Selepas beberapa minit mereka membalas kontak mata dalam keadaan begitu, Jihyo lantas sahaja tersentak dan bangun daripada baring di atas Taehyung.
" Ma- maafkan saya sunbae, " ujar Jihyo berkali-kali sambil menunduk.
Taehyung pula hanya diam sambil dia bangun daripada posisi di atas lantai itu. Lalu Jihyo dihadapannya, dipandang.
" Lain kali hati-hati. Jangan menyusahkan aku untuk jadi bantal kau sekali lagi, " ujar Taehyung dingin.
Jihyo pula laju sahaja mengangguk. " Nae, mianhae. "
" Saya pergi dulu ya, sunbae. Lagipun saya dah jumpa novel saya cari. Terima kasih, annyeong. " ujar Jihyo lalu dia segera pergi dari situ.
Taehyung pula hanya memandang Jihyo sehingga bayangan Jihyo hilang dari pandangannya.
Lalu dia tersenyum kecil. Entah mengapa baginya sikap childhish Jihyo agak comel.
Dadanya dipengang. Jelas jantungnya berdengup kencang. Ah, dia sukakan posisi Jihyo di atasnya seperti tadi.
Tanpa dia sedar, dia sudahpun terlambat dan patut menyesal. Kerana Jihyo tidak menyukainya lagi dan sebaliknya gadis itu menyimpan perasaan pada kawan rapatnya, Jungkook.
+++
" Yah, Taehyung. Kau kenapa dari tadi asyik senyum aja ? " soal Jimin sebaik sahaja Saem Yoon keluar dari kelas mereka.
Taehyung tidak membalas. Sebaliknya dia menongkat dagunya dan memandang hadapan sambil tersenyum.
Jimin yang menyampah lantas sahaja menolak lengan Taehyung sehingga dagu lelaki itu terhentak pada meja.
" Kau kenapa tolak lengan aku ? " soal Taehyung geram sambil memandang Jimin disebelahnya.
" Kenapa aku tolak kau ? Dari tadi aku tanya kau soalan, kau senyum aja lepas itu pandang depan. Fikir aku tak sakit hati ke ? " balas Jimin geram.
" Aku senyum pun kau nak marah. Patutlah dari dulu takda sapa nak bercinta dengan kau ! " ujar Taehyung selamba.
" Sesedap mulut alien kau ya kata takda sapa nak bercinta dengan aku ! Well, sebenarnya ramai aja yang nakkan aku cuma aku aja yang memilih, " balas Jimin angkuh.
Taehyung pula sudah menjelingnya tajam. Sungguh perasan lelaki disebelahnya ini.
" Cepatlah jawab soalan aku. Kenapa dari lepas waktu rehat tadi kau gembira semacam aja ? " soal Jimin sekali lagi.
Mendengarkan soalan Jimin, Taehyung sudah tersenyum gembira.
" Entahlah, mungkin sebab dia ? " balas Taehyung.
" Dia ? Dia itu siapa ? " soal Jimin yang agak blur mendengar jawapan Taehyung.
" Jihyo, Song Jihyo. "
" Jihyo ? Junior kita yang kau reject haritu ? " soal Jimin inginkan kepastian.
Taehyung hanya mengangguk membalas.
" Kenapa kau gembira sebab dia pula ? Bukan ke dulu kau yang beria reject dia ? " soal Jimin bertalu-talu. Sungguh dia pelik dengan Taehyung tika ini.
" Entahlah, aku rasa aku macam dah sukakan dia ? " jawab Taehyung.
Jimin terdiam mendengar jawapan Taehyung. Sebelum lambat-lambat dia membalas, " baru sekarang kau nak sukakan dia ? Aku tengok dia dengan Jungkook makin rapat dan tak mustahil kalau dia dah move on daripada kau dan sukakan Jungkook, "
Mendengarkan itu Taehyung sudah mendengus geram.
" Tak, tak mungkin dia dah move on daripada aku. Tiga tahun dia sukakan aku dan mesti susah untuk dia lupakan aku, " balas Taehyung yakin.
" Ikut suka hati kau lah, Taehyung. Dulu kau yang tak sukakan si Jihyo itu dan sekarang bila Jihyo dah rapat dengan Jungkook, baru kau nak sukakan dia, " ujar Jimin yang sudah malas mahu melayan Taehyung.
Lalu langkahnya dibawa keluar dari kelas itu dan meninggalkan Taehyung sendirian.
Taehyung mendengus geram lalu kerusi Jimin, disepaknya.
Ya, dia tahu dirinya salah kerana lambat mencintai gadis itu dan tak semestinya dia tidak boleh dapatkan gadis itu bukan ?
Lagipun dia yakin yang Jihyo masih sukakan dirinya bukan Jungkook !
+++
ups, ada sesapa yang rindu
Jungkook tak ? 🌚
next chapt JungHyo moment okey ♡
to be continued <3
YOU ARE READING
[ ✔️ ] Close Friend | JungHyo
Fanfic" aku cabar kau confess kat dia guna close friend ig. " ☁️ Jungkook Jeon ☁️ Jihyo Song beautiful cover ; @cocokies ♡