Jungkook pula lantas sahaja membalas pelukan itu.

“ Maaf sebab selama ini aku sorokkan siapa aku yang sebenarnya daripada kau, ” ujar Jungkook lagi.

Jihyo laju sahaja menggeleng. “ Tak, sunbae tak salah. Saya yang salah sebab hiks, sukakan Taehyung sunbae. ” balas Jihyo.

Jungkook melepaskan pelukan itu lalu wajah Jihyo yang dipenuhi air mata itu dilap menggunakan jarinya.

“ Tak, kau tak salah. Lagipun aku yakin yang sekarang ini kau pun dah berjaya move on daripada Taehyung dan cintakan aku juga, kan ? ” soal Jungkook yakin.

Jihyo laju sahaja mengangguk. Jungkook pula sudah tersenyum lebar memandang Jihyo.

“ Uljima, ” ujar Jungkook sambil mengusap air mata yang mengalir di pipi Jihyo.

“ Hiks, tapikan- sunbae selalu cerita tentang crush sunbae dekat story close friend sunbae. Sunbae maksudkan, saya ke ? ” soal Jihyo.

Jungkook mengangguk. “ Mestilah kau. Semua story close friend aku ditujukan pada kau. Percayalah, kau sorang aja yang aku cintai, ” balas Jungkook.

Jihyo yang mendengar, tersenyum lebar. Sebelum lambat-lambat dia berani menyatukan bibirnya dengan bibir Jungkook.

Jungkook pula laju sahaja membalas ciuman Jihyo. Disebalik ciuman mereka, masing-masing tersenyum senang. Sungguh mereka berdua bahagia dengan dunia mereka berdua tika ini.

+++

heheheh, lagi dua atau satu chapt
tamatlah cerita ini <3
maaf kalau chapt ini bukan
yang macam korang harapkan .
to be continued ♡

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang