° bus stop

846 142 10
                                        

Tangannya dilambaikan pada Rowoon dan Eun Rin yang sudah berjalan pulang dari sekolah itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tangannya dilambaikan pada Rowoon dan Eun Rin yang sudah berjalan pulang dari sekolah itu.

Selalunya Eun Rin dan Rowoon akan pulang bersama memandangkan rumah mereka berdua berdekatan.

Jam tangan yang dipakainya dipandang. Sudah hampir sejam dia menunggu pemandu peribadi keluarganya iaitu ahjusshi Lee mengambilnya.

Iphone 11 dikeluarkan dari poket baju sekolahnya. Lalu nombor telefon ahjusshi Lee didail nya.

Beberapa saat menunggu, akhirnya pangilannya diangkat.

“ Ahjusshi, ahjusshi dekat mana ? ”

...

“ Hantar eomma dengan appa ? ”

...

“ Ouh, okay. Hyo boleh balik sendiri, ”

...

Panggilan itu lantas sahaja ditamatkan. Nampaknya hari ini dia perlu pulang menaiki bas kerana ahjusshi Lee perlu menghantar eomma dan appanya ke airport atas urusan kerja di luar negara lagi.

Langkahnya mula dituju ke arah bus stop yang berdekatan dengan sekolahnya itu. Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi yang disediakan disitu.

Dia memandang atas, memandang awan yang mendung itu. Nampaknya hujan akan turun kerana awan mula mendung dan air hujan mula menitik perlahan-perlahan.

Jihyo mengeluh perlahan. Sudahlah jikalau hujan susah untuk bas berhenti di kawasan itu.

Hujan mula turun dengan lebatnya. Jihyo pula masih menunggu bas di bus stop itu keseorangan.

Sesekali dia akan menggosok bahunya akibat kesejukan. Kasut yang dipakainya juga sudah basah sedikit akibat terkena air hujan.

Sedang dia menggigil kesejukan, tiba-tiba seseorang meletakkan blazer pada bahunya.

Jihyo yang tersentak lantas sahaja memandang ke arah gerangan itu.

Jelas kelihatan wajah Jungkook yang sedang berdiri di hadapannya.

“ Kau buat apa dekat sini ? Kenapa tak balik lagi ? ” soal Jungkook. Dapat didengari suaranya yang risau tentang keadaan Jihyo itu.

“ Ahjusshi Lee tak ambil sebab kena hantar eomma dengan appa dekat airport. Jadi, kenalah naik bas, ” balas Jihyo.

Jungkook menggeleng perlahan melihat Jihyo yang kesejukan itu. “ Kajja, aku hantarkan kau balik rumah. Bas susah tau nak dapat masa ini, kalau kau sanggup tunggulah sampai lewat malam, ” ajak Jungkook.

Jihyo memandang Jungkook. “ tapi, nanti basah, ” balas Jihyo.

“ Jangan risau, aku ada payung spare yang aku ambil dekat loker aku tadi, ” kata Jungkook.

Jihyo lambat-lambat mengangguk lalu dia mula bangun dari situ.

“ Beg kau, bagi aku. Biar aku yang bawa, ” ujar Jungkook.

“ Gweachana. Saya boleh bawa sendiri, kesian sunbae dah payungkan saya, ” jawab Jihyo menolak pelawaan Jungkook.

“ Aku kata bagi, bagi ajelah. ” Jungkook lantas sahaja mengambil beg merah jambu milik Jihyo itu.

Lalu, disandangkan pada belakangnya. Sekarang dia sedang menyandang dua beg, disebelah kanan miliknya manakala disebelah kiri milik Jihyo.

“ Takpa ke, sunbae ? ” soal Jihyo risau memandang Jungkook.

“ Benda kecil ajepun, ” balas Jungkook. Lalu dia dan Jihyo mula berlalu dari situ berjalan di bawah payung menuju ke rumah keluarga Jihyo.

“ Sunbae, kenapa tak balik lagi ? ” soal Jihyo menghapuskan awkward di antara mereka berdua.

“ Sepatutnya harini aku ada latihan bola sepak, tapi hujan pulak so Saem batalkan ganti dengan esok, ” balas Jungkook.

Jihyo hanya meng'oh'kan sahaja. Tidak tahu mahu membalas apa.

Sesekali dia akan memandang wajah Jungkook. Dipandang dari arah yang dekat, nampak jelas kekacakan yang Jungkook miliki.

Jungkook pula, bukan dia tidak perasan Jihyo selalu curi-curi memandangnya, dibiarkan sahaja. Lagipun, dia suka kalau Jihyo dekat dengannya.

Beberapa minit mereka berjalan, akhirnya mereka tiba di hadapan rumah keluarga Jihyo.

“ Sunbae, sunbae duduk lah dekat sini dulu sementara tunggu hujan berhenti. ” ujar Jihyo.

“ Gweachana, aku boleh bal-- ” belum sempat Jungkook ingin menghabiskan ayatnya Jihyo lantas sahaja memotong.

“ Anggaplah ini balasan saya pada sunbae sebab sunbae dah tolong saya, ya ? ” balas Jihyo.

Lambat-lambat, Jungkook mengangguk. Kalau dia menolak pun, gadis itu pasti akan memaksanya juga.

Jadi lebih baik dia singgah di rumah gadis itu sekejap memandangkan hujan masih belum reda.

+++

to be continued ✨

[ ✔️ ] Close Friend | JungHyoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang