° cheek

755 128 42
                                        

Langkahnya dilajukan menuju ke padang sekolah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Langkahnya dilajukan menuju ke padang sekolah. Bagaimana dia boleh terlupa yang sekarang ini ialah acara memanah.

Dia mengeluh pabila melihat padang sekolah itu. Nampaknya acara memanah sudahpun tamat.

Matanya mula meliar mencari kelibat Jungkook sambil tangannya setia memengang dua air tin bergas dan dua burger dari tadi.

“ Sunbae ! ” jerit Jihyo sambil berlari anak ke arah Jungkook yang sedang mengemas peralatan memanahnya.

Jungkook memandangnya sekilas sebelum menyambung mengemas kembali. Ya, dia merajuk kerana Jihyo tidak tengok ketika dia berlawan tadi.

“ Sunbae, maafkan saya sebab tadi saya lupa nak tengok sunbae memanah, ” ujar Jihyo yang kini sudah tiba disebelah Jungkook.

Jungkook pula terus dengan sesi merajuknya iaitu memalau gadis itu. Dia mula berjalan berlalu dari situ.

Jihyo mengeluh perlahan. Ah sudah, Rowoon sudah merajuk dengannya hari itu  jadi sekarang ini dia perlu pujuk Jungkook pula ?

' Pujuk si Rowoon itu boleh pula. Takkan pujuk aku tak boleh, ' ujar Jungkook dalam hatinya.

“ Sunbae, jangan lah merajuk dengan saya. Kalau sunbae merajuk dengan saya sape lagi dan layan perangai hanat saya kalau bukan sunbae ? ” ujar Jihyo.

“ Rowoon dengan Eun Rin kan ada, ” jawab Jungkook tetapi dia masih tidak memandang wajah gadis itu.

“ Maaflah, tadi saya lepak dengan diaorang jap dekat kantin sebab nak raikan kemenangan dorang. Jadi, sekarang saya layan sunbae pula ya ? Lagipun saya ada bawakan air dengan burger ini, ” ujar Jihyo lebar.

Jungkook yang mendengar makanan yang disebut oleh Jihyo, lantas sahaja memberhentikan langkahnya dan memandang gadis itu.

“ Okay, aku maafkan kau. Tapi kali ini aja. Next time kau kena pujuk aku pula kalau aku merajuk dengan kau, ” kata Jungkook.

Jihyo yang mendengar sudah tersenyum suka. “ Sunbae dah tua pun nak merajuk lagi ya ? ” katanya.

“ Aku merajuk dengan kau je, ” kata Jungkook. Lalu dia dan Jihyo pergi ke arah tempat duduk penonton dah melabuhkan punggung disitu.

“ Jadi, macam mana ? Sunbae berjaya tak dapat nombor satu ? ” soal Jihyo sambil memberi air bergas dan burger itu pada Jungkook.

Well, aku kan hebat jadi mestilah aku dapat nombor satu, ” balas Jungkook bangga.

Lalu dia mula menggigit burger itu.

“ Wah, tahniah ! Nanti sebagai hadiah saya belanja sunbae ya. Sunbae kata aja sunbae nak apa, saya bagi. ” pelawa Jihyo.

“ Apa-apa aja yang aku nak dan kau akan bagi ? ” soal Jungkook yang inginkan kepastian sambil memandang tepat wajah cantik gadis itu.

Jihyo mengangguk. “ Nae, apa-apa aja. ”

“ Kalau macam itu, aku nak kau cium pipi aku sekarang sebagai hadiah. ” ujar Jungkook.

Jihyo yang mendengar, sudah tercengang. Belum sempat dia ingin membuka mulut, Jungkook lantas sahaja memotong.

“ Kau kata apa aja aku minta kau akan bagikan ? Sekarang aku nak kau cium pipi aku. Tiada bantahan, ” kata Jungkook.

“ Serius lah sunbae nak saya cium pipi sunbae ? Sunbae tak rasa jijik ke dengan bibir saya ? ” soal Jihyo cuba mengelak daripada mencium pipi Jungkook.

“ Aku seriuslah. Lagipun buat apa aku nak jijik dengan bibir kau ? Lagipun bibir kau nampak seksi dan mengiurkan tahu, ” balas Jungkook selamba.

Jihyo yang mendengar sudah memerah mukanya.

“ Cik Jihyo, aku tengah tunggu ini. Atau kau nak aku minta kau cium bibir aku daripada pipi aku ? ” tawar Jungkook sambil tersenyum sinis.

Jihyo pula laju sahaja menggeleng. Lambat-lambat mukanya didekatkan dengan pipi kanan Jungkook dan

Chup !

Selepas sahaja dia mencium pipi Jungkook, terus sahaja dia menjauhkan jaraknya dengan Jungkook.

Burgernya digigit sambil memandang hadapan.

Jungkook pula masih terkesima dengan kucupan Jihyo pada pipinya tadi.

Pipi kanannya disentuh, lalu dia tersenyum senang. Sungguh dia gembira kerana gadis itu mengucupnya.

Seperti Jihyo, dia juga turut menghabiskan makan burgernya sambil masing-masing mendiamkan diri.

+++

hai ! maaf sebab dah lama tak
update. ada yang ingat lagi ke ff ni ?
hihihi . btw, selamat hari raya ☺

to be continued <3

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang