° card

831 140 42
                                    

Pintu bilik air itu dibukanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pintu bilik air itu dibukanya. Tuala pula dililitkan pada pinggangnya manakala bahagian atasnya jelas terdedah menampakkan abs seksinya itu.

“ Jihyo ! ” jerit Jungkook dari dalam bilik tetamu rumah itu.

Gadis itu sudah kata yang dia akan memberikan baju pada lelaki itu untuk dipakai. Manakala baju sekolahnya sudah diambil untuk dibasuh.

Tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran. Jungkook yang sedang duduk dibirai katil itu lantas sahaja bangun dan berlalu ke arah pintu.

Pintu dibukanya dari dalam.

“ Sunbae, nah baj-- ” ayat Jihyo terhenti pabila melihat Jungkook yang separuh tidak berbaju di hadapannya itu.

Mukanya pula sudah memerah padam melihat Jungkook yang tidak berbaju itu.

Jungkook yang perasan, hanya tersenyum sinis. Matanya memandang Jihyo yang leka memandang abs nya itu tanpa mengelip mata.

“ Kenapa ? Suka apa yang kau tengok ini ? ” soal Jungkook sinis.

Jihyo yang perasan, laju sahaja menunduk maaf. “ Mian sebab lambat bagi baju ini. Lepas tukar, turunlah ahjumma ajak minum petang, ” ujar Jihyo laju sambil memejamkan matanya dan segera berlalu dari situ.

Jungkook pula sudah tertawa perlahan melihat riaksi Jihyo itu.

Childish, ” ujarnya lalu segera dia menutup pintu bilik itu dan menukar pakaiannya.

“ Childish, ” ujarnya lalu segera dia menutup pintu bilik itu dan menukar pakaiannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+++

6.30 petang

Sementara menunggu Jihyo mengambil baju sekolahnya yang sudah siap dibasuh, Jungkook meliar kesekeliling ruang tamu rumah itu.

Sesekali matanya memandang bingkai-bingkai gambar yang berada disitu. Dia tersenyum kecil saat melihat gambar Jihyo ketika gadis itu masih bertadika.

“ comel, ” ujarnya perlahan.

“ Sunbae, ini baju sekolah sunbae yang saya dah basuhkan, ” ujar Jihyo sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu itu bersama beg kertas yang berisi baju sekolah Jungkook.

Jungkook yang tersentak lantas sahaja berdehem perlahan. Lalu beg kertas itu mula bertukar tangan

“ Gumawo sebab bagi aku tumpang sekejap dan untuk minum petang tadi, ” ucap Jungkook sambil memandang wajah cantik Jihyo yang berada dihadapannya itu.

Jihyo hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

“ Sama-sama. Terima kasih juga dekat sunbae sebab dah tolong hantarkan saya balik sini, ” ucap Jihyo pula.

Jungkook hanya mengangguk. “ Hujan pun dah berhenti, aku balik dulu. Annyeong, ” ujar Jungkook lalu dia berlalu keluar dari rumah itu.

Jihyo hanya mengikutinya sehingga ke pintu pagar. “ Annyeong, sunbae. Hati-hati ! ” kata Jihyo.

Selepas itu, Jungkook mula berlalu dari situ. Jihyo pula hanya memandang Jungkook sehingga bayangan Jungkook hilang dari pandangannya.

Tanpa dia sedar, dia tersenyum kecil melihat Jungkook.

+++

8.30 malam
Rumah Jeon

Selepas makan malam bersama keluarganya, Jungkook terus sahaja masuk ke dalam biliknya.

Meja belajarnya dituju. Beg kertas yang diberi Jihyo tadi diambil dari atas meja meja belarjanya itu.

Lalu langkahnya mula menuju ke arah katil miliknya. Dia duduk dibirai katil dan mengeluarkan baju sekolah yang berada di dalam beg kertas itu.

Tetapi bukan sahaja terdapat baju sekolah didalam beg kertas itu, terdapat juga beberapa coklat mahal dan kad kecil berwarna biru cair.

---

Terima kasih sunbae sebab dah tolong saya.

Saya harap lepas ini kita boleh jadi rapat lagi, heheh ♡

hyo <3

---

Jungkook yang membaca isi kad itu sudah tersenyum lebar.

“ Jadi rapat lagi ? Huh, aku nak lebih dari itu, ” ujar Jungkook.

Lalu dia membaringkan badannya di atas katil itu dan tanpa dia sedar dia tertidur sambil memeluk kad yang diberi oleh Jihyo itu.

+++

lepasni, get ready eh part
junghyo makin banyak ♡

to be continued <3

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoWhere stories live. Discover now