♚♚♚ⓔ ⓝ ⓙ ⓞ ⓨ ⓨ ⓞ ⓤ ⓡ ⓡ ⓔ ⓐ ⓓ ⓘ ⓝ ⓖ
♚♚♚
●
●
●
10 tahun kemudian..
Umur taehyung dan jungkook sudah meningkat . Mereka sekarang berumur 17 tahun . Tahun ini mereka akan mengambil peperiksaan yang besar sekali iaitu SPK ( Sijil Pelajaran Korea ) .
Jungkook sudah mula sibukkan dirinya dengan menghadiri majlis syarikat , belajar tentang selok - belok syarikat memandangkan Puan Kim sekarang sudah semakin tenat kerana sakit jantung kronik .
Dulunya , Puan Kim yang kerap menemani Tuan Kim pergi ke majlis syarikat sekarang tiba giliran Jungkook pula sebagai anak sulong kepada pemilik Syarikat Kim untuk mengambil alih pula .
Dengan keadaan jungkook yang sibuk itu , dia masih tidak lupa akan pelajarannya dan peperiksaan yang dia bakal hadapi tahun ini .Taehyung ? Masih sama tapi kesihatan dia bertambah baik . Pertuturannya pun sudah semakin baik dan boleh bercakap seperti biasa . Rutin hariannya sekarang , selepas sahaja pulang dari sekolah , dia lah yang akan menjaga Puan Kim di rumah .
" Kookieeee ! " Panggil Taehyung gembira melihat abangnya berada di ruang tamu sambil melihat telefon pintarnya lalu memeluk leher abangnya dari belakang .
Jungkook tersenyum melihat perangai adiknya yang kebudak - budakkan itu lalu mengusap lembut lengan taehyung yang memeluknya dengan tangan kirinya . Mata jungkook juga tidak lepas dari memandang ke arah telefon pintarnya .
" Kook , tak pergi tolong papa ke hari ni ? " Soal Taehyung riang .
" Aniya , hari ni kan hari sabtu cutilah dik lagipun papa pergi outstation 3 hari . Hari Isnin depan baru balik . " Terang Jungkook panjang lebar .
" Ouhh . " Balas Taehyung lalu mengambil tempat sebelah jungkook di sofa ruang tamu .
" Mama buat apa ? " Soal Jungkook kepada taehyung .
" Tadi mama macam tengah buat kerja menulis apa tae tak tahu . Tae tak mahulah kacau . " Balas Taehyung sambil matanya tidak lekang menonton televisyen .
Tiba - tiba...
Prankkk !!
" Bunyi apa tu ? " Soal jungkook dan taehyung serentak kerana terkejut mendengar bunyi kuat itu .
Serentak dengan itu , muncul seorang bibik yang berlari ketakutan ke arah mereka berdua .
" T-tuan muda ! Tuan mudaa ! Puan pengsan ! " Panggil bibik itu dengan cemas .
" Mama ! " Jerit taehyung lalu berlari menuju ke bilik Puan Kim .
" Bibik , call Doktor Park Jimeng sekarang ! Suruh dia datang rumah cepat ! " Arah jungkook dengan nada cemas lalu berlari menuju ke bilik Puan Kim .
Jungkook terpaku saat melihat Taehyung menangis teresak - esak memeluk kepala mama tidak sedarkan diri di atas lantai .
" Kook , mama ! " Jerit Taehyung sambil menangis tidak berhenti .
TBC
Saja nana buat chapter ni pendek and today nana double update , chapter lepas ni sediakan tisu ya ...😥💜
Scroll ke bawah for next chapter 👇
YOU ARE READING
[C] Tourette Syndrome + Taekook
FanfictionTOURETTE SYNDROME ⏩ TAEKOOK " Kook , maafkan tae sebab selalu susahkan kook" Start : 6 june 2019 End : 22 july 2020 ⓒnananureena